ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..
Good morning semuanya dan salam ceria diucapkan pada semua pengunjung blog Sweet red cherry..ni mau ucap thanx pada yang telah sudi mejadi follower dan pada yang sudi 'Add' aku di circle google tu terima kasih banyak ya..seronok rasanya kerana dapat menambahkan rakan-rakan di alam maya ni..selain dapat bertukar-tukar fikiran, dapat juga mengeratkan hubungan silaturahim walaupun tidak pernah bersua..betul tak?
Okey la, tanpa membuang masa pagi ni aku publishkan satu entri yang telah aku buat baru-baru ni iaitu Kek Coklat Air Ais..pelik ka namanya?first time aku nampak resepi ni aku pun tertanya-tanya juga kenapa nama resepi ni begini..rupa-rupanya, antara bahan yang digunakan dalam kek ni adalah air sejuk dalam peti sejuk tu..kek ni juga tidak menggunakan telur sama sekali ataupun susu..so, untuk yang tidak makan atau alah dengan produk tenusu tu sangat sesuai makan kek ni..sedap tau..tekstur kek memang moist..kalau tuang coklat toping atau ganache..memang sedap woo..
KEK COKLAT AIR AIS, HARGA RM25 ( SEBIJI ) |
Aku kongsikan resepinya di bawah ni..mari kita semak..
RESEPI: KEK COKLAT AIR AIS
OLEH: SWEET RED CHERRY
BAHAN:
3 cwn tepung gandum
2 cwn gula perang
1/2 cwn gula kastor
3/4 cwn serbuk koko
2 sb cuka
1 sk garam
1 sk bikarbonat soda
1 sk esen vanila
2 cwn air ais ( dari peti sejuk )
2/3 cwn minyak masak
CARA MEMBUATNYA:
- Satukan semua bahan-bahan dan gaul sebati.
- Tuang dalam loyang yang telah di alas dengan kertas minyak.yang telah digriskan
- Bakar 175 degree selama 35min - hingga masak.
Senang ja buatnya kan..hanya perlu gaul semua bahan sekali kemudian bakar..jimat masa..hehe..korang boleh kongsikan dengan aku jika ada yang telah mencuba mana-mana resepi dari blog ini ya..komen anda semua juga sangat di alu-alukan..kami amat mengharapkan sokongan dari anda semua..dan sudi-sudikan la menjadi follower SRC..
Terima kasih ya kerana membaca entri ni sampai habis..hingga bertemu lagi di lain entri pula ya..sekian..
kalau kek coklat ni mkn mcm tu pun sudah sedapppp...tolong buatkn kopi o panas ucu nak dtg sekejap lagi ni..:)
ReplyDeleteheheh..bleh saja ucu..meh dtg sini..kopi o panas dah siao ni..
Deletewah, sedap kek coklat ni...
ReplyDeletejarang kita dengar buat kek letak ais sejuk...
memang unik sekali tapi nampak best...
betul tu Qhaifa..first time tengok nama resepi ni nampak pelik juga..tp, bila dah try ternyata kek ni memang sedap..
Delete