Showing posts with label Pop Cake. Show all posts
Showing posts with label Pop Cake. Show all posts

POP CAKE

Assalamualaikum w.b.t..

Kembali bersua pada petang isnin ni..macamana dengan hari anda?adakah ceria seperti hari ni yang cuacanya sangatlah cerah..panas betul di luar tu..eii, memang kalau aku nda la sanggup mau bejalan time panas macam ni..bagus duduk diam-diam di rumah..hihi..tengok tv ka atau buat kerja yang patut..
 
Hari ni aku ingin publish entri Pop Cake..sebenarnya nda rancang pun mau buat pop cake ni..ceritanya aku buat kek..lepas tu lupa la pula taruh baking paper dalam loyang..hem, apalagi..jadinya kek aku melekat dalam loyang..susah mau keluar..hai..nasib..nasib..pikir punya pikir sayang juga kek ni kan..daripada buang baik buat sesuatu dengan kek ni..haa, terus la terlintas buat pop cake ni yang dibubuh dalam papercup kecik..salut dengan coklat masakan dan tabur coklat rice..dah siap..comel dan sedap..mudah ja buatnya..
 
POP CAKE

 
Pop cake ni sesuai juga buat time majlis harijadi sebab budak-budak suka..salut dengan manik-manik yang colourful lagi menarik..resepi pop cake ni pernah aku siarkan sebelum ni..tapi sudah lama la, kalau tidak silap bulan april yang lalu..tapi, aku kongsikan sekali lagi resepinya di sini untuk kawan-kawan yang ingin tau resepinya..
 
RESEPI: POP CAKE
OLEH: SWEET RED CHERRY
 
BAHAN:
Kek secukupnya ( apa2 kek pun boleh )
Jem blueberi secukupnya - perisa jem ikut suka
Papercup
Hiasan:
Coklat masakan putih dan hitam ( dicairkan )
Coklat rice
 
CARANYA:
  • Kek dihancurkan dengan tangan. Kemudian campurkan dengan jem. Gaul rata hingga sebati.
  • Bulatkan menjadi bebola kecil. Sejukkan sebentar dalam peti sejuk.
  • Setelah sejuk, celup dalam coklat masakan dan masukkkan dalam papercup.
  • Paipkan coklat di atasnya dengan corak zigzag dan tabur coklat rice.
-Selamat mencuba-



 
 
Jika ada sebarang pertanyaan, anda boleh la hubungi terus ke talian kami yang tertera di atas tu ya..
 
Sampai jumpa lagi..-wasalam-
 

 
 

POP CAKE

Hai, semuanya..

Kita bersua sekali lagi pada petang hari ni..untuk kali ni aku mau kongsikan pula resepi Pop cake yang telah aku siarkan baru-baru ini dalam entri sambutan birthdayku & anak2 buahku hari tu..resepinya tersangat la mudah untuk dicuba kerana bahan-bahannya pun senang ja dicari..sebenarnya sudah lama aku berniat untuk mencuba Pop Cake ni..memang tunggu ketika sambut ulangtahun baru buat sebab time ni banyak anak-anak buah yang berkumpul..tau-tau ja lah..benda macam ni memang sangat menarik perhatian kanak-kanak apalagi yang berwarna-warni..Banyak juga aku buat survey di internet tengok resepinya..rata-rata resepinya lebih kurang sama juga la..

POP CAKE

Untuk pop cake yang aku buat ni aku rujuk 2 resepi yang berlainan..so, yang aku buat ni aku olah semula dengan menggabungkan kedua resepi tersebut dan jadi la hasilnya macam ni..nah, kalau ada yang penasaran ingin tahu resepinya..mari sama-sama kita lihat..

RESEPI: POP CAKE
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
1/2 kg chocolate eggless cake - ( boleh juga kek span )
strawberi filling  secukupnya ( guna filling lain pun boleh )
coklat masakan secukupnya ( aku guna white coklat )
lolipop stick
hiasan: coklat rice, badam bits, hundred thousand, sprinkle

CARA:
- Hancurkan kek dengan menggunakan tangan
- Masukkan filling dan gaul sampai lembut
- Ambil segengam dan bentuk bulat
- Sejukkan dalam peti sejuk selama 2 jam
- Setelah 2 jam boleh hias
- Cincang coklat dan cairkan dengan kaedah double boiler
- Ambil batang lolipop dan celup hujung dengan coklat
- Cucukkan ke dalam bebola kek
- Biarkan keras
- Celupkan dalam coklat. Ketuk2 sikit supaya lebihan coklat jatuh
- Tabur hiasan.

Haa, senang ja kan..SELAMAT MENCUBA..

Untuk aku, lebih senang cucukkan ke gabus seperti dalam gambar di atas tu untuk memudahkan pop cake tu 'stand'..actually, sebelum tu bingung juga aku pikir macamana mau buat pop cake ni supaya kelihatan menarik..cari punya cari aku terpandang atas almari kabus putih..apalagi aku mulakan projek la dengan memotong gabus putih tersebut seperti yang diinginkan kemudian aku warnakan dan hias dengan riben then siap..hihi..cara hiasan tu terpulang la pada anda semua mau buat camana kan..apapun, alhamdulillah pop cake tu laris dan semua sukakannya..


Sekian la entri tentang pop cake ni..kita jumpa di entri yang akan datang pula..kami sangat mengalu-alukan komen dari anda semua dan sudila jadi follower kami ya..tq.

Happy Belated Birthday to Me, Putri dan Happy Birthday to Waie..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hai..selamat pagi semuanya..mau ucap terima kasih kepada yang telah sudi memberikan komen di dalam blog ni..komen2 anda amat kami hargai dan perlukan..

Okey la tanpa membuang masa, ni aku mau cerita tentang sambutan ulangtahun aku dan 2 orang anak buah kesayangan aku iaitu Putri & Waie dimana kami menyambut hari lahir pada bulan yang sama cuma tarikhnya saja yang berlainan..Putri, 11/04 umurnya masuk 6th, aku ( Bbwana ), 18/04 dan Waie, 26/04 umurnya masuk 4th..so, kami membuat keputusan untuk menyambut birthday kami tu secara serentak yang telah diadakan pada 20 April 2013 ( sabtu ) bersamaan dengan hari penamaan calon..memandangkan ahli keluarga terlibat bertugas dalam acara penamaan calon bagi Daerah Sipitang pada sebelah pagi..maka kami buat sambutan ulangtahun ni pada sebelah petangnya..memang meriah dan happenning sambutan ni walaupun hanya dihadiri oleh kaum keluarga terdekat sahaja..tapi bila bekumpul ramai2 ni suasana jadi riuh-rendah..apalagi bila semua anak2 buah yang lain berkumpul bersama..gamat jadinya!

Untuk kek aku buat 2 biji kek iaitu Kek Tiramisu untuk aku ( atas permintaan ramai ) & Kek Rainbow untuk Putri & Waie..selain tu aku juga buat pop cake, memang khas untuk budak2..tapi yang bukan berapa nak budak tu pun boleh makan juga..hehe..di sini mau ucap tqvm pada cousin ( Kak Adi ) kerana telah sponsor choco lolly..lain kali boleh la sponsor lagi yek..hihi..Untuk semua hidangan pula, mama yang bertungkus lumus masak semua hidangan pada hari tersebut iaitu Soto, Mi goreng, Ayam goreng, sosej, nuget dan sirap..thanx mama..aku tau mama penat sebab 2 hari berturut-turut kami ada katering dan beliau sangat sibuk hinggakan tidak cukup rehat..

Jom kita lihat gambar-gambar pula..
KEK TIRAMISU, 1KG ( RM45 )
Alhamdulillah memang ramai yang cakap kek ni sedap sampaikan ada yang mintak potong lagi..pastu siap tapau ( bawa balik ) lagi..hihi..

KEK RAINBOW, 1.4KG ( RM70 )

Rainbow kek ni budak2 yang paling suka makan.mungkin kerana rasa cream cheese dan fresh cream tu bergabung serta kek yang colorful..







CAKE POP

CHOCO LOLLY EDIBLE IMAGE, RM 1.50 ( EACH )




 Happy birthday to Me, Putri & Waie..
Semoga menjadi lebih baik dari yang kemarin, tetap berusaha memajukan diri dalam apa jua bidang, panjang umur, dilimpahkan rezeki yang murah,dapat capai apa yang diimpikan dan dilindungi olehNYA. To Putri & Waie, semoga menjadi anak yang baik dan pintar, hormat orang tua, jadi anak yang soleh & solehah dan  berjaya dalam hidup.Amin..


 Tengok la tu bukan main hepi lagi Putri & Waie tengok kek di kelilingi oleh sepupu2 nya sambil nyanyi lagu hepi bday..
 









Ni antara beberapa gambar yang sempat dirakamkan..ucapan terima kasih pada seluruh kaum keluarga yang telah memeriahkan majlis kami ini..tqvm..










Baiklah semua, thanx kerana membaca entri ni sehingga habis ya..bagi yang mau tau tentang resepi kek akan aku kongsikan di entri akan datang..bye..jumpa lagi..-wasalam-