LAGI ENTRI MENGENAI KEK OMBAK RINDU

Halo, halo..

Assalamualaikum w.b.t n salam sejahtera..


Good morning..em, cerah ja cuaca pagi ni kan..baiklah tanpa membuang masa kita terus kepada entri yang aku post kali ni iaitu sekali lagi entri mengenai Kek Ombak Rindu..rasanya sudah lama aku tidak buat kek..macam rindu pula mau membuatnya..dan baru-baru ni aku pun 'baking' la kek ni..dan lihat la hasilnya..

KEK OMBAK RINDU

Bagi yang belum tau tu, kek ni memang sedap dan sangat lembut kejadian kek..adunan dibahagi 3 warna yang disukai dan tuang selapis-selapis dalam loyang..ayak serbuk koko secukupnya di atas setiap lapisan bagi menampakan lagi layer kek..so, apabila kek sudah masak dan sejuk..begini la hasil kek yang sudah dipotong..nampak unik kan ombak kek ni..tulah aku namakan kek ni kek ombak rindu..bagi la nama glamer skit kan..hihi..asalnya, nama resepi adalah kek alunan kasih..


Mau cerita sikit..time aku potong kek ni ada anak buah aku tguk ( putri )..dia cakap kek ni macam harimau..haha, lucu juga..rupanya dia tguk warna kek ni kuning dan oren tu macam belang harimau..hem, ada-ada ja la kan budak-budak punya imiginasi..


Kalau ada yang ingin menempah tu, terus ja email kepada kami atau pun boleh call di nombor yang tertera di atas ini. Terima kasih. 

No comments:

Post a Comment