KEK MINYAK

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera..

Bersua kembali pada malam ni..thanx banyak pada teman-teman blogger yang sudi singgah sini dan tinggalkan komen-komen manis..terima kasih juga buat semua pengunjung blog SRC dan silent reader..sebelum aku menyiapkan tempahan kek..ambik kesempatan dulu mengupdate blog kesayanganku ini..hehe..

Baiklah, untuk malam ni aku ingin kongsikan tentang Kek Minyak..pertama kali aku nampak kek ni di blog Kak LinaPG..nama kek pun sangat unik dan buat aku tertarik untuk meneliti bahan dan cara buat kek ni..rupanya senang ja buat kek ni..bahan pun agak simple juga, corak dan warna kek pun menarik minat aku untuk membuatnya..suka yang colorful ni..so, bahan memang cukup di dapur..aku nda tunggu lagi untuk mulakan projek mencuba buat kek ni..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
KEK MINYAK
 Bila aku google resepi kek ni..rupanya kek ni bukan baru..sudah banyak yang buat dan kongsikan kek ni..macam-macam rupa ada kek minyak ni..nampaknya aku juga yang ketinggalan untuk mencuba kek ni..huhu..
http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

 Memang favourite aku buat kek yang warna-warni..suka yang ceria-ceria..hihi ^_^

Untuk resepi, aku kongsikan di bawah ni ya..mohon izin untuk aku sharekan resepinya di blog SRC pula ya..jom semak resepi..

RESEPI: KEK MINYAK
SUMBER: MY RESEPI / LINAPG
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN: ( 8X8 / 9 IN )
5 biji telur
3/4 cwn gula halus  ( aku buat 1/2 cwn gula kastor )
2 cwn tepung gandum
1 sk baking powder
1 cwn susu pekat manis ( aku buat 3/4 cwn )
1 sb ovallete
1 cwn minyak masak
Perasa pisang/oren/pandan/ikut suka/pewarna
1 sk esen vanila

CARANYA:
- Panaskan oven dengan suhu 165 C
- Ayak tepung gandum & baking powder. Ketepikan.
- Alaskan loyang dengan baking paper yang digris dengan minyak / butter.
- Pukul telur, gula kastor dan ovallete hingga kembang.
- Masukkan susu pekat manis dan esen vanila. Pukul sebati.
- Masuk minyak masak. Gaul rata.
- Akhir sekali, masukkan campuran tepung. Gaul hingga sebati.
- Bahagi adunan kepada 3 bahagian dan letak perasa dan pewarna disukai.
- Tuang dalam loyang secara berselang seli. Marble ikut kreativiti.
- Bakar selama 50 minit - masak.

-Selamat mencuba-
 
Boleh lihat gambar di bawah ni..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

 Sedap juga ni layan kek dengan secawan teh/ kopi / milo panas kan..


 Ni kek minyak yang aku buat kali ke-2..sudah mula suka buat kek ni kerana bahan dan cara buatnya yang mudah..kali ni aku buat perisa lemon, strawberi dan coklat pula..


Okey la teman-teman semua, rasanya aku mau undur diri dulu la ya..perlu siapkan kek yang ditempah ni kerana esok pagi kek ni sudah mau di ambil..so, jumpa lagi di lain entri..tq all kerana datang sini dan baca entri hingga habis..Sekian.

2 comments:

  1. sedap kek ni kan..nk buat pun senang sangat2

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak..kek ni memang sedap dan senang nak buat..terima kasih banyak ya sebab dah share resepi..

      Delete