BINGKA DURIAN

ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA..


Hello, kita bertemu lagi untuk entri yang seterusnya pada hari ini iaitu kuih Bingka Durian..em, kedengarannya menarik kan..memandangkan sekarang ni pun musim buah..belambak-lambak jenis buah yang dijual dengan harga yang cukup murah di sini..di kampung aku la..Sipitang..tempat yang terkenal dengan buah-buahan terutamanya durian..kalau tempat lain mungkin harga buahnya sedikit mahal..berbeza dengan di sini boleh mendapatkan buah dengan harga yang cukup murah sekali..boleh minta kurang pulak tu..

BINGKA DURIAN
Aku sudah lama ingin mencuba untuk membuat bingka durian ni..dan baru-baru ni baru aku dapat membuatnya..syukur la..bingka aku menjadi dan yang penting rasanya sedap betul..bukan angkat bakul ya..tapi, memang bingka ni sedap cuma ianya sedikit berminyak ja la..kalau makan bingka ni rasa durian tu betul-betul terasa..em, sangat sedap.


Dalam resepi bingka ni tidak disebutkan berapa ulas durian yang perlu digunakan..so, aku agak-agak ja la..aku ambik isi durian yang telah dilecek..aku guna dalam 5 ulas saja sebab durian yang aku gunakan ni besar-besar..so, 5 ulas suda cukup untuk memberikan rasa durian yang begitu enak dalam bingka ni.. 




Aku teringin untuk membuat kek daripada durian dan juga kuih talam durian..so, bila ada masa yang sesuai aku akan membuatnya dan akan siarkan dalam blog ini..Okey la, nantikan la entri yang akan datang..jumpa lagi..babai.

No comments:

Post a Comment