WEDDING ANIEM & SYAMSUL PART 2 @ TELUPID, SABAH.

Assalamualaikum dan selamat malam..

Hallo..kembali bersiaran pada malam ini..baru berkesempatan untuk menghadap laptop..siang tadi sibuk menyiapkan tempahan kek dan kuih-muih jualan..syukur la semuanya sudah siap dan sekarang ni masa untuk rilek-rilek sambil update blog..hihi..

Okey la, malam ni aku hanya mau tayang gambar-gambar majlis perkahwinan sepupu iaitu Aniem & pasangannya Syamsul part 2..kali ni majlis diadakan di tempat pengantin lelaki pula iaitu di Telupid.. sebab sebelum ni yang aku siarkan tu majlis diadakan di kediaman pengantin perempuan di Sipitang..


Majlis di buat di Dewan Institut Perhutanan Telupid..memang meriah la majlis kahwin sepupu di sana tu..kami sebagai keluarga paling dekat dengan pengantin perempuan memang pergi la ke Telupid bagi meramaikan dan memeriahkan lagi majlis sepupu di sana..sebenarnya memang jauh la jarak Sipitang-Telupid..lebih kurang 6 jam masa perjalanan..letih juga duduk dalam kereta 6 jam tu..tapi, best juga sebab dapat tengok tempat orang dan tengok adat dan budaya masyarakat di sana tambahan lagi pengantin lelaki berbangsa jawa manakaala sepupu berbangsa brunei..so, jawa vs brunei la ni..heheh..cantikkan pelaminnya..betul-betul jadi ratu dan raja sehari..


 Ini pula adalah majlis makan beradab..sempat lagi posing kan.

Mau cerita sikit, memang lain la budaya kahwin masyarakat di sana ( Telupid ) sebab majlis kahwin selalunya di adakan pada sebelah malam sekitar 7 malam-12 tengah malam. So, memang mengantuk la masa pegi majlis kahwin malam tu..yalah biasa tidur dalam 10.30 sudah baring dalam bilik..gara-gara nda tahan dan anak-anak buah pun sudah mengantuk dan kepenatan maka sekitar jam 10malam kami sudah chow dari sana..lagipun esok harinya kami perlu bangun awal untuk balik ke Sipitang semula..bersedia untuk perjalanan yang panjang..


Mama dan my dad pun ikut duduk semeja dengan pengantin bagi makan beradab..

 Ini pula persalinan kedua pada majlis malam tu lepas makan beradab..
 Ini kek kahwinnya..cantik kan..
Acara potong kek dan suap-menyuap kek antara pengantin perempuan dan lelaki..hehe, nampak malu-malu kucing la pulak..
Antara menu yang dihidangkan pada tetamu pada malam tu..sempat lagi aku snap gambar sebelum makan. Antaranya ayam masak dengan cendawan, sweet & sour fish, sayur campur, rendang daging dan kari ayam..malam tu aku layan ayam masak dengan cendawan dan sayur campur ja..

 Antara makanan yang turut dihidangkan mini apam polkadot, mini coklat cupcakes dan kek sarang semut..

 Sebelum makan, posing dulu..1,2,3..


Pandai betul anak-anak buah aku ni posing depan kamera..hihi..sweet la sangat kan..dari kiri putri, dhiyan dan waie..

Okey la, berakhir sudah entri mengenai majlis kahwin sepupu aku..insyaallah aku akan masukkan pula entri cuti-cuti Malaysia kami ke kundasang & sandakan..thanx sebab berkunjung ke sini dan baca entri hingga habis..sampai jumpa lagi..goodnite semuanya..-wasalam-

2 comments:

  1. MERIAhnya suka tengok... tapi buat malam tu cam pelik jer hiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq wani..hihi..memang betul kan nampak pelik bila buat majlis kahwin sebelah malam..kami pun rasa pelik juga..

      Delete