PAKU PAKIS GORENG BELACAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sibuknya sampai tak menyempat mau update sebarang entri seminggu ni..maaf semua sampai sekarang tak terlawat 'rumah' kawan-kawan..terima kasih pada cik mimie dan kak farrah yang tag wana untuk join 'GA'..labiu and miss you all!!!😘😘

Okeylah, terus kepada resepi yang aku ingin kongsikan dengan kalian..Paku pakis goreng belacan..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

RESEPI: PAKU PAKIS GORENG BELACAN
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
1 ikat paku pakis ( potong, cuci & toskan )
1 tangkai cili merah/ tambah cili padi jika suka pedas*
2 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
2 sudu makan udang kering *
1 sudu makan belacan bakar *
Garam/gula
Limau kasturi
1/3 cwn minyak.masak

CARA: 

- Tumbuk/kisar bahan yang bertanda *
- Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk bersama garam dan gula. Kacau hingga naik bau.
- Masuk sayur dan kacau goreng seketika. Tambah sedikit air jika suka berkuah.
- Kacau goreng sampai mendidih dan sayur masak. Matikan api.
- Sedia dihidangkan.

~ Selamat mencuba ~

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Resepi ni simple saja kan tapi percayalah memang buat kita bertambah selera dan tambah nasi..hehe..😁😁

Aku tiba-tiba teringin mau makan jadi masak sendiri..resepi mudah saja kan..korang pun pasti boleh masak.. 

Okeylah, sampai sini saja..jumpa lagi..

Sekian, wasalam.






Sweetnya dapat kad raya!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Akhir bulan puasa yang lalu aku dapat kejutan..tiba-tiba my sis Liza letak surat yang bersetem dalam bilik..hati tertanya-tanya kiriman dari siapa sebab seingat aku tiada join apa-apa 'giveaway'..  


Laju ja tangan koyak sampul..rupanya dapat kiriman kad raya dari blogger Deanna Morni..alolo, sweetnya..zaman sekarang dapat kad raya lagi..happy sangat!!!


 Thanx deanna..wana hargai sangat-sangat dan akan simpan buat kenangan.. ^_^



Insyaallah..ada masa nanti wana 'beraya' rumah deanna ya..

Sekian, wasalam.








RIANG RAYA 2016!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah hari ni masuk seminggu kita berhari raya. Syukur kerana masih berpeluang berkumpul semua bersama keluarga tersayang..

Pada bulan yang penuh mulia ni wana ingin memohon kemaafan pada semua teman blogger dan pada semua yang mengenali wana..samada dari segi perbuatan atau percakapan, sengaja mahupun tidak sengaja..Salam 0 - 0

Tahun ni tema biru..

Riang raya 2016!!!

SELAMAT HARI RAYA

Sekian, wasalam.