Resepi Rainbow Cake

Assalamualaikum w.b.t..

Hai..good morning semuanya..seperti yang aku janjikan hari tu aku mau kongsikan pula resepi Rainbow Cake pada pagi ni..untuk kek ni aku rujuk resepinya di blog Kak Azlita Aziz @ masammanis.blogspot.com..

RAINBOW CAKE, RM 70 ( 1KG )

NAMA KEK: RAINBOW CAKE
FILLING: FRESH CREAM
TOPING: CREAM CHEESE FROSTING
HIASAN: PATUNG GUM PASTE, PINK CHOC. CIP, BELON
HARGA: 70 ( 1 KG )

Baiklah, untuk resepinya pula anda boleh semak di bawah ni..saya mohon izin ya Kak Ita untuk panjangkan resepinya di sini ya..

RESEPI: RAINBOW CAKE
SUMBER: AZLITA AZIZ
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
3 cwn tepung gandum
4 sk baking powder
1/2 sk garam
1 cwn butter-suhu bilik
2 cwn gula ( aku hanya guna 1 1/4 cwn gula shj sebab manisnya sedang2 )
5 biji putih telur-suhu bilik
2 sk esen vanila
1 1/2 cwn susu segar-suhu bilik
pewarna oren,merah, kuning, biru, ungu, hijau

CARA:
- Pukul butter & gula hingga kembang dan putih.
- Masuk putih telur dan pukul gebu, ringan. Masukkan esen.
- Low speed, masuk tepung selang susu. ( tepung, susu, tepung, susu, tepung, susu, tepung )
- Bahagikan kepada 6 bahagian dan warnakan
Bakar 170 degree, 15-20 minit bakar setiap lapisan.
- Bakar selapis-selapis

FRESH CREAM FROSTING:
2 cwn non-diary whip toping
1/2 cwn gula icing
1 sk esen vanila ( aku tidak bubuh )
CARA:
- Pukul whip topping kental.
- Masuk gula dan esen. Pukul lagi.
- Sedia untuk digunakan

CREAM CHEESE FROSTING:
250g cream cheese
125g butter
1 cwn icing sugar
1 sk esen vanila ( aku tidak bubuh )
sedikit jus lemon/ limau nipis
CARA:
- Pukul cream cheese & butter sampai berkrim
- Tambah icing sugar, esen vanila dan jus lemon/limau nipis.
- Sedia untuk digunakan

- Selamat Mencuba -

Jika ada yang telah mencuba resepi dari blog ini, anda boleh la kongsikan dengan aku ya..tq..

Bagi aku, untuk membuat kek yang bewarna-warni disukai ramai dan sangat digemari oleh budak-budak ni, ia memerlukan kesabaran yang tinggi kerana proses pembuatannya yang agak lama. Untuk aku, masa membakar memang mengambil masa yang panjang kerana terpaksa menunggu setiap lapisan masak satu persatu kerana loyang hanya satu..hihi..lagipun, masalah oven yang kecil tidak mengizinkan aku masak lapisan warna sekaligus walaupun sekiranya ada extra loyang. So, tidak hairan la kenapa harga kek ni mahal sikit..tapi, jangan risau kerana rasa kek tidak mengecewakan sapa saja yang memakannya sebab ianya sangat Marvellous..sedap sangat..gabungan rasa fresh cream & cream cheese tu apabila begabung, memang MALATOP..hihi..


Kek birthday yang aku buat ni memang habis licin kena makan..sepupu2 dan makcik2 yang datang ari tu ada yang tapau lagi kek ni bawa balik rumah..hehe..syukur la mereka semua suka dan memuji kesedapan kek ni..














Antara gambar masa celebrate birthday kitorang last week..happening sangat..

Baiklah, untuk tempahan, anda boleh email, telefon atau sms ke no talian kami yang tertera di atas ini untuk info lebih lanjut ya..terima kasih..

4 comments:

  1. susah nak buatnya kan...tapi hasilnya terbaik
    seronoknya potong kek besday...

    singgah sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Qhaifa Nur..buat kek ni susah juga..apapun, thanx sebab komen n singgah ke blog kami..

      Delete
  2. rajinnyer buat kek rainbow....kita pun rindu ngan rainbow cake...nak satu slice..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la terajin la pula buat kek ni..hehe..boleh bah..rahel dtg la kk..hihi

      Delete