KEK KUKUS PUTIH TELUR MUDAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Lama tak kongsi resepi. Jadi hari ni aku mau kongsikan resepi kek yang aku buat minggu lepas iaitu Kek kukus putih telur.

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Timbul idea nak buat kek ni bila terdapat banyak lebihan putih telur masa buat biskut. Buat biskut hanya guna kuning telur.Jadi, sayang putih telur tu kalau tak buat apa-apa..

Aku kongsikan resepi kek yang sangat mudah ni..jom semak!!

RESEPI: KEK KUKUS PUTIH TELUR
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
200g gula pasir
250g tepung gandum
1 cawan putih telur
100ml minyak masak
100ml santan/susu cair
1sk ovallete
1sk esen vanila
Pes strawberi/coklat
Pewarna pink

CARANYA:
  1. Pukul putih telur, gula pasir dan ovallete hingga kembang.
  2. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan masukkan minyak masak dan santan. Kacau rata.
  3. Bahagi adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian bubuh pes strawberi +  pewarna pink, 1 bahagian bubuh pes coklat + serbuk koko dan 1 bahagian biar plain.
  4. Gris loyang dengan minyak dan tuang adunan coklat dan kukus selama 10 minit.
  5. Kemudian tuangkan adunan pink dan ratakan. Kukus selama 10 minit.
  6. Akhir sekali, tuang adunan plain dan kukus selama 15 minit.
  7. Sejukkan baru potong.
-Selamat mencuba-

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Sedap makan kek ni..lembut dan ada gabungan rasa vanila, coklat dan strawberi..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Okeylah, sampai sini saja entri aku pada hari ni. Sampai jumpa lagi..bye

Sekian, wasalam.


19 comments:

  1. wahhh nampak sedap...kalau ada lebihan putih senang la..syg pulak kalau kuning dibuang je..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih..kalau kebetulan ada lebihan putih telur nanti boleh la try buat :)

      Delete
  2. Tgk sekali cam apam pun ada bb

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah macam apam sikit cheq da..cuma bezanya yang ni hanya guna putih telur ;)

      Delete
  3. msti sedap lembut je nih.... nk try lah nnti kalu ter rajin

    ReplyDelete
  4. salam singgah wana

    kalau buat biskut boleh jugak wana guna putih telur .. orang panggil tuiles.. sedap la jugak crunchy2 gitu hiii..

    ReplyDelete
  5. Kek tu cantik dan nmpk sangat sedap wana :)

    ReplyDelete
  6. Yeayyyyyy! Nanti nak cuba. Selalu buntu tak tahu nak buat apa dgn lebihan telur putih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat masker laaa Kak Farrah.. tepek kat muka tp kena tahan hanyir la..
      tegang gituuu you =P

      Delete
    2. Cannot! Tak tahan bau huhuhuh

      Delete
  7. kak wana, terliur kita tgok kek tuh, nampak gebu sangat2..... tergoda22 :D cantek colour dia :D

    ReplyDelete
  8. kalo x letak ovallete okay ke ? mak x makan kalo ada ovallete..

    ReplyDelete
  9. Wah, macam senang je nak buat :)

    ReplyDelete