BERTEMU EMPAT MATA DENGAN BLOGGER CIKGU FARHA

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni ada cerita best yang aku nak kongsi. Sebenarnya nak update semalam tapi rasa tak larat sangat akibat kaki semakin membengkak dan lebih rasa berdenyut.

Hari ni alhamdulillah, bengkak dah mula surut sedikit tapi tak boleh banyak bergerak sebab kalau bergerak darah dan nanah keluar di tempat luka. Sakit berdenyut..mama la yang bertindak sebagai 'jururawat peribadi' aku..terima kasih banyak ma..i luv u!!!!!!

Macamana cerita boleh jumpa dengan blogger CF@ Cikgu Farha ni..Haa, ni lah nak cerita..;) Al-kisah aku terima mesej di whatsApp dari CF  dan nak order apam coklat dan apam polka dot..setelah berbincang dan tetapkan masa maka kami pun berjumpa di sekolah tempat CF mengajar..

1st time jumpa kawan blogger, so sangat excited!!!

Happy dapat jumpa Cikgu Farha..orangnya comel..sangat senang berurusan dan cepat menyesuaikan diri dengan beliau kerana CF sangat peramah dan cepat mesra. Memang sesuai sangat jadi cikgu..hehe..

Terima kasih banyak dah tempah kuih dengan wana..CF siap tolong promo lagi dengan kawan-kawannya..labiu!!! Insyaallah panjang umur kita jumpa lagi. Entri tentang order Cikgu farha akan aku siarkan kemudian.

Bagi yang belum kenal dengan Cikgu Farha, jom jemput singgah dan follow blog beliau>>Kisah Cikgu Farha<<

Okeylah, sampai sini saja entri hari ni..

p/s: maaf aku belum sempat balas kunjungan kawan-kawan..

Sekian, wasalam.

17 comments:

  1. Seronoknya..bila Kak Wana nak jumpa Cik Mimie ni..hehehe :)

    ReplyDelete
  2. seronokkan bila dapat jumpa sahabat blog nih.. pernah jugak jumpa beberapa rakan blogger.. harap dapat jumpa lebih ramai rakan blogger lagi..

    ReplyDelete
  3. Eheh tak kenal maka tak cinta ahaks...
    Malu plak tetibe hee...

    ReplyDelete
  4. Wah seronoknya dpt bertemu rakan blogger dpn mata. Sakit2 pun order masuk. Alhamdulillah ^^

    ReplyDelete
  5. seronoknya wana berjumpa rakan blogger kan, mesti malu2 gitu kan heee

    ReplyDelete
  6. akk wanaa!!! kita lama xdtg baca sini...kaki kak wana kenapa? wat happen my dear sista? are u ok?

    ReplyDelete
  7. syokk tu dpt jumpe rakan blogger..bile nak jumpe anis plak eh..hihi

    ReplyDelete
  8. Salam singgah pagi Dik wana...wahh...bestnya dapat bertemu dengan sahabat blogger....

    ReplyDelete
  9. Salam mesra..

    Jemput join Segmen Bloglist Mei-Jun CN yer : http://www.cekgunorazimah.com/2015/03/segmen-bloglist-mei-jun-2015-by-cn.html

    ReplyDelete
  10. Bb..kalau dkt kita pun boleh jumpa..hihihi

    ReplyDelete
  11. bile tu jumpa nyer tuh.... akak baca pun ngeri kuar nanah dr luka... sakitnyer...

    ReplyDelete
  12. Akak pun suka jumpa kawan2 blogger....

    ReplyDelete
  13. Manis dan ayu cikgu Farha :) bilalah kita akan bertemu empat mata pula ye Wana

    ReplyDelete
  14. ooooh my.. ni yang best ada kawan2 maya ni.. bila sekali jumpa mesti excited kan..

    ReplyDelete
  15. Wahhh happy sangat jumpa rakan blogger...

    ReplyDelete
  16. best kan jumpa blogger lain! hehehe... teringin nak jumpa kak Wana >.<

    saya baru dapat jumpa kak Scha je... lain2 belum sempat lagi. hehe

    ReplyDelete
  17. Seronok dapat jumpa kawan blogger
    Seronok dapat jumpa kawan blogger



    ReplyDelete