TEMPAHAN KATERING..

Hallo..

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya..hari ni sudah masuk hari ke-2 kita dalam bulan april..cepat sangat masa berlalu kan..buat yang sudi menjenguk blog kami ni..terima kasih banyak ya..kami mohon sokongan anda..tanpa cerita panjang lagi ni aku mau siarkan pula tempahan katering yang buat kesekian kalinya dari customer yang sangat setia dan sering menempah dengan kami..sapa lagi kalau bukan dari PELADANG..

Banyak juga la yang dorang tempah sempena majlis mesyuarat Peladang pada 26 Mac 2013( selasa ) yang lalu..menunya tidak jauh berbeza dengan menu yang dorang request macam yang selalu tu..antaranya adalah Mee Goreng Ayam, Nasi Putih, Ikan Masak Kicap, Sambal Terung, Telur Masin, Kari Ayam, Karipap, Kek dan Puding..minuman pula air mineral dan 2  jenis minuman panas iaitu kopi dan teh..

Oleh kerana sibuk sangat..aku hanya sempat ambik gambar kek dan puding ja..yang lain2 tu tidak sempat..hehe..maaf la ya..

KEK LAPIS KISMIS


Asalnya nama resepi ni adalah Kek Lapis Prune..tapi aku tukarkan kepada kismis kerana tidak ada stok buah prune..so, pkai kismis pun okey juga la..kek ni kaedah masaknya adalah bakar..

RICH CHOCO PUDING


Untuk puding pula, aku buat Rich Choco Puding..memang sedap dengan rasa coklatnya dan ketika makan sejuk2..nyum-nyum..okey la, kita jumpa di entri yang lain pula ya..jika ada sebarang pertanyaan, sila email kami ataupun telefon ja untuk maklumat lanjut ya..tq.

No comments:

Post a Comment