Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Hai semua..
Ini adalah entri ke-1000, alhamdulillah.. Tak sangka sudah banyak yang aku kongsikan di blog ini..semoga saja apa yang aku kongsikan di sini bermanfaat buat semua..
Okeylah, Hari ni mood aku agak rajin nak ajar korang macamana nak buat Kek aiskrim kit kat yang tersangat mudah..
Siapa yang suka makan aiskrim angkat tangan??? Hehehe, pasti ramai yang suka makan kan termasuklah aku..Jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan..
![]() |
| Perisa aiskrim kesukaan dancoklat kit kat |
Hanya perlukan 'cake ring' macam dalam gambar tu..
KEK AISKRIM KIT KAT MUDAH
OLEH: SWEET RED CHERRY
BAHAN:
Perisa aiskrim jagung/coklat - ikut suka
Sepeket besar coklat kit kat
2 peket kecil bebola coklat kit kat
Papan/tapak kek
Cake ring
CARANYA:
- Sediakan papan kek sebagai alas paling bawah
- Letakkan 'cake ring' berbentuk bulat di atas papan kek
- Susun coklat kit kat di sekeliling 'cake ring'
- Kemudian masukkan aiskrim pilihan anda ke dalamnya hingga penuh. Ratakan dengan sudu.
- Taburkan bebola coklat kit kat di atasnya. Sejukkan dalam peti sejuk beberapa jam atau semalaman.
-Setelah sejuk, buka 'cake ring' tadi. Sedia untuk dihidangkan.
* NOTA: Sebaiknya sejukkan selama 4 jam atau semalaman.
-Selamat mencuba-
Untuk lebih jelas, sila rujuk gambar di bawah..
![]() |
| Susun coklat kit kat di sekeliling 'cake ring' |
![]() |
| Masukkan aiskrim ke dalam hingga penuh dan ratakan |
![]() |
| Taburkan bebola coklat kit kat dan sejukkan untuk 'set' kek |
![]() |
| Bila kek sudah set, boleh la di potong..jangan kasi lama!! heheh ;p |
Okeylah, harap perkongsian ni dapat bagi ilham pada kawan-kawan yang tengah buntu cari idea nak buat kek untuk 'someone special' dalam hidup anda..senang ja kan.. ^_^
Nak order pun boleh..hubungi 012-8244251(bbwana) ~ whatsApp. Tq
p/s: kepala tengah berdenyut..rasa kurang sihat sikit..insyaallah, aku bw blog kawan2 kemudian ya..
Sekian, wasalam.






