Showing posts with label Kek Hantaran. Show all posts
Showing posts with label Kek Hantaran. Show all posts

KEK TIRAMISU DAN ORDER LAIN..

Hai, semuanya..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kembali bersiaran pada petang isnin yang mendung..baru lepas hujan lebat..so, best la suhu yang agak panas hari ni jadi sejuk sikit..semantara tunggu kek masak aku luangkan masa untuk update blog ni..maaf ya kalau aku tidak berkesempatan untuk 'blogwalking' ke blog kawan-kawan..apapun, terima kasih pada rakan blogger yang jenguk sini dan tinggalkan komen..insyaallah aku akan jenguk blog korang pulak..

Okey la, hari ni aku mau siarkan entri Kek Tiramisu dan beberapa order kuih-muih..yang mana di tempah oleh sepupu yang rajin order iaitu Anim..kali ni dia order kek sempena majlis hantar berian pada 2 November yang lalu dirumahnya..ala, bukan jauh pun..rumah kami besebelahan ja..hihi..kek ni untuk hantaran pada pihak lelaki la..kalau tidak silap pihak perempuan ( Anim ) hantar 9 dulang dan pihak lelaki pulak hantar 7 dulang hantaran..Kek tu Anim mau wordingnya 'Happy birthday to Shamsul'..walaupun, sebelum ni sudah bagi cupcakes tapi kali ni hantar kek terus untuk birthday sekali la..aku ikutkan ja la permintaan pelanggan..

Kuih yang diorder pula adalah Apam Polkadot@Dot com, Kelupis, Kek Coklat dan Popia..kuih ni untuk hidangan pada majlis hantar berian ni la..

jom kita layan gambar-gambar..

KEK TIRAMISU
 KEK TIRAMISU
LAYER: CHEESE
TOPPING: FRESH CREAM
BERAT: 1 KG
HARGA: RM 45
HIASAN: SERBUK KOKO, COKLAT CIP DAN WHITE COKLAT




Ni adalah antara hantaran pihak lelaki dan perempuan..kalau bunga kaler merah tu dari lelaki..kalau bunga kaler peach tu dari perempuan..


Yang tudung soft purple tu la sepupu aku, Anim dan lelaki tu adalah tunangnya..yang lain tu adalah keluarga tunangnya..bergambar bersama barang hantaran mereka..

KEK COKLAT

APAM POLKADOT@DOT COM
 Untuk apam polkadot ni aku buat dalam 4 jenis filling iaitu roselle, bluberi, strawberi dan coklat..

APAM POLKADOT

KELUPIS

POPIA
So, tu la antara yang di order..kalau ada yang minat dengan produk kami, jangan malu-malu..terus saja hubungi email atau talian kami di 012-8244251 ( bbwana ).

Sampai sini saja la dulu ya..thanx pada semua yang sudi datang sini dan baca entri hingga habis..jumpa lagi..tq.