Selamat sejahtera semuanya..syukur alhamdulillah hari ni nampaknya cuaca agak cerah..so, aku pun ambik kesempatan untuk mencuci kain aku yang agak bertimbun tu..heheh, dengan cuaca yang panas hari ni..dapat la kering kain yang dijemur tu kan..
Baiklah, pada malam ni aku mau siarkan gambar-gambar tempahan Kek Yam yang agak lama tersimpan dalam folder..order sudah lama tapi belum sempat mau siarkan dan aku siarkan semua kek yam ni dalam entri pada malam ni sekaligus..Untuk pengetahuan semua, semua tempahan ni di order pada hari yang berlainan ya..dan kebanyakkan order adalah dari pelanggan setia yang fanatik sangat dengan Yam Cake aku..hihi..apalagi kalau bukan Uci..apapun, terima kasih banyak-banyak ya Uci sebab setia menempah dengan kami dan siap tolong promosi dengan ahli keluarganya yang lain..
Jom la cuci mata tengok koleksi Kek Yam..
Ini di tempah oleh Uci untuk ulangtahunnya mamanya..
YAM SPONGE CAKE |
YAM SPONGE CAKE
HARGA: RM 45 ( 1KG ), RM 23 ( 1/2KG )
Aku buat bertemakan bunga ros purple..ada ka ros kaler purple? hihi, hantam ja la kan..yang penting nampak cantik..
Yang ni pula di tempah oleh sepupu Uci sempena birthdaynya..
Untuk deko kek ni aku buat kaler pink dan mempunyai perisa strawberi..so, ada rasa yam dan strawberi la pada kek ni..tq for order..
" Happy birthday to Ummi Afnan "
Ini pula kek yam yang ditempah Uci untuk saudaranya dari Brunei yang maukan kek yam tapi mau tema Minion..kebetulan pula aku hanya ada stok Edible Image Ultraman..so, Uci cakap boleh la juga tu..tq Uci..
Oleh kerana untuk budak-budak..aku deko sesuai untuk budak-budak..
" Happy birthday to Abg Mizan.."
Kek di bawah ni ditempah oleh saudara Uci juga sempena ulangtahun perkahwinan dorang yang ke 23th..tahniah dan terima kasih..
Dan kek yang terakhir ni di tempah oleh sepupu Uci juga sempena ulangtahun suaminya..
Okey la..ni la antara kek yam yang di tempah..so, kalau anda juga berminat untuk menempak Kek yam atau produk kami yang lainnya..sila la hubungi talian email kami yang tertera di atas tu ataupun telefon ke talian kami di sini, 012-8244251 ( bbwana )..tq..
So, sampai sini saja dulu..jumpa lagi di lain entri pula ya..-wasalam-
macam mana rasanya kek yam ni ya . macam sedap jer ..cantik2 sume deko ...
ReplyDeletesedap tau wani rasa yam ni..kalau wani rasa misti nak lagi..heheh..thanx ya wani..
Delete