Buttermilk Cake

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Hai, bertemu lagi kita pada hari ni ya..em, di sini baru ja lepas berenti hujan..beberapa hari ni memang hujan turun agak lebat..tapi, syukur la..bagus juga hujan turun..rahmat kan setelah beberapa lama cuaca yang sangat panas sebelum ni. Sekarang ni suhu sejuk betul2 terasa..apalagi time mandi tadi..em, sejuknya menusuk hingga ke tulang..nda sanggup la mau mandi lama-lama..terketar-ketar lepas keluar dari bilik mandi..berlaga semua gigi..hehe..

Okeylah, untuk tatapan pengunjung semua, malam ni aku mau kongsikan satu kek yang aku buat dimana ianya adalah kek yang sangat sedap dan mudah untuk dihasilkan iaitu Buttermilk Cake..sebenarnya sudah lama juga aku ambik resepi ni hasil dari meng'google'..tapi buat kek ni baru pertama kali..ternyata rasa kek tidak mengecewakan..sangat menepati selera aku dan keluarga..sedap, lembut dan nyum-nyum..

BUTTERMILK CAKE, RM 15 ( 1 BAR )
Kalau ada yang tertanya-tanya apa resepi kek yang mudah ni..mari kita semak resepinya..

RESEPI: BUTTERMILK CAKE
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
1 1/2 cwn tepung gandum } ayak
1 sk baking powder           } bersama
1 1/4 cwn gula kastor
1 cwn butter
3 biji telur
sedikit esen vanila
1/2 cwn buttermilk ( 1/2 cwn susu segar/cair + 1sk jus lemon, biarkan selama 10min )

CARA MEMBUATNYA:
  1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu. Putar lagi.
  3. Masukkan tepung dan putar sebati. Kemudian masukkan buttermilk dan akhir sekali esen vanila.
  4.  Bakar kek selama 30min, 180 degree..
-Selamat Mencuba -


Haa, senang ja kan buat kek ni..tapi kalau sudah malas tu tapi mau makan..bah, apalagi jangan la kasi lama..order saja bah dengan kami. Tempahan dibuka sepanjang masa. Telefon atau email kami untuk info lebih lanjut mengenai tempahan..murah ja bah..jangan malu hubungi kami ya..bye..
 

No comments:

Post a Comment