LAYER CHEESE CREAM CRACKERS

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Selamat petang teman-teman dan pengunjung blog sweet red cherry semuanya..hari ni aku hanya duduk rileks tanpa berbuat apa-apa..bosan juga sebenarnya..so, daripada tiada buat apa-apa, lebih baik aku update blog kan..

Baiklah, pada petang ni aku mau kongsikan dengan anda semua Layer Cheese Cream Crackers yang aku buat semalam..tertarik sangat mau buat bila nampak Anna Qawina tayang layer cheese ni di blognya..kebetulan filling cream cheese aku masih lagi berbaki..so, lepas beli biskut cream crackers hup seng yang cap ping pong tu, aku terus godek-godek di dapur..hihi..teruja sangat mau buat dan merasa hasilnya..


 Sukanya tengok filing cream cheese yang meleleh tu..nda sabar mau makan dan menikmatinya..hihi..


Ingin tau resepinya? di sini aku kongsikan resepi buat teman-teman yang teringin mau buat layer cheese ni..mohon izin ya pada tuan punya resepi untuk panjangkan pula di sini..tq.Untuk filling aku hanya guna filling cream cheese masa buat Kek graham cheese tu. Resepi asal boleh rujuk di bawah..

RESEPI: LAYER CHEESE CREAM CRACKERS
SUMBER: SUSAN JAFRI/FP MAMAZIEZA/ANNA QAWINA
OLEH: SWEET RED CHERRY
 
BAHAN:
250 g cream cheese }putar hingga
65 g butter                }lembut dan
1/4 cwn gula kastor } halus
Biskut cream crackeers
susu segar
Jem/ Filling strawberi
Cheddar cheese - jika suka
Coklat cair - jika suka

CARANYA:
  1. Sediakan bekas yang sesuai. Alas loyang dengan plastik/ foil atau susun dalam bekas plastik.
  2. Sapu kepingan biskut dengan filling.
  3. Celupkan biskut dalam susu segar dan susun dalam bekas/ acuan.
  4. Sapu atau paipkan cheese atas biskut. Ulangi hingga habis. ( aku buat sampai 4 lapis ).
  5. Tabur cheddar cheese dan hiaskan dengan parutan coklat/ coklat  cair.
  6. Sejukkan dalam peti sejuk selama 2 jam.
FILLING CREAM CHEESE: ( aku guna filling ini )
 250 g cream cheese
3/4 tin susu pekat manis ( tin kecil )
  • Potong cheese kecil-kecil dan putar hingga berkrim.
  • Masukkan susu pekat manis dan putar sebati.
  • Sedia digunakan.

-Selamat mencuba-


 Step by step..


Aku suka sangat layer cheese ni..begitu juga dengan putri & waie..cuma masa akan datang aku akan kurangkan sapuan filling strawberi untuk kurangkan kemanisannya..


 Aku letak plastik di bawah dan pindahkan ke dalam kontena dan sejukkan dalam peti sejuk..


Okey la, sampai sini dulu entri hari ni..apapun, terima kasih kerana singgah sini dan baca entri hingga habis....chow -wasalam-

p/s: adriana syaz@yana..boleh try resepi ni lepas ni..hanya perlu cream crackers ja..biskut ni senang cari di mana-mana kan..hehe..

10 comments:

  1. Dah ramai yg mmbuatnya...tp hajat sy nak buat msih x kesampaian....brang2 ada...tp mood yg x de....hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..nanti kalau ada kerajinan..akak harus try buat ni..sedap tau..

      Delete
  2. Assalam
    Sedapnya, lemak2 bersama cream cracker tu

    ReplyDelete
  3. walaikumsalam kak..

    layer cheese ni memang sedap kak..nanti try la buat..

    ReplyDelete
  4. Yeay..ada jgk wana bagi resipi biskut hup seng ni..senang nk crinya wana..bleh la cuba..sgt sedap...huhu..mesti try..tq wana ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..memang kongsikan entri ni khusus untuk yana yang teringin mau buat guna biskut hup seng tu..jangan lupa nanti share ya entri tentang layer cheese ni kalau sudah jadi k yana..

      Delete
  5. Assalam,ni mesti sedap ,lemak dan berkrim.nak cuba buat la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam kak su..

      sedap kak layer cheese ni..try la buat..simple ja kan..hehe..

      Delete
  6. macam sedap jer macam nak makan jer .. hihi macam2 boleh dibuat dengan cream cheese ni kan dan macam2 bentuk pulak.. terasa nak buat la... dah dok terbayang2 nih ...

    ReplyDelete
  7. thanx wani singgah sini..memang betul tu..bukan jer macam sedap..tapi memang sedap tau wani..heheh, cream cheese ni memang boleh dipelbagaikan resepinya kan..nanti try buat ek..

    ReplyDelete