RESEPI PRINCESS CAKE: VANILLA BUTTER CAKE WITH CHEESE BUTTERCREAM

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah bersua lagi kita pada petang hari ni..mood rajin mau update blog ni..lagipun semantara line internet masih laju ni, semangat sikit la mau update blog..taulah..kalau line macam siput upload gambar pun sampai berjam-jam lamanya..huhu..

Baiklah, sebelum ni aku janji mau kongsi resepi Kek princess yang aku buat untuk birthday Putri tempohari..maaf la ya lambat sikit..untuk kek aku guna resepi Kek Butter Vanilla yang aku intai di blog Kak Azie Kitchen..memang sedap dan sangat moist kek ni..thanx kak share resepi..Sebelum buat kek princess ni, banyak juga yang aku google di internet..tengok cara-cara buat kek ni..yalah, bukan senang bagi orang macam aku yang tidak pernah pergi mana-mana kursus 'baking' ni buat kek princess kan..huhu, apapun syukur alhamdulillah kerana kek princess pertamaku menjadi jua..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
PRINCESS CAKE
 Jom kita semak resepinya di bawah ni ya..

PRINCESS CAKE
RESEPI: VANILLA BUTTER CAKE
SUMBER: AZIE KITCHEN
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
230 g salted butter
4 biji telur gred B
200 g gula kastor
200 g tepung naik sendiri
60 ml susu segar
1 sk esen vanila

CARANYA:
  • Panaskan oven 170 ' C. Lenser loyang dengan mentega termasuk keliling loyang.
  • Asing kuning & putih telur. Masuk putih telur dalam mangkuk dan pukul hingga kembang dan tidak jatuh bila di terbalikkan.
  • Masuk 50 g gula kastor sikit-sikit hingga kembang. Ketepikan.
  • Pukul mentega dan 150 g gula hingga kembang. Masuk esen vanila dan pukul lagi.
  • Masuk kuning telur satu persatu sambil putar.
  • Masuk separuh  dari tepung dan kacau dengan kelajuan rendah. Masuk susu 2x sebelum masuk baki tepung.
  • Masuk separuh dari adunan putih telur dan putar low speed. Masuk baki putih telur dengan kaedah kaup balik guna sudip hingga sebati.
  • Tuang dalam loyang dan ratakan. Bakar selama 45 minit.
  • Boleh kurangkan suhu pada 15 minit terakhir.
  • ( Aku bubuh adunan dalam 3 jenis loyang yang berbeza saiz. Boleh rujuk dalam gambar di bawah tu ya )
http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

BAHAN CHEESE BUTTERCREAM
SUMBER: idaddapur.blogspot.com

120 g butter
250 g cream cheese
120 g gula icing
  • Satukan semua bahan dan pukul hingga kembang.
  • Bahagi adunan untuk letak pewarna yang di kehendaki
  • Sapukan cream seluruh kek sebagai base.
TAMBAHAN:
Strawberi filling - ( untuk filling di setiap layer kek ) -aku tambah

CARA SUSUN KEK:
  1.  Sejukkan kek yang berlainan saiz tersebut sebelum digunakan.
  2. Letak kek yang paling besar saiz atas papan kek. Sapukan cheese buttercream kemudian letak filling strawberi.
  3. Letak kek yang sederhana atas kek tadi dan sapukan cheese buttercream dan filling kemudian letak kek yang berbentuk bulat di atas sekali. Sapukan seluruh kek dengan cheese buttercream sebagai base. 
  4. Potong hujung kek paling bawah untuk membentuk skirt princess yang kembang. 
  5. Hasilnya akan jadi seperti di bawah. ( maaf aku lupa ambik gambar kek sebelum sapu base ).
  6. Kemudian boleh deko kek princess anda seperti yang korang harapkan.
  7. Akhir sekali, cucuk patung princess di tengah kek. ( patung boleh didapati di kedai khas bahan kek ).
-Selamat mencuba-
http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Mencabar juga buat kek ni sebenarnya..kalau salah potong hujung kek..takut skirt princess tidak jadi kembang pula..huhu..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Alhamdulillah kek princess pertamaku yang menjadi..bukan main suka lagi Putri dengan kek birthdaynya tahun ni..sudah lama diidamkan..




http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Ni la rupa kek yang telah di potong..memang sedap kek ni..dengan rasa kek butter vanila yang moist, di tambah pula dengan filling strawberi dan cheese buttercream..sapa yang nda suka makan kan..hihi..^_^

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

PRINCESS CAKE
HARGA: RM 60++ ( bergantung berat/ jenis kek/ krim ( buttercream/cheese buttercream )

Jika ada sapa-sapa yang berminat untuk menempah kek ni ataupun produk lain Sweet red cherry, sila hubungi kami untuk pertanyaan dan info lebih lanjut ya, 012-8244251 ( sms/call/whatsApp ). Tq

Jumpa lagi di entri yang lain. Sekian.

13 comments:

  1. Bila dah ada post mortem cam ni baru puas hati kan bb

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu cheq da..terasa penat lelah buat kek ni berbaloi tengok hasil kek..

      Delete
  2. Cantik kek princess tu... tindan 3 layer kek tu dan potong tepi kek bagi bentuk skirt kembang tu ye... mencabar kalau nak buat ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ya nurul..huhu, memang sangat mencabar semasa proses buat kek ni..tapi puas hati tengok hasil yang menjadi..

      Delete
  3. Salam akak...
    nk tnya, lapisn kek yg ats sekali tu guna loyang bulat biasa atau loyang khs...?
    Sbb npk melengkung cntik jaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam juga..

      untuk lapisan atas sekali tu, sya guna loyang bulat kecil khas yang melengkung..thanx ya..^_^

      Delete
  4. bru frst time dh mnjdi..mmg terbaik ne..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalah zila..alhamdulillah..sebelum buat tu saya banyak buat rujukan dalam internet cara buat kek ni..hehe..

      Delete
  5. jangan main2, kali pertama buat pun nampak cantik tuuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..thanx ya mel..ni pun masih banyak lagi yang saya perlu belajar dan perbaiki..

      Delete
  6. mcm sedap jer hihii jom join ga ana
    http://adna2029.blogspot.com/2014/05/ga-pertama-sambutan-hari-lahir-anak.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanx ya ana..insyaallah saya join..

      Delete
  7. salam bb.. lamanya x singgahh.. pandainya buat princess cake ... memang kagum betul la ..susah gak buat kek ni

    ReplyDelete