RED VELVET MARBLE CHEESE BROWNIES

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hallo..hallo..beberapa hari ni nampaknya aku rajin update blog..hehe, yalah bila ada masa lapang dan kurang sibuk tu dapat la aku masukkan entri baru buat tatapan kawan-kawan alam maya dan pangunjung SRC..

Hari ni aku mau kongsikan pula entri Red velvet marble cheese brownies yang di tempah oleh kakak sepupuku iaitu Kak Adi..beliau ni juga merupakan penggemar tegar cheese cake..so, apa saja kek yang berunsurkan cheese memang dia suka makan..terbaru ni red velvet la..heheh..buat semua, jangan bosan ya dengan entri RVC aku sebab dalam bulan ni saja aku banyak tayang tentang entri RVC..

RED VELVET MARBLE CHEESE BROWNIES, HARGA RM 60
Sepatutnya tulis RVMCB bukan RVMCH..haha, sila abaikan ya pada yang perasan tulisan yang ada dalam gambar tu..aku pun boleh nda perasan yang aku salah taip..huhu..Okey la, pada penggemar cheese cake..RVMCB ni adalah brownies yang patut anda cuba sebab rasanya yang sedap..tekstur brownies ni agak moist juga teksturnya..

Untuk resepi, aku intai dari blog rahel..so, saya mau kongsikan juga resepinya di sini untuk tatapan pengunjung SRC pula..mohon izin ya Rahel..Jom la kita sama-sama semak resepinya..

RESEPI: RED VELVET MARBLE CHEESE BROWNIES
SUMBER: JOY OF BAKING & RAHEL BLOGSPOT
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
250 g tepung superfine }
1/2 sk garam                  }ayak bersama
15 g serbuk koko           }
113 g mentega
290 g gula kastor
2 biji telur gred A
1 sk esen vanila
240 ml buttermilk   }campurkan
2 sb pewarna merah }
1 sk cuka/lemon
1 sk soda bikarbonat

* Tips untuk buat buttermilk:
240 ml susu cair/segar + 2sk cuka/lemon/limau nipis } biarkan selama 15 minit

CARANYA:
  1. Pukul mentega hingga lembut berkrim.
  2. Kemudian masukkan gula kastor dan putar hingga gebu ( 2 min ).
  3. Masukkan telur satu persatu. Putar sebati.
  4. Masukkan esen vanila dan putar lagi.
  5. Masuk tepung secara selang seli dengan buttermilk.
  6. Masukkan cuka + bikarbonat soda dalam adunan. Kaup balik.
  7. Tuangkan adunan dalam loyang yang telah digris dan di alas dengan baking paper.
  8. Bakar dalam suhu 170 C selama 50-60 minit.
LAPISAN MARBLE CHEESE
SUMBER: RAHEL
BAHAN:
250 g cream cheese
60 g gula kastor
1 biji telur gred A
1 sk jus lemon
Sedikit coklat emulco } disatukan
Sedikit red color         }
  •  Pukul cream cheese dan gula kastor hingga berkrim. Tambahkan telur dan pukul rata.
  • Tambahkan jus lemon dan kacau sebati. 
  • Tuang adunan cheese atas kek yang siap dibakar tadi.
  • Ambil 3 sb adunan cheese dan satukan dengan pewarna. Masuk dalam piping bag.
  • Picit adunan bewarna di atas adunan dan lorekkan dengan lidi. Hentakkan sedikit untuk keluarkan gelembung.
  • Bakar guna kaedah steambath selama 25-30 minit, 170 C.
-Selamat mencuba_


http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

Http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

Ni hasil kek yang telah masak..sejukkan terlebih dahulu baru di potong..Kak Adi order saja-saja ja, untuk makan sendiri..thanx to Kak Adi sebab selalu order macam-macam kek dengan aku..tq for your support sis..^_^

Bagi yang berminat untuk menempah brownies atau aneka produk SRC..sila la hubungi talian kami yang tertera ni ya..012-8244251 ( bbwana ). Boleh call/sms/whatsApp..tq

8 comments:

  1. Assalamualiakum wana.. Uj blum penah cuba lagi ni...nmpk sedap

    ReplyDelete
  2. Walaikumsalam kak uj..rvc brownies ni memang sedap..

    ReplyDelete
  3. Salam dik...wah ini memang menarik & sedap. Terbaik dik.. :)

    ReplyDelete
  4. salam, sedapnyaaa kita pun suka makan kek yg berunsurkan cheese

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam juga..betul tu kan..apa saja kek yang berunsurkan cheese memang sedap dimakan dan dilayan..hehe..

      Delete
  5. Replies
    1. tq kak singgah sini..memang sedap..nyum2..

      Delete
  6. salam juga kak fiza..brownies ni memang sedap dan terbaeekk..

    ReplyDelete