TEMPAHAN KEK KAHWIN & WEDDING ANIEM & SYAMSUL PART 1 @ SIPITANG, SABAH.

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Selamat petang di ucapkan pada kawan-kawan dan pengunjung setia blog SRC..terima kasih ya atas kunjungan dan sokongan anda terhadap kami..cuaca yang mendung dan hujan yang turun renyai-renyai pada petang ni buat rasa badan jadi malas dan mata mula mengantuk..memang best dapat tidur-tidur time macam ni kan tapi sebelum aku tidur..aku mau kongsikan dengan anda semua tentang entri tempahan kek kahwin dan serba sedikit majlis perkahwinan sepupu aku iaitu Aniem & Syamsul..

Okey la, sebenarnya kek kahwin ni memang sudah agak lama juga Aniem tempah dengan aku..memang sudah lama bagitau tentang order ni cuma dalam 2 minggu sebelum majlis kahwin, baru confirmkan apa flavour dan krim untuk kek..aku pun bila sudah awal bagitau tentang tempahan memang ready la beli barang-barang kek yang diperlukan..untuk kek, Aniem order 2 jenis kek buttercream yang berlainan perisa  iaitu Kek coklat moist (2kg) dan Kek red velvet (1kg).Selain tu, aku juga berikan free Coklat moist cupcakes atas pilihan pakej kek yang telah direquest..

 1. Kek coklat moist ( 2kg )
Filling & layer: coklat ganache & blueberi filling
Deko: buttercream
Hiasan: bunga gum paste
2. Kek red velvet ( 1kg )
Filling & layer: blueberi filling & buttercream
Deko: buttercream
Hiasan: bunga gum paste, patung kahwin
3. Cupcakes coklat moist ( 25 pcs )
Deko: buttercream
Hiasan: Tag nama pengantin dan sweet red cherry

Bagi aku kek kahwin yang aku buat ni banyak cabarannya..selain buat kek, pada hari sebelumnya aku sudah bertungkus-lumus menyiapkan 1000pcs kuih-muih..kemudian, lepas siap acara malam berbedak/berinai tu baru aku buat kek dan cupcakes ni..memang penat gila masa tu tapi aku harus juga siapkan tempahan kek kahwin ni sebab mau guna pada keesokkan harinya..maka 'baking' kek, oven pula buat masalah sebab api bawah nda mau panas-panas..terpaksa my sis Liza tolong pergi rumah makcik ( Ucu ) pinjam oven dengan dia..tq my dear sis Liza dan Ucu..syukur selesai satu masalah..masa deko kek red velvet masalah baru pula yang timbul..buttercream tu susah mau dilepa..aduhai, masa deko rvc ni memang berjam-jam aku cuba untuk kemaskan sapuan atas kek tapi sukar mau dikemaskan..ada saja yang nampak hodoh..tulah padan dengan muka aku sendiri sebab buat buttercream ikut resepi baru..konon-konon mau mencuba..haa, tulah padahnya kan..huhu..jam sudah masuk jam 3pagi..mata sudah mengantuk gila dan badan letih yang teramat..aku berdoa dan cuba tenangkan diri untuk buat kemasan yang cantik untuk rvc tu..alhamdulillah menjadi juga..dan aku buat keputusan untuk deko kek coklat moist pada esok harinya..nasib baik cupcakes aku sudah deko..fuhh..


Esoknya aku berjaya deko kek coklat moist dengan menggunakan resepi buttercream yang aku selalu buat..dan alhamdulillah siap pada jam 9pagi..memang aku tarik nafas lega sangat-sangat.so, lepas tu aku mandi dan bersiap-siap untuk pergi ke majlis kahwin sepupu aku tu sebab bertugas bagi 'doorgift' pada tetamu yang datang..nasib baik la rumah dekat..sebelah rumah ja pun.. hihi..oleh kerana memang aku kelam-kabut untuk ke majlis kahwin tu menyebabkan aku sampai lupa ambik gambar kek yang aku buat ni sebiji-sebiji..adeh, so maaf la ya..ini ja yang sempat aku snap..ok la tu kan..

 Majlis memotong kek..harap Aniem puas hati dengan kek yang aku buat ni..segala kekurangan mohon dimaafi..
Selamat pengantin baru buat Aniem & Syamsul dan menempuhi alam baru..semoga kekal bahagia sampai ke akhir hayat..amin.
 Acara suap kek pasangan pengantin..


 Ini baju tema kami pada hari tersebut, peach..bergambar dengan pasangan pengantin..

 Antara orang yang bertanggungjawab jadi barisan hadapan pada hari tu..sambut tetamu..

Ini pula doorgift yang diberikan pada tetamu..sapu tangan yang di gubah menjadi lolipop dan cupcakes serta bunga aromaterapi yang dibubuh dalam mufin cup..comel kan..

Okey la, sampai sini saja entri pada hari ni..jumpa di lain entri pula..mau tidur dulu kejap..hihi..bye.-wasalam-





6 comments:

  1. Salam Bbwana,
    Tahniah kerana telah berjaya mengharungi cabaran kek tingkat. Kalau dapat tempahan yg byk mmg rasa sungguh penat, tp bila melihat kesudahannya, hati jadi bahagia. Sesudah kesusahan pasti ada kesenangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam wattie..

      terima kasih..memang betul hati rasa bahagia bila lihat apa yang dibuat menjadi dengan jayanya walaupun penat..apapun, thanx banyak atas kata-kata semangat yang diberikan.

      Delete
  2. assalam
    cantik kek bertingket
    alhamdulillah sukanya tgk kek pengantin yg cantik ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam kak..

      terima kasih banyak kak..

      Delete
  3. Assalamualaikum Bbwana..tahniah dr akak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam kak..

      alhamdulillah dan thanx akak..

      Delete