Riang Ria Hari Raya Give Away by Cik Abbit

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

 http://iniidopaku.blogspot.com/2014/05/riang-ria-hari-raya-giveaway-by-cik.html
KLIK BANNER UNTUK JOIN!!

Kisah  hari raya aku yang paling seronok adalah zaman kanak-kanak..aku masih ingat lagi, selepas kami sekeluarga balik dari sembahyang raya di masjid..aktiviti pertama yang akan kami lakukan adalah menziarahi atok dan nenek yang masa tu mereka masih hidup lagi..salam bermaafan dan menikmati hidangan hari raya  yang sangat istimewa bersama..memang sangat indah kenangan itu..macam sebak pula rasa bila ingat kembali..huhu..

Kemudian,  aku, kakak dan sepupu-sepupu lain akan keliling kampung berhari raya..paling lucu bila mau bagi salam tu mesti bersuruh-suruh antara satu sama lain untuk memberi salam..haha..kadang-kadang tu untuk lebih adil, kami akan memberi salam serentak..sampaikan tekejut tuan rumah mendengar suara kami..^_^..masa yang sangat di tunggu adalah masa kena bagi 'angpow'..wah time tu dapat 50 sen pun bangga..haha..zaman sekarang dapat rm1 pun nda besyukur..hem, bezanya budak dulu dan sekarang kan..

Dulu-dulu boleh main macam-macam jenis mercun dan bunga api..memang sangat meriah..bunyi mercun saling bersahutan dengan rumah-rumah jiran yang lain..happening sangat..tapi sekarang ni mercun sudah diharamkan sebab sering berlaku kejadian yang tidak diingini..apapun, yang kita lakukan..sentiasa la ingat insan yang kita sayangi..sekian, kisah hari raya aku..

2 comments:

  1. Selamat berpose.. Jempot check peserta list and hadiahh review ;) TQ

    ReplyDelete