RUSSIAN BLACK & WHITE CAKE

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Syukur alhamdulillah kembali bersiaran pada hari ni..maaf la ya kerana terpaksa membiarkan blog ni sepi tanpa entri yang baru..kebelakangan ni agak sibuk hinggakan tidak sempat menghadap laptop..sibuk dengan pelbagai urusan harian dan menyiapkan aneka tempahan..syukur kerana rezeki yang tidak putus-putus..

Baiklah, seperti yang aku janjikan tempohari..hari ni aku akan siarkan resepi kek birthday yang aku buat untuk Waie iaitu Football cake: Russian black & white cake..sudah lama merancang buat kek untuk birthday waie dan banyak juga google internet cari resepi yang senang dan terbaik..akhirnya aku jumpa resepinya di blog Hanamemories..apapun, thanx banyak share resepinya..

Jom semak resepinya di bawah ni..

RESEPI: RUSSIAN BLACK & WHITE CAKE
SUMBER: HANAMEMORIES
OLEH: SWEET RED CHERRY

( KEK COKLAT)
BAHAN:
170 g tepung superfine }
 1 sk baking powder   } ayak
1 sk soda bikarbonat  }
1 tin susu cair ( 400g )
100 g serbuk koko
200 g minyak masak/ jagung
250 g susu pekat
250 g gula halus - aku bubuh 210 g ja
5 biji telur - blend 5 minit

CARANYA:
  • Satukan minyak, susu pekat, susu cair, gula halus dan serbuk koko. Panaskan atas api yang kecil hingga sebati. Angkat.
  • Masuk dalam mangkuk besar, masukkan telur yang diblend tadi. Kacau.
  • Akhir sekali, masuk bahan yang diayak tadi. Kacau guna handwhisk.
  • Sapu loyang dengan butter. Tuang adunan dan kukus selama 1 jam 10 minit. Sejukkan.
COKLAT GANACHE:
200 ml whip cream ( diary )
500 g coklat masakan/ compound
1 sb air panas
2 sb sirap glukos
2 sb butter
  • Panaskan whip cream ( tidak perlu mendidih ). Masuk air panas, butter dan sirap glukos. Kacau sebati.
  • Angkat dari api dan masuk coklat masakan. Kacau hingga coklat cair.
  • Sejukkan dulu baru guna. ( sebaiknya semalaman dalam suhu bilik, untuk memudahkan paip atas kek).
 COFFEE CREAM CHEESE:
500 g cream cheese
1 cwn butter lembut
1 cwn gula icing
1 peket coffee 3 in 1 ( aku x bubuh )
- Putar semua bahan hingga sebati.

CARA MELAPIS:
  1. Potong kek kepada 3 -4 bahagian. 
  2. Letak 1 lapisan atas papan kek. Masuk cream cheese dan coklat ganache dalam piping beg. Paipkan atas kek secara memanjang secara selang seli. 
  3. Letak lapisan kek ke-2 dan ulangi langkah tadi. Lapisan akhir sapu baki cream cheese.
  4. Tuang baki coklat ganache. ( Jika ganache beku, panaskan kejap ). Sejukkan.
-Selamat mencuba-

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
RUSSIAN BLACK & WHITE CAKE

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
Ini adalah kek yang sudah siap di deko..aku deko ala kek padang bola sebab waie suka tengok kartun main bola di channel disney XD 617 tu..aku pun lupa apa nama kartun tu..huhu..

 FOOTBALL CAKE @ KEK PADANG BOLA
HARGA: RM 60++
( BERGANTUNG BERAT )

Ini pula kek yang telah dipotong..memang sedap kek ni..mewah dengan rasa coklat..bergabung pula dengan cheese..nyum-nyum..so, yummyyyy!!! ^_^

UNTUK TEMPAHAN ATAU PERTANYAAN, SILA HUBUNGI TALIAN YANG TERTERA NI, 012-8244251 ( bbwana ). Boleh call/sms/whatsApp..tq

Sampai sini saja entri aku pada hari ni..jumpa lagi..bye..S

8 comments:

  1. bgs la pndi buat kek sndiri jimat

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, terima kasih..ni pun kena banyak belajar lagi buat kek yang disukai..

      Delete
  2. Assalam wana..sedap RBW ni..kak lina pernah wat sekali gn rcp hana gak..
    Mewah ngn rasa coklat n cheese..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam kak lina..betul tu kak..kek ni mewah dengan coklat n cheese..sedap sangat..

      Delete
  3. pernah buat gak kek ni, tp guna resepi dr kak ita...
    byk guna modal tp rasa memang sgt berbaloi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kek ni memang banyak modal dan banyak step yang perlu dibuat tapi memang sangat berbaloi bila makan hasilnya..mabeles!!!hihi..

      Delete
  4. Nyum2...sgt sdp ni nmpknya..sya x pnh buat lg kek ni wana..nnti boleh cuba buat ni..^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok..nanti yana try buat ya..rasa kek sangat tidak menghampakan sebab betul2 sedap tau..

      Delete