KUIH MAKMUR VERSI SABAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hai, semuanya..kembali bersiaran pada hari ni..ikutkan nda larat rasanya mau update blog gara-gara kepenatan kerana harus menyiapkan beberapa siri tempahan kuih-muih..tapi kuatkan semangat juga menghadap laptop..huhu..

Okeylah pada hari ni aku ingin kongsikan satu resepi biskut yang sangat popular dan memang ada di setiap rumah setiap kali menjelang hari raya iaitu Kuih Makmur..aku memang suka sangat makan kuih makmur ni..paling suka hasil buatan mama dan ucu aku..sangat perfect rasanya bagi aku..dengan inti kacang ditengahnya memang sangat mantap rasanya..apatah lagi bila guna ghee yang berkualiti tinggi..korang pun pasti suka makan juga kan..heheh..kalau mau tau, di sabah kebanyakkan kuih makmur ada inti kacang dan tepungnya harus digoreng dulu tanpa minyak..itu yang membuatkan kuih makmur versi sabah berbeza dan unik rasanya..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
KUIH MAKMUR
 Di bawah ni aku kongsikan resepi kuih makmur di mana resepinya aku intai dari blog Evelyn Gemina kerana resepinya lebih kurang sama ja macam yang mama aku buat ..mama aku buat tiada sukatan..main campak ja tapi sedap..hihi..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

RESEPI: KUIH MAKMUR
SUMBER: EVELYN GEMINA
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN A:
1 kg tepung gandum, digoreng tanpa minyak hingga gebu
400 g minyak sapi
B:
500 g kacang tanah, digoreng dan tumbuk kasar ( aku panggang dalam oven hingga garing dan blender )
200 g gula kastor
C:
200 g susu tepung ( aku x bubuh )
250 g gula icing

CARANYA:
  • Satukan bahan A hingga jadi doh.
  • Dalam bekas lain, satukan bahan B. Bentukkan bulat dan leperkan sedikit, masuk sedikit inti kacang. Bulatkan kemas. Susun atas dulang pembakar.
  • Panaskan oven suhu 160 'C, bakar selama 15-20 minit.
  • Angkat dan biar suam, salut dengan bahan C.
  • Untuk elakkan biskut pecah, masukkan dalam papercup kecil.
-Selamat mencuba-

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Okey la ya, sampai sini saja dulu entri aku pada malam ni..jumpa lagi di lain entri..thanx singgah sini dan baca entri hingga habis..insyaallah aku akan blogwalking blog kawan-kawan bila ada masa nanti ya..

Ingin menempah biskut atau aneka produk sweet red cherry? sila hubungi talian tertera ini untuk info lebih lanjut ya, 012-8244251 ( bbwana ), call/sms/whatsApp..tq

3 comments:

  1. itu hari ada beli orang jual di sini sebalang kecil RM10.memang sedap. teringin juga nak buat sendiri. boleh guna resepi ni nanti..*mood nak buat kuih raya dah datang* uhuu

    ReplyDelete
  2. Tu dia...keluar dah resepi biskut raya...
    Mmg sedap...suka juga mknnya...tp nak buatnya tu la....alahaiiii...becinta sungguh!

    ReplyDelete