Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Selamat cuti hujung minggu semuanya..hari ni mood rilek..tiada buat apa-apa..malas mau berjalan..lepak rumah saja..mungkin layan novel dan blogwalking ja la hari ni..
Okey lah, hari ni aku mau tayang projek meroti aku hari khamis baru-baru..Aku buat Roti Putih..teringin nak mencuba buat sendiri roti ala gardenia tu..
So, jadi tak? Hehe..alhamdulillah menjadi dengan sukses..yahooo!!!!
Rotinya lembut..aku sapu jem coklat..boleh bayangkan tak sedapnya..hehe..Mama dan anak-anak buah aku puji kejadian roti aku yang menjadi dengan kembangnya..Sekembang hatiku ini.. ;D
Aku guna resepi paling mudah..tapi agak leceh sikit la sebab kena rehatkan kemudian uli lagi dan rehatkan lagi..banyak kerja..tapi, kalau rajin jom la semak resepi..
RESEPI: ROTI PUTIH
SUMBER: wanie-theatozofmylife.blogspot.com
OLEH: SWEET RED CHERRY
BAHAN:
450g tepung roti
11/2 sk yis segar ( aku guna instant yis )
1 biji telu
1 biji kuning telur
2 sb mentega
1 sk garam
2 sk gula
Air suam secukupnya
CARA:
- Telur dipukul sekadar teradun.
- Campur yis dan air suam hingga mencapai 300ml. ( aku rehatkan selama 10 minit - hingga berbuih )
- Adunkan tepung roti, garam dan gula serta mentega hingga membentuk tekstur seakan serbuk roti.
- Masuk adunan telur sikit demi sedikit. Kemudian tuang air campuran yis dan adun tepung hingga jadi doh kenyal dan lembut. Uli selama 10 minit.
- Rehatkan doh dalam bekas yang diminyakkan selama 1 1/2 jam, sehingga doh naik 2x ganda.
- Uli lagi 5 minit dan bentukkannya mengikut bekas.
- Sapukan minyak dalam loaf pan. Kemudian masukkan doh dan rehatkan selama 30 minit.
- Panaskan oven 220'C, bakar selama 30-35 minit.
- Roti masak jika bahagian bawah diketuk dan dengar bunyi. Kalau padat, bakar lagi.
-Selamat mencuba-
Boleh tengok gambar langkah demi langkah..
Roti naik 2x ganda setelah direhatkan selama 30 minit
Proses membakar roti ..nampak tak roti tadi naik cantik ja kan..
Lepas ni kalau rajin boleh lah buat lagi..hee..
Okeylah, sampai sini saja entri kali ni..sampai jumpa lagi semua..
Terimma kasih banyak pada Hikayat seorang budak, Mama3farhanah, Dr.Shikin, Mama papa amir dan Ros Rezza yang komen MALATOP di blog wana..terkejut tengok berderet komen kalian. Tak lupa juga buat teman-teman yang lain sudi singgah dan komen di sini. Aku sangat menghargainya..Insyaallah, aku akan terjah semula blog kalian pula..tunggu ya!! :D
Dadaa..sekian.















