BISKUT CERELEC

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini aku ingin kongsikan satu resepi biskut..kenapa biskut? kan nda lama lagi perayaan tahun baru cina..hehe..taklah, sebenarnya ni aku buat tempahan biskut customer sempena krismas yang lepas iaitu Biskut Cerelec..

Kalau nak tau, biskut cerelec ni sangat popular di Sabah, setiap kali hari raya, boleh dikatakan hampir setiap rumah hidangkan biskut ni. Kira hidangan 'harus ada' setiap rumah selain biskut ulat bulu dan kuih makmur sabah..kalau nak tau resepinya klik ja link tu ya.. ^_^

Jom jamu mata..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
 Ni salah satu biskut favourite aku..sedap tau..rasa lemak manis susu..

Resepinya sangat mudah dan bahan pun sikit ja pun..kalau ada kawan-kawan yang teringin cuba tu sila semak resepi di bawah ni ya..

RESEPI: BISKUT CERELEC
SUMBER: RESEPIBISKUT.BLOGSPOT.COM
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
 500g tepung ubi kayu
600g-800g tepung gandum ( sehingga boleh dicanai )
1 tin ghee yang kecil
336g gula icing
1 sk soda bikarbonat
nestum cerelec ( perisa susus )/nespray

CARANYA:

1. Ayak tepung kanji, tepung gandum dan soda bikarbonat. Ketepikan.
2. Pukul ghee dan gula halus hingga sebati.
3. Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit dan gaulkan hingga tepung hingga sebati. Kalau adunan masih tak boleh dicanai dan terap, tambahkan tepung gandum sikit-sikit dan uli hinggalah adunan boleh dicanai.
4. Canai alas plastik, terap dan bakar dengan api sederhana
5. Bila dah masak sira dengan susu Nespray. Biskut ni bila dah masak jadi putih, tak payah bakar sampai kekuningan

-Selamat mencuba-

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Sebelum dibakar

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Selepas bakar

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Okeylah, sampai sini saja entri aku pada hari ni..jumpa lagi..dadaaa..

p/s: aku start pelan-pelan blogwalking 'rumah' kawan-kawan ya..pada yang belum kena terjah tu..tunggu tau..ambik masa sikit sebab sibuk akhir-akhir ni..maafkan aku..

Sekian, wasalam

Terima kasih CIK MIMIE..

Assalamualaikum dan salam  sejahtera..

Alhamdulillah kita sudah memasuki bulan februari..cepat rasanya januari meninggalkan kita..

Bulan januari lalu aku tersenarai lagi sebagai pengomen tegar di blog cik mimie..dan yang paling aku terharu dapat sijil penghargaan pula tu dari cik mimie..sangat cantik sijil yang cik mimie buat..ceria sangat..i likeeeee!!!!!


 Cantikkan..kalerful..:D

 Ini la kawan-kawan yang tersenarai sebagai pengomen tegar bulan januari di blog cik mimie..mereka ni pun dapat sijil penghargaan dari cik mimie juga..tahniah semua!! ;D


Jom la terjah blog cik mimie juga..>> cik mimie << dan terjah la blog kawan-kawan yang tersenarai tu sebab dorang ni rajin blogwalking dan selalu bagi komen pukal yang meletop-letop tau..

Okeylah, sampai sini saja dulu..jumpa di lain entri pula..

Sekian.