APAM AMBON

Hello..

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya..

Alhamdulillah kita masih lagi dapat bersua pada malam ni..sebenarnya badan ni agak penat sikit kerana petang tadi kami menyambut birthday aku dan 2 orang anak buah aku..buat kerja dari kemarin lagi menyediakan persiapan untuk acara sambutan birthday ni..mata pun macam sudah ngantuk la pula sekarang ni..tapi demi untuk pengunjung blog SRC..aku gagahkan juga tangan aku ni mengupdate entri baru untuk tatapan semua..

Baiklah, pada malam ni aku mau kongsikan apam yang telah aku buat baru-baru ni iaitu Apam Ambon. Apamnya sedap ja dimakan..sungguh colorful dan mempunyai pelbagai rasa..dapat resepi ni hasil dari google di internet..tapi, maafla ya sebab lupa ambik dari mana..

APAM AMBON, RM 20

Apapun, di sini aku juga kongikan resepi apam ni bagi yang mau mencuba..

RESEPI: APAM AMBON
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
4 biji telur
100g tepung gandum
2 sk baking powder
2sk ovallete
40ml susu segar-suhu bilik
40ml minyak
PEWARNA/PERISA:
Pink - Strawberi
Coklat - Choc. emulco
Oren - Oren emulco
1 sk esen vanila

CARA MEMBUATNYA:
- Pukul telur, gula & ovallete, 5-6 min sehingga gebu.
- Masuk tepung. Pukul sebati.
- Masukkan minyak dan susu sikit-sikit. Kacau sebati.
- Bahagi kepada 4 bahagian dan bubuh pewarna dan perisa.
- Tuang adunan selang seli dan akhir sekali adunan vanila.
- Ratakan. Alas tutup kukusan dengan kain bagi mengelakkan air menitik atas apam.
- Kukus selama 30 min - masak.

- Selamat Mencuba-


Kalau malas mau membuat atau sibuk sangat tu boleh la order dengan kami ya..senang ja..hanya call ja ke talian kami tu atau pun email ja ya..tq. Jumpa lagi di entri yang lain pula..bye.

2 comments:

  1. salam... sedapnyer apam ambon... cantik marblenyer

    ReplyDelete
  2. apam ambon memang sedap..tq hana..

    ReplyDelete