ORDER: APAM DAN KEK

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..

Alhamdulillah syukur kerana akhirnya dapat bersua kembali pada hari ini setelah seminggu lamanya blog ni sepi tanpa cerita dan entri baru..minta maaf banyak-banyak pada semua teman-teman dan pengunjung yang datang ke blog SRC ni..kesibukkan yang sukar untuk digambarkan sekarang ni menyebabkan blog ni sunyi untuk seketika..memang betul-betul punya sibuk..menyiapkan segala macam tempahan dari pelanggan..apapun, terima kasih atas kunjungan dan sokongan anda semua terhadap blog ni ya..so, malam ni aku ambik peluang untuk menyiarkan entri untuk tatapan semua..cuci-cuci mata la dengan beberapa order yang aku buat sepanjang beberapa hari yang lalu..antaranya adalah Apam Ladybird & Bumble Bee, Apam Isabella, Kek Coklat dan Kek Nestum..

APAM LADYBIRD & BUMBLE BEE

KEK NESTUM
Ni order dari sorang teman lama iaitu teman sekolej dulu dan teman sekerja juga..Norliah yang teringin makan apam ladybird + bumble bee dan kek nestum..tq lia..

KEK COKLAT
 Ini order dari Kak Nor yang menempah Kek coklat..tqvm..
APAM ISABELLA
 Apam isabella ni pula di tempah oleh Pn. Rabidah juga merupakan kawan mama..
PUTERI MANDI, BUAH MELAKA & APAM GULA HANGUS
Ini juga merupakan tempahan dari sorang teman mama iaitu Pn. Latifah yang order apam gula hangus, buah melaka dan puteri mandi..


So, ucapan terima kasih dari kami kerana menempah produk kuih-muih dan kek dari kami..jika ada yang berminat untuk order produk kami ni, silakan email atau terus kol atau sms ke talian kami yang tertera di atas tu ya untuk maklumat lanjut..tq..

Baiklah, sampai sini saja dulu entri aku pada hari ni..thanx kerana membaca entri ni hingga habis..pada kawan-kawan yang datang sini dan meninggalkan komen terima kasih banyak-banyak ya..insyaallah bila ada kelapangan masa tu aku akan buat kunjungan balas ke blog korang pula ya..sekian...selamat berpuasa semuanya.-wasalam-

2 comments:

  1. Salam...
    comel apam yg ko buat ni geng...byk kuih n kek..Nampak sedap semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam rahel..

      hehe..tu la ba kuit ba apam ladybird tu..aku pun suka.apapun, tq singgah sini rahel..

      Delete