Hari ini aku ingin kongsikan satu resepi biskut..kenapa biskut? kan nda lama lagi perayaan tahun baru cina..hehe..taklah, sebenarnya ni aku buat tempahan biskut customer sempena krismas yang lepas iaitu Biskut Cerelec..
Kalau nak tau, biskut cerelec ni sangat popular di Sabah, setiap kali hari raya, boleh dikatakan hampir setiap rumah hidangkan biskut ni. Kira hidangan 'harus ada' setiap rumah selain biskut ulat bulu dan kuih makmur sabah..kalau nak tau resepinya klik ja link tu ya.. ^_^
Jom jamu mata..
![]() |
Ni salah satu biskut favourite aku..sedap tau..rasa lemak manis susu..
Resepinya sangat mudah dan bahan pun sikit ja pun..kalau ada kawan-kawan yang teringin cuba tu sila semak resepi di bawah ni ya..
RESEPI: BISKUT CERELEC
SUMBER: RESEPIBISKUT.BLOGSPOT.COM
OLEH: SWEET RED CHERRY
BAHAN:
500g tepung ubi kayu
600g-800g tepung gandum ( sehingga boleh dicanai )
1 tin ghee yang kecil
336g gula icing
1 sk soda bikarbonat
nestum cerelec ( perisa susus )/nespray
CARANYA:
1. Ayak tepung kanji, tepung gandum dan soda bikarbonat. Ketepikan.
2. Pukul ghee dan gula halus hingga sebati.
3. Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit dan gaulkan hingga tepung hingga sebati. Kalau adunan masih tak boleh dicanai dan terap, tambahkan tepung gandum sikit-sikit dan uli hinggalah adunan boleh dicanai.
4. Canai alas plastik, terap dan bakar dengan api sederhana
5. Bila dah masak sira dengan susu Nespray. Biskut ni bila dah masak jadi putih, tak payah bakar sampai kekuningan

-Selamat mencuba-
Sebelum dibakar
Selepas bakar
Okeylah, sampai sini saja entri aku pada hari ni..jumpa lagi..dadaaa..
p/s: aku start pelan-pelan blogwalking 'rumah' kawan-kawan ya..pada yang belum kena terjah tu..tunggu tau..ambik masa sikit sebab sibuk akhir-akhir ni..maafkan aku..
Sekian, wasalam