Brownies Coklat

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Hai, semuanya..jumpa lagi kita pada hari ni..terus la kepada entri yang aku siarkan pada kali ni adalah Brownies Coklat..sudah lama angan-angan mau mencuba resepi brownies kali ni lepas tengok dalam Majalah Rasa Edisi November 2013..hobi aku sekarang ni suka mencuba resepi yang aku tengok dalam majalah yang aku beli..heheh..tiba-tiba kerajinan melanda.. nampak sedap dan terliur tengok brownies ni..huhu..ish..ish..ish..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
Brownies coklat
http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

Buat brownies ni memang senang ja..tidak perlu mixer..hanya gaul dengan whisk ja..so, memang mudah untuk membuatnya..tapi kalau malas tu dan mahu gunakan mixer pun boleh..tiada masalah la.Apapun, untuk brownies yang aku buat ni agak manis bagi aku..kalau buat lagi pada masa akan datang, aku akan kurangkan sukatan gula..

Tekstur brownies ni agak lembut dan moist..sedap la makan sambil minum teh 'o' atau kopi..

Untuk yang mau tau resepinya, aku kongsikannya di bawah ni..sila la semak..

RESEPI: BROWNIES COKLAT
SUMBER: MAJALAH RASA NOVEMBER 2013
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN: 
250 g mentega
300 g gula kastor - boleh kurangkan jika tidak mau terlalu manis
1 sk garam
1 1/2 sk esen vanila
130 g tepung gandum
1 1/2 sk baking powder
100 g serbuk koko
4 biji telur
Kepingan badam secukupnya

CARA:
  1. Ayak tepung gandum, baking powder dan serbuk koko. Ketepikan.
  2. Cairkan mentega, gula kastor, garam dan esen vanila dalam kuali atas api yang kecil hingga larut. Matikan api dan biar suam.
  3. Pukul bahan-bahan yang telah dicairkan tadi bersama telur satu persatu.
  4. Masuk tepung yang telah di ayak dalam bancuhan tadi sedikit demi sedikit. Kacau sebati.
  5. Tuang dalam loyang 10x10 dan bakar pada suhu 160 c -180 c selama 30-40 minit.
  6. Taburkan kepingan badam atas adunan.
  7. Biarkan sejuk sebelum dipotong.
-Selamat mencuba-

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

 Boleh la rujuk gambar di atas ni..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

Untuk pertanyaan atau ingin menempah, sila la hubungi talian kami yang tertera di atas tu ya..boleh email atau terus ja telefon no di atas tu..tq..

Terima kasih kerana baca entri hingga habis..jumpa lagi..bye..

No comments:

Post a Comment