Showing posts with label katering. Show all posts
Showing posts with label katering. Show all posts

Rezeki tempahan katering

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah.. Malam ni dapat update blog dengan santai..sambil baring..heheh.. Badan masih lagi rasa letih penangan sibuk panjang baru-baru ni..

Ketika dalam sibuk menyiapkan kek jualan, kek kahwin dan kek birthday tiba-tiba dapat tempahan mini katering dari ADUN Sipitang..alhamdulillah rezeki jangan ditolak kan..

Antara yang di tempah adalah Mee goreng, Minum goreng, Kelupis, Kek minyak dan dia jenis minuman panas iaitu Nescafe dan teh..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Terima kasih kerana menempah dengan kami..Sebarang kekurangan mohon dimaafi..

Okeylah, sampai sini saja entri aku pada malam ni..sampai jumpa lagi..

Psst..aku dah mula blog walking..pada yang belum tu, tunggu kedatangan aku ya..daaaa

Sekian, wasalam




ORDER KATERING PELADANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni aku rileks..lepas kemas bilik barulah aku dapat mengupdate blog dengan senang hati..hihi..

Okey lah, hari ni aku ingin siarkan tempahan katering untuk Pej.Peladang yang lepas..lama sudah berlalu, aku baru ingat mau siarkan..hihi..

Peladang ni merupakan regular customer kami, suka order dengan kami tiap kali ada mesyuarat atau majlis tertentu. Kali ni order menu simple saja anggaran untuk 15 orang.

Menunya adalah Ikan masak kicap, Sayur rebung masak lemak, telur masin dan buah tembikai..simple kan..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Telur masin ni nda pernah 'miss' dalam senarai request..heheh..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Ini la dia antara yang diorder..apapun, terima kasih banyak kerana setia menempah dengan kami dan harap puas hati dengan perkhimatan kami..

Okeylah, sampai sini saja entri aku..jumpa lagi..dadaaa..

Sekian


TEMPAHAN KATERING PELADANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah bersiaran kembali pada pagi jumaat ni..sedar tidak sedar, hari ni sudah pun masuk 13 ramadhan..syukur la, moga lebih banyak amal kebaikkan yang boleh kita lakukan pada bulan ni..okey la, sebenarnya aku tidak punya banyak masa untuk menghadap laptop lama-lama sebab tempahan yang harus disiapkan masih lagi banyak terutamanya biskut dan tidak lama lagi kami akan menutup tempahan..apapun, syukur alhamdulillah murah rezeki..

Baiklah, pagi ni aku mau siarkan entri tempahan dari Peladang tempohari, baru berkesempatan untuk post entrinya..huhu..jom la layan gambar..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
AGAR-AGAR PANDAN

AGAR-AGAR BANDUNG

TEMBIKAI @ SIKUI

KARI AYAM

IKAN MASAK ASAM PEDAS

SAYUR TARAP MASAK LEMAK

TELUR MASIN

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
BUAK KEMBAYAU @ DABAI

MANGGA MUDA

Okey la teman-teman sekalian, sampai sini saja entri aku pada hari ni ya, thanx singgah bertandang ke sini..jumpa lagi dan selamat menjalankan ibadah puasa..

ORDER KATERING

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
 
Kembali bersiaran pada hari ni yang sudah masuk 4 November..cepatnya masa berlalu kan..minta maaf pada semua pengunjung dan teman-teman semua kerana beberapa hari ni blog ni sepi tanpa sebarang entri baru..memang teringin mau mengupdate tapi tidak larat untuk berbuat demikian..beberapa hari ni banyak tempahan yang perlu cepat disiapkan dan memandangkan hari cuti banyak acara keluarga yang perlu dihadiri..
 
Okey la, hari ni aku mau siarkan entri Order katering yang lepas dari Peladang buat kesekian kalinya..terima kasih ya kerana menjadi pelanggan setia kami..jom la kita layan gambar..
 
TELUR MASAK SOS

 SAMBAL TERUNG
 SAMBAL IKAN MASIN
 TAPAI
 KUIH LENGGANG
 POPIA
 TEMBIKAI
 
Ini la antara yang menu yang di request untuk katering tu..
 
Baiklah semua, aku pun masih ada kerja mau buat ni..kita jumpa lagi di entri yang lain..thanx sebab datang sini dan baca entri hingga habis..bye..

KEK, APAM, PUDING DAN KUIH BAKAR UNTUK KATERING.

SELAMAT SEJAHTERA..
 
Hai kawan-kawan..terima kasih la ya tidak jemu mengunjungi blog SRC ni..kami amat-amat menghargai kunjungan anda semua..sebagai tanda sokongan terhadap blog Sweet red cherry, jadi la follower kami ya pada yang belum follow tu..hehe, pada yang sudah follow..thanx banyak-banyak..
 
Hari ni hari yang rilek..tidak banyak yang perlu dibuat..hanya perlu siapkan cupcakes yang di order oleh kakak sepupu saja..lepas tu boleh rest sampai petang lepak depan tv..haha..jam 4 petang baru jalan pegi rumah sepupu hantar order..terus la jalan-jalan ke rumah makcik lepak dengan sepupu-sepupu, anak buah semua sambil minum petang dan aku juga ada bawa Kek carrot walnut untuk dimakan bersama..meriah la..best sebab jarang kumpul ramai-ramai macam ni sebab masing-masing sibuk dengan kerja dan sekolah..
 
Okey la,berbalik pada entri hari ni aku ingin siarkan gambar-gambar kek dan kuih bakar yang telah di order untuk katering Peladang yang lepas..
 
Antaranya adalah Kek Pisang, Blended orange cake, Kek koko basah, Apam Isabella, Kuih bakar pandan dan Puding coklat ..jom kita tengok gambar..
 
KEK PISANG COKLAT CIP
 BLENDED ORANGE CAKE
 KEK PISANG MUDAH
 KEK KOKO BASAH
 APAM ISABELLA
 KUIH BAKAR PANDAN
PUDING COKLAT
 
Ucapan ribuan terima kasih pada PELADANG sebab tetap setia order dengan kami..
 
Okey la ya, sampai sini entri aku pada hari ni..kita jumpa lagi lain entri nanti pula ya..bye..

ORDER KATERING DARI PETRONAS

SALAM SEJAHTERA..

Hello..hello..selamat petang semuanya..tengah santai depan tv ni..rehat-rehat la lepas makan tengahari..so, sambil-sambil tu memang ambik kesempatan ni untuk publish lagi entri baru..hem, banyak lagi ni entri yang ada dalam folder..huhu..
 
Okey la tanpa membuang masa aku mau siarkan entri tentang order katering dari PETRONAS pada hari ahad yang lalu iaitu pada 15hb September..mereka order kuih-muih untuk minum pagi dan makan tengahari untuk 70 orang peserta kursus yang mereka anjurkan.
 
Antara menu minum pagi adalah Popia goreng, Apam gula hangus, Kuih Lenggang dan Kek lapis velvet hawflakes pelangi dan 2 jenis minuman panas iaitu nescafe dan teh.
 
KUIH LENGGANG

 POPIA GORENG ( INTI KENTANG )
 APAM GULA HANGUS
KEK LAPIS VELVET HAWFLAKES PELANGI
 
Menu untuk makan tenghari pula adalah Kari ayam, Ikan masak merah, Sayur campur, Sambal tempe dan Sambal mangga. Buah pula adalah tembikai dan pisang..Sambal tempe tu pihak pengurusan PETRONAS yang request dan sambal mangga tu kami buat free untuk mereka ni..memandangkan banyak betul buah mangga muda di belakang rumah..Untuk minuman sirap dan mineral.
 
 KARI AYAM
 
 
 IKAN MASAK MERAH
 SAYUR CAMPUR
 SAMBAL MANGGA
 SAMBAL MANGGA
 TEMBIKAI
 PISANG
 
Alhamdulillah syukur, mengikut feedback yang mereka berikan terhadap makanan, servis, setting meja dan dari segi ketepatan masa..mereka sangat berpuas hati dengan apa yang kami buat..terima kasih banyak-banyak ya..
 
Oklah ya kawan-kawan dan pengunjung semua..sampai sini la entri untuk hari ni..sampai jumpa lagi..dada..

ORDER KATERING BULAN PUASA YANG LALU


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..

Hai semuanya..Alhamdulillah bersiaran kembali pada hari ni..tidak terasa hari ni sudah masuk 7 syawal kan..masih ada yang sibuk mengunjungi rumah terbuka dan ada yang masih bercuti..apapun, memang seronok rasanya bila bertemu teman lama dan berkumpul bersama keluarga kan..

Pada malam ni aku mau siarkan order katering yang diorder oleh PELADANG untak bersungkai ( berbuka puasa ) pada bulan ramadhan yang lalu..serta majlis untuk kenduri arwah..pada majlis tersebut, Peladang juga mengundang seramai 10 orang anak yatim menyertai majlis berbuka tu..

Antara menu yang ditempah tu adalah menu yang biasa yang diminta oleh Peladang..so, jom kita lihat antara menunya..


IKAN MASAK KICAP

 
 KARI AYAM
 
IKAN MERAH MASAK ASAM PEDAS
 
Ikan masak asam pedas ni memang sedap giler..antara semua menu lauk..menu ni paling cepat habis..rasa masam pedas kuahnya memang mantap..
 
 ACAR TIMUN & NENAS
 
 
SAMBAL TERUNG
  
SAYUR TARAP MASAK LEMAK
 
Sayur tarap ni adalah sayur kampung..dari buah tarap yang masih muda dan dimasak lemak..memang sedap sayur tarap ni..bagi yang tidak tahu rasa buah tarap ni bila masak, rasanya manis..
 
TELUR MASIN
 
 KUIH BAKAR PANDAN
 
 ONDE-ONDE
KUIH KETAYAP@ KUIH LENGGANG

PUDING MANGGA
 
So, nilah antara menu yang di request..apapun, ucapan terima kasih pada Peladang yang telah menempah dengan kami buat kesekian kalinya..ada lagi beberapa yang aku tidak sempat ambik gambar iaitu gambar buah dan minuman panas..
 
Okey la, sampai sini ja dulu entri aku pada malam ni..thanx banyak pada semua yang telah berkunjung ke sini..kita jumpa lagi di entri yang lain pula ya..bye...-wasalam-