Hai, hai..kita bersua lagi nampaknya..kalau ada masa lapang walau sedikit aku tidak akan lepaskan peluang untuk update blog kesayangan ni..kerana semakin banyak pula gambar yang masi tersimpan yang belum sempat untuk ditayangkan..banyak lagi yang masi 'queue' ni nampaknya..
Hari ni aku tayang entri mengenai apam pula..apam yang aku buat baru-baru ni iaitu Apam Pandan..hem, tengoklah apam aku tu..mekar semacam ja kan..haha..apapun, apam ni memang menjadi..alhamdulillah..
Untuk pengetahuan semua, nama resepi asal apam ini adalah Apam gula merah..memandangkan ketika itu aku tidak ada stok gula merah maka aku tukarkan gula pasir biasa saja dan bubuh pandan emulco..so, jadila apam pandan yang mekar sejambak ni..hehe..kita harus la lebih kreatif untuk menghasilkan sesuatu tu kan..betul tak?
Rasa hepi sangat bila yang kita buat ni menjadi dan cantik..yang penting, sedapp..
Jika mau order, email atau telefon kami di nombor yang tertera di atas ini ok..jumpa lagi..babai..
No comments:
Post a Comment