KEK STRAWBERI

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

Salam ceria dan salam manis diucapkan buat semua pengunjung yang mengungungi blog Sweet red cherry..mau cerita sikit..baru-baru ni ketika aku santai-santai duduk di rumah, tiba-tiba aku terpikir untuk sekali lagi merayakan ulangtahun my sister, Lizawaty sekaligus dengan abang sepupu iaitu Abg Jul ( Zoolhilmi ), Ucu ( makcik..Hjh. Ajijah, adik mama yang bongsu ) dan sorang anak buah aku iaitu Fatihah ( Tiha ) yang mana mereka menyambut ulangtahun pada bulan yang sama iaitu Mac cuma berlainan tarikh..so, pada 30 Mac 2013 ( sabtu ) yang lalu kami berkumpul ramai2 dengan sepupu, anak2 buah dan keluarga yang terdekat bagi merayakan acara ulangtahun dan makan2 yang sangat simple ni..

Aku yang sponsor kek iaitu Kek Strawberi..ni pun aku buat last minute sudah..nasib baik juga siap pada waktunya..kerana acara bermula jam 4.30 petang di rumah makcik aku (Hjh.Aishah, kakak sulung mama )..aku start buat kek jam 12 tengahari dan siap pada jam 4 petang..aku sempat lagi bingung mau buat kek apa coz bahan2 untuk membuat/menghias kek pun agak terhad di rumah..mau beli di kedai sudah tiada masa..so, bila bukak buku resepi aku ternampak Kek strawberi ni dan aku olah semula mengikut cara aku pula..
KEK STRAWBERI, HARGA RM 42 ( 1.2 KG )
- Kek span berperisa strawberi
- Filling strawberi
- Layer & keseluruhan kek, Fresh Cream
- Hiasan: Marachino Cherry

Alhamdulillah sangat kerana mereka semua suka sangat makan kek ni dan dorang memang sapu habis kek ni..langsung tiada yang tinggal..apapun, kek ni memang sedap..

Anak2 buah aku, dari kiri: Putri, Dhiyan, Damia, Ijam, Fatihah & Adib


Ini la gambar anak-anak buah aku yang beriya-iya betul mau meniup lilin..kalah-kalah lagi yang menyambut birthday..dorang yang terlebih excited..hehe..

 
Kalau ada yang ingin mencuba resepi ni..dibawah ni aku sertakan sekali resepinya..jom semak..

RESEPI: KEK STRAWBERI
OLEH: SWEET RED CHERRY

Resepi Kek Span Strawberi:
4 biji telur
125g gula kastor
125g tepung serbaguna/ superfine
50 ml air
60g marjerin cair/minyak
12g ovallate
1/2 sk baking powder
1 sk strawberi paste
sedikit pewarna pink
CARA:
- Putar semua bahan kecuali marjerin cair/minyak selama 8-10 min dengan mesin pemutar.
- Masuk marjerin cair/minyak perlahan dan kacau sebati ( jangan terlalu lama )
- Tuang adunan dalam tin pembakar yang sudah dilenser dengan marjerin dan sedikit tepung
- Bakar 190 degree selama 15-20 min.
- Setelah masak sejukkan terlebih dahulu..

FILLING & HIASAN:
- Filling strawberi secukupnya
- Whip cream secukupnya
- Maraschino ceri
CARA:
- Belah kek span kepada 2 lapisan.
- Sapukan filling strawberi dan sapukan whip cream di atasnya.
- Letakkan lapisan kek yang terakhir kemudian sapukan dengan whip cream di keseluruhan kek.
- Hiaslah ikut kreativiti. 

- SELAMAT MENCUBA -


UNTUK TEMPAHAN, HUBUNGI KAMI MENERUSI EMAIL ATAU TERUS TELEFON KAMI KE TALIAN YANG TERTERA YA..TERIMA KASIH.

No comments:

Post a Comment