BISKUT SMARTIES @ M&M

Assalamualaikum w.b.t..

Hallo..hallo semuanya..

Alhamdulillah kembali bersua pada hari ni..rindunya mau menulis dalam blog ni..minta maaf banyak-banyak ya sebab biarkan entri tidak bertukar selama seminggu ni..huhu, seperti yang pernah aku bagitau hari tu, sepanjang minggu lepas aku memang sangat-sangat sibuk menyiapkan tempahan dan kuih-muih jualan karnival yang aku join tempohari..lepas karnival aku berehat beberapa hari dari membuat order..sangat penat dan keadaan aku yang kurang sihat tidak mengizinkan aku update entri baru..

Baiklah, hari ni aku mau kongsikan entri biskut pula memandangkan kita sudah menghampiri bulan ramadhan..pasti ada yang tercari-cari resepi biskut yang ingin dicuba..apa kata korang cuba buat Biskut Smarties @ M&M ni..memang sangat sedap dengan taburan gula-gula yang colorful dan ada rasa coklat dalamnya..ranggup dimakan..ni antara biskut yang popular pada masa ni..budak-budak yang paling suka pastinya..heheh..cuma yang sedikit terkilan adalah bila cari-cari gula-gula smarties atau m&m ni tiada la pula bila mau beli..jadi, aku guna jenama lain..dalam gambar nampak bulat tapi bila tengok dalam bentuk lonjong pula..huhu, geramnyaaa!!!

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
BISKUT SMARTIES @ M&M
 Jom kita semak resepinya..

RESEPI: BISKUT SMARTIES @ M&M
SUMBER: CITARASAWAN
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN A:
250 g mentega
30 g shortening
250 g gula perang
2 sk esen vanila
2 biji telur gred B

BAHAN B:
460 g tepung gandum
1/2 sk baking powder
1 sk emplex
1/4 sk garam
60 g badam cincang - panggang
HIASAN:
Coklat smarties/ m&m dan lain-lain

CARANYA:
  1. Pukul bahan A hingga kembang dan berkrim, masuk esen vanila dan terlur satu persatu dan pukul rata.
  2. Masuk bahan B dan uli hingga jadi doh lembut. Rehatkan doh 15-20 minit.
  3. Ambil 1/2 sudu besar atau sudu kecil, gentel bulat dan tekan 3-6 biji gula-gula coklat.
  4. Panaskan oven, susun dalam dulang. Jarakkan 5 cm.
  5. Bakar 150'C selama 15-20 minit.
-Selamat mencuba-

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Pasti meja hidangan anda pada hari raya nanti akan nampak warna-warni dan menarik dengan biskut ni..^_^

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Pada yang berminat untuk menempah dan ingin tau senarai biskut raya yang aku buat dan terima tempahan..aku akan siarkan entri tentang senarai biskut pada masa yang terdekat jika tiada halangan ya..insyaallah..so, tunggu.....

Jika ada sebarang pertanyaan, sila email dan hubungi kami menerusi talian yang tertera ini. Tq. Email: siti.salwana@yahoo.com. Sms/call/whatsApp: 012-8244251 ( bbwana ).

11 comments:

  1. sedapnyeee.... nak cuba :)) btw, singgah sini dan follow...

    http://aisyahambris.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, nanti try la buat ya..apapun, thanx byk.nanti saya bw awak pula

      Delete
  2. nampak senang bahan2 tu..lama dh tengok orang je makan, mel teringin nak buat juga lah. halal resepi nya ye..nak copy ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya mel senang ja bahan buat biskut ni..sila la copy paste..^_^

      Delete
  3. Blogwalking dan follow blog ini #168 :D
    Jemput singgah blog Aisyah.. hee

    http://mydreamhigh123.blogspot.com/

    xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. okey, thanx ya..saya akan terjah blog awak pula..

      Delete
  4. Replies
    1. thanx banyak..try la buat untuk raya ni..

      Delete
  5. Wahh nampak sedap laa...dpat berapa bijik cookies eh kalau ikot resepi akak? Saja tanye.. :))

    ReplyDelete