Showing posts with label Wedding Cake. Show all posts
Showing posts with label Wedding Cake. Show all posts

Kek Nikah: Kek Red Velvet

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Entri kek tempahan lagi..alhamdulillah rezeki tak putus-putus..syukur pada allah.

Kali ni tempahan kek nikah dari seorang teman my sis Liza..kek red velvet dengan deko 'roses' yang simple.

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

KEK NIKAH
KEK RED VELVET ( cream cheese frosting )

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Tahniah buat Kamarul dan Natassya..

Terima kasih kerana menempah dengan Sweet red cherry..

Order? Hubungi 0128244251(bbwana)~whatsApp.
Lokasi: Kota kinabalu, papar, Sipitang

Sekian, wasalam.


KEK KAHWIN 2 TINGKAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Akhir bulan Mac lalu aku menerima tempahan kek kahwin 2 tingkat dari keluarga terdekat. Berdebar juga sebab agak lama tak buat kek kahwin ni..kiranya ni adalah projek kek kahwin yang pertama aku terima untuk tahun 2015 ni. Alhamdulillah rezeki jangan ditolak kan?

Setelah berbincang, maka terhasil lah kek ni..

TEMA: KRIM/ MERAH/MAROON

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
KEK KAHWIN 2 TINGKAT
HARGA BERMULA RM150 KE ATAS
( FREE CUPCAKES )

1. KEK PALING BAWAH
KEK COKLAT ( BUTTERCREAM )
FILLING: BLUEBERI
SAIZ: 10 INCI

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

2. KEK TINGKAT ATAS
KEK RED VELVET ( CHEESE BUTTERCREAM )
SAIZ: 8 INCI


3. Cupcakes red velvet ( cupcakes iringan )


Gambar di bawah ni masa tengah 'setting' meja kek..kek gambar penuh aku tak sempat nak snap pula sebab sibuk atur kek..huhu..


Yang ni aku tengah sibuk potong kek untuk diberikan pada tetamu yang hadir meraikan majlis potong kek pada malam tu..nampak tak betapa tebalnya kek ni..yummy..

Alhamdulillah, dapat feedback yang sangat memberangsangkan..mereka puas hati dengan kek ni dan kata rasanya sangat sedap..
http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Aksi suap menyuap pasangan pengantin

Tengok la betapa 'sweetnya' pengantin baru ni kan..tahniah buat Amoi & Fikree, semoga kalian berbahagia hingga ke jannah, amin.
Selitkan gambar anak-anak buahku yang nak juga posing atas pelamin..bukan main lagi waie, putri dan daniella..

Okeylah, sampai sini saja entri aku hari ni..sampai jumpa lagi..

ORDER/ PERTANYAAN: HUBUNGI 012-8244251 ( Bbwana ) @ email: sweetred_cherry@yahoo.com
Tq















TEMPAHAN KEK KAHWIN & WEDDING ANIEM & SYAMSUL PART 1 @ SIPITANG, SABAH.

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Selamat petang di ucapkan pada kawan-kawan dan pengunjung setia blog SRC..terima kasih ya atas kunjungan dan sokongan anda terhadap kami..cuaca yang mendung dan hujan yang turun renyai-renyai pada petang ni buat rasa badan jadi malas dan mata mula mengantuk..memang best dapat tidur-tidur time macam ni kan tapi sebelum aku tidur..aku mau kongsikan dengan anda semua tentang entri tempahan kek kahwin dan serba sedikit majlis perkahwinan sepupu aku iaitu Aniem & Syamsul..

Okey la, sebenarnya kek kahwin ni memang sudah agak lama juga Aniem tempah dengan aku..memang sudah lama bagitau tentang order ni cuma dalam 2 minggu sebelum majlis kahwin, baru confirmkan apa flavour dan krim untuk kek..aku pun bila sudah awal bagitau tentang tempahan memang ready la beli barang-barang kek yang diperlukan..untuk kek, Aniem order 2 jenis kek buttercream yang berlainan perisa  iaitu Kek coklat moist (2kg) dan Kek red velvet (1kg).Selain tu, aku juga berikan free Coklat moist cupcakes atas pilihan pakej kek yang telah direquest..

 1. Kek coklat moist ( 2kg )
Filling & layer: coklat ganache & blueberi filling
Deko: buttercream
Hiasan: bunga gum paste
2. Kek red velvet ( 1kg )
Filling & layer: blueberi filling & buttercream
Deko: buttercream
Hiasan: bunga gum paste, patung kahwin
3. Cupcakes coklat moist ( 25 pcs )
Deko: buttercream
Hiasan: Tag nama pengantin dan sweet red cherry

Bagi aku kek kahwin yang aku buat ni banyak cabarannya..selain buat kek, pada hari sebelumnya aku sudah bertungkus-lumus menyiapkan 1000pcs kuih-muih..kemudian, lepas siap acara malam berbedak/berinai tu baru aku buat kek dan cupcakes ni..memang penat gila masa tu tapi aku harus juga siapkan tempahan kek kahwin ni sebab mau guna pada keesokkan harinya..maka 'baking' kek, oven pula buat masalah sebab api bawah nda mau panas-panas..terpaksa my sis Liza tolong pergi rumah makcik ( Ucu ) pinjam oven dengan dia..tq my dear sis Liza dan Ucu..syukur selesai satu masalah..masa deko kek red velvet masalah baru pula yang timbul..buttercream tu susah mau dilepa..aduhai, masa deko rvc ni memang berjam-jam aku cuba untuk kemaskan sapuan atas kek tapi sukar mau dikemaskan..ada saja yang nampak hodoh..tulah padan dengan muka aku sendiri sebab buat buttercream ikut resepi baru..konon-konon mau mencuba..haa, tulah padahnya kan..huhu..jam sudah masuk jam 3pagi..mata sudah mengantuk gila dan badan letih yang teramat..aku berdoa dan cuba tenangkan diri untuk buat kemasan yang cantik untuk rvc tu..alhamdulillah menjadi juga..dan aku buat keputusan untuk deko kek coklat moist pada esok harinya..nasib baik cupcakes aku sudah deko..fuhh..


Esoknya aku berjaya deko kek coklat moist dengan menggunakan resepi buttercream yang aku selalu buat..dan alhamdulillah siap pada jam 9pagi..memang aku tarik nafas lega sangat-sangat.so, lepas tu aku mandi dan bersiap-siap untuk pergi ke majlis kahwin sepupu aku tu sebab bertugas bagi 'doorgift' pada tetamu yang datang..nasib baik la rumah dekat..sebelah rumah ja pun.. hihi..oleh kerana memang aku kelam-kabut untuk ke majlis kahwin tu menyebabkan aku sampai lupa ambik gambar kek yang aku buat ni sebiji-sebiji..adeh, so maaf la ya..ini ja yang sempat aku snap..ok la tu kan..

 Majlis memotong kek..harap Aniem puas hati dengan kek yang aku buat ni..segala kekurangan mohon dimaafi..
Selamat pengantin baru buat Aniem & Syamsul dan menempuhi alam baru..semoga kekal bahagia sampai ke akhir hayat..amin.
 Acara suap kek pasangan pengantin..


 Ini baju tema kami pada hari tersebut, peach..bergambar dengan pasangan pengantin..

 Antara orang yang bertanggungjawab jadi barisan hadapan pada hari tu..sambut tetamu..

Ini pula doorgift yang diberikan pada tetamu..sapu tangan yang di gubah menjadi lolipop dan cupcakes serta bunga aromaterapi yang dibubuh dalam mufin cup..comel kan..

Okey la, sampai sini saja entri pada hari ni..jumpa di lain entri pula..mau tidur dulu kejap..hihi..bye.-wasalam-





WEDDING CAKE: BUTTERCREAM CAKE

Hai, assalamualaikum dan salam sejahtera..

Syukur alhamdulillah kerana kita bersua lagi pada pagi selasa ni yang sangat cerah ni..thanx pada kawan-kawan alam maya yang sudi meninggalkan komen di setiap entri yang dipaparkan..semakin seronok rasanya bila ada yang komen..terima kasih ya semuanya..

Baiklah, entri pada pagi ni adalah kek perkahwinan yang telah ditempah oleh sorang teman yang memang rajin tempah kek dengan kami iaitu Suzilawati @ Suzie..kali ni dia tempah kek kahwinnya pula yang telah berlangsung pada 27 April 2013 yang lalu di kediamannya di Kuala Penyu..Suzie inginkan Buttercream  Cake yang mana keknya berperisa coklat seberat 2kg bertemakan warna biru..so, kami buatkan Stacked Buttercream Cake seperti yang dia inginkan..kami harap Suzie berpuas hati dengan kek ini dan menepati citarasa beliau..mohon maaf jika ada sebarang kekurangan ya..

Kami di Sweet red cherry ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada pasangan pengantin iaitu Suzie & Mok, semoga kalian berbahagia dan berkekalan sehingga akhir hayat dan tabah menjalani kehidupan yang baru dalam rumahtangga..amin..

BUTTERCREAM CAKE
STACKED BUTTERCREAM CAKE
KEK: KEK SPAN COKLAT
FILLING & TOPPING : BUTTERCREAM
HIASAN: PATUNG
BERAT: 2KG++
HARGA: RM 84


Yang ni tengah menyiapkan kek saat-saat akhir..


Inilah adalah sekitar majlis malam berbedak/berinai mengikut adat orang Brunei di Kuala penyu kerana Suzie beketurunan brunei..pada awal bulan Mei yang lalu sekali lagi pasangan pengantin bersanding di kediaman pengantin lelaki pula di Kudat mengikut adat orang bajau kerana suami Suzie berketurunan bajau..ni la namanya penyatuan dua bangsa dan adat yang berbeza serta boleh merapatkan hubungan kekeluargaan yang berlainan keturunan..di Sabah ni memang banyak yang kahwin campur..

Minta maaf banyak2 pada pasangan pengantin kerana tidak dapat hadir pada majlis persandingan kalian pada 27 April tu kerana ada hal yang tidak dapat dielakkan..kami hanya hadir pada malam berbedak dan delivery kek pada 26 April..sempat sesat lagi tau cari alamat rumah pengantin..huhu..

Okey la ya..thanx pada semua yang telah sudi membaca entri ni hingga ke akhirnya..anda boleh meninggalkan sebarang komen kerana kami amat menghargainya..jika ada sebarang pertanyaan atau tempahan tentang produk kami, sila email atau terus telefon/sms ke talian kami yang tertera di atas ni ya..tq.