Hai, selamat petang semuanya..tengah buat apa tu?pastinya hujung minggu ni selain dari bersantai di rumah..ada juga yang ambik kesempatan untuk keluar berjalan-jalan dengan teman atau keluarga tersayang kan..tapi, musim hujan sekarang ni perlu la sediakan payung..tau la cuaca sekarang ni tidak menentu kan..
Okey la, bagi yang tengah duduk di rumah tu dan masih berpikir apa menu minum petang hari ni, apa kata cuba Kroket Kentang Cheese..entri yang aku kongsikan petang ni adalah satu menu yang sangat sedap dan disukai oleh anak-anak terutamanya..mula-mula nampak dalam Majalah Aroma edisi Oktober 2013 yang dikongsikan oleh seorang blogger yang sedang meningkat naik ketika ini..beliau adalah Hafizah Yahya @ Kak Fiza..aku memang kagum dengan Kak Fiza ni sebab merupakan seorang wanita yang bekerjaya tapi mampu mencuba pelbagai menu dan rajin update blog tentang resepi yang beliau cuba di samping tu masih lagi mampu menguruskan anak-anaknya yang sedang membesar..hebat la akak! aku jadikan blog beliau sebagai rujukan..
Jom layan gambar..
Memang sedap tau makan kroket kentang ni..apalagi bila makan panas-panas..bila gigit ja terasa cheese yang meleleh tu..nyum-nyum..yummy..aku lebihkan parutan cheddar cheese untuk rasa cheese yang lebih..selain dari menu minum petang ianya boleh dibuat sebagai hidangan masa parti harijadi kan..
Bila buat sendiri ni kita boleh kurangkan atau tambah bahan yang kita suka dan tidak suka..yang penting tu kebersihan memang terjamin dan selalunya ianya menepati selera kita..yang penting tiada bahan pengawet..sekiranya tidak habis digoreng boleh la dibekukan dalam peti sejuk..sedia digunakan bila-bila masa yang diperlukan..
Jika mau tau tentang resepi kroket ni boleh semak resepinya dibawah ni ya..thanx kak atas perkongsian resepinya, mohon izin ya Kak Fiza@ Fizalgk untuk aku sharekan di sini pula..
RESEPI: KROKET KENTANG CHEESE
SUMBER: KAK FIZA @ FIZA'S COOKING
OLEH: SWEET RED CHERRY
BAHAN:
500 g kentang - dikukus hingga lembut dan dilecek
2 batang sosej
50 g cheddar cheese - diparut ( aku lebihkan cheedar cheese, ikut suka )
3 sb jagung dalam tin - whole kernel ( aku guna yang creamy sebab x stok whole kernel )
Garam secukupnya
1 sk serbuk lada sulah
Minyak untuk menggoreng
BAHAN UNTUK SALUT:
50 g tepung gandum
2 biji telur ayam - pukul sikit
50 g bread crumb
CARANYA:
- Kentang dipotong dadu, dan kukus hingga empuk serta dilecek.
- Campur kentang lecek, cheedar cheese, sosej dan jagung, masukkan garam, serbuk lada sulah dan uli perlahan-lahan.
- Bentukkan bulat-bulat seperti bola pingpong. Golekkan adunan di atas tepung gandum hingga rata, celup dalam telur dan angkat.
- Golekkan semula adunan dalam bread crumb hingga rata.
- Panaskan minyak, goreng adunan hingga masak. Angkat dan hidangkan panas-panas.
Boleh rujuk gambar di atas ni ya step by stepnya..
Kroket ni ranggup diluar tapi sangat lembut di dalam..memang sedap la makan panas-panas sebab cheesenya cair dan meleleh..hihi..sedap oh! ^_^..jadi, sapa-sapa yang mau mencuba tu silakan la ya..
Thanx ya atas kunjungan kalian semua ke blog Sweet red cherry..aku mau undur diri dulu..jumpa lagi di lain entri pula..bye..-wasalam-
kat sini tgh nk msim hjan..
ReplyDeletekalau dpt mkn panas2 msti best..
hai syapex..
ReplyDeletethanx singgah sini ya..memang betul tu..memang sedap makan kroket ni time panas2..apalagi sekarang ni musim hujan..
Assalamualaikum wana..aduh bak mai sebijik dua....
ReplyDeletewalaikumsalam kak Uj..hehe, boleh..mai la datang sini..heheh
ReplyDeleteAssalam
ReplyDeleteEmmm mengoda sb bercheese he hee
salam.. jalan2 singgah kat sini ..yg ni pun tengah hot sekarang ni .. baru nampak resepinya ..belum ni tengok gambar je... kalo ada masa nanti nak try jugak hiiii
ReplyDeletesalam juga..oh ya ka wani? hah, maksudnya wani memang bernasib baik la jumpa resepi kroket ni di blog sya..hihi..nanti try la buat ya..x rugi..memang sedap woo..
Deletewalaikumsalam mama sara nur..hehe, memang menggoda dengan cheese yang meleleh..
ReplyDelete