BISKUT BRIGHT EYED SUSAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hai, semuanya..alhamdulillah kembali bersiaran untuk hari ni..kebelakangan ni memang akan melalui hari-hari yang sibuk dengan pelbagai tempahan..apapun, syukur atas rezeki Allah..terima kasih pada semua pelanggan yang telah menempah dengan kami ya..

Jadi, semantara tengah berehat ni aku mau kongsikan satu entri biskut dengan teman-teman dan pengunjung blog SRC iaitu Biskut Bright Eyed Susan..salah satu biskut klasik yang sedap dan kena dengan selera aku. Dulu masa kecik-kecik, mama rajin buat setiap kali tiba lebaran..aku suka betul makan biskut ni..lepas tu bila sudah besar ni mama nda buat sudah biskut ni sampai la raya tahun lepas aku jumpa biskut ni masa beraya di rumah sepupu aku, punya main gembira aku rasa bila dapat makan biskut ni..haha..dan tahun ni aku bercadang buat sendiri biskut..aku google di internet, akhirnya aku jumpa juga di My Resepi..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
BISKUT BRIGHT EYED SUSAN
 Biskut ni ranggup dimakan..tambahan lagi dengan rasa jem strawberi di atasnya dan di salut dengan badam cincang membuatkan rasa biskut ni sangat menarik..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
 Jom kita lihat resepinya pula..

RESEPI: BISKUT BRIGHT EYED SUSAN
SUMBER: MY RESEPI
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
260 g tepung gandum
1/2 sk baking powder
secubit garam
250 g butter
125 g gula kastor
1 sk esen vanila
1 biji kuning telur
HIASAN:
1 biji putih telur
Almond nibs- tidak perlu panggang
Jem strawberi

CARANYA:
  1. Ayak tepung gandum, baking powder dan garam. Ketepikan.
  2. Pukul butter dan gula kastor hingga sebati.
  3. Masuk kuning telur dan terus kacau.
  4. Kaup balik adunan tepung dalam mentega dan uli sedikit hingga menjadi doh yang lembut.
  5. Sukat adunan sebanyak 1 sudu kecil dan bulatkan untuk dapatkan bentuk yang sama.
  6. Celup permukaan biskut dalam putih telur dan celup dalam almond nibs. ( boleh sapu keliling biskut dengan putih telur dan celup bahagian tepi dengan almond ).
  7. Susun dalam loyang/dulang pembakar dan buat lubang ditengah biskut dan paipkan jem strawberi.
  8. Bakar dalam suhu 200'C, 10 minit. ( boleh guna suhu 160'C, 15 minit, ikut oven masing ).
-Selamat mencuba-

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Okey la semuanya, sampai sini saja dulu entri aku pada malam ni. Sampai jumpa lagi di lain entri pula ya..bye..

Untuk tempahan biskut/produk kuih-muih kami, sila hubungi talian ini untuk info lanjut, 012-8244251 ( bbwana ). Call/sms/whatsApp. Tq.

2 comments:

  1. Tak penah jumpa biskut ni...apa lg mknnya...mcm sedap je...nk buat pun nmpk senang...buat jual BA...msti laku ni...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap tau kak biskut ni..terai la buat tahun ni kak..hihi..

      Delete