Showing posts with label Kek cawan. Show all posts
Showing posts with label Kek cawan. Show all posts

KEK CAWAN NESCAFE

Assalamualaikum w.b.t..

Hai, selamat malam..maaflah baru update blog..pada teman-teman yang rajin ziarah ke sini dan meninggalkan komen-komen yang manis tu, terima kasih banyak ya..aku juga akan buat kunjungan balas ke blog teman-teman..seronok rasanya bila dapat berbalas komen..terasa persahabatan tu semakin rapat walaupun hakikatnya tidak pernah pun bersua muka..

Baiklah, untuk malam ni aku ingin siarkan cupcakes yang aku buat pada minggu lalu iaitu Cupcakes Nescafe..resepinya aku dapat dari blog diari cik pipi. Resepinya sangat mudah dan senang ja mau buat cupcakes ni..apapun, rasanya sedap dan sangat sesuai dimakan bersama secawan kopi or milo panas dengan taburan hirisan badam di atasnya..memang best.

KEK CAWAN NESCAFE, RM 0.80 (MEDIUM ), RM 0.50 ( SMALL ), EACH


Kalau ada yang mau resepinya, aku sharekan di sini..mohon ya Cik Pipi untuk panjangkan resepinya di sini pula..tq.

RESEPI: KEK CAWAN NESCAFE
SUMBER: DIARI CIK PIPI
DICUBA OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
300 g tepung naik sendiri
250 g butter
200 g gula kastor
5 biji telur
sedikit esen vanila
1 sb nescafe bancuh dengan air panas ( agak2 cair ja )

CARA MEMBUATNYA:
  1. Pukul gula kastor dan butter sehingga kembang.
  2. Kemudian masukkan esen vanila. Kacau rata.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul lagi.
  4. Masuk bancuhan nescafe dan putar lagi hingga sebati.
  5. Masukkan tepung sikit-sikit dan gaul sehingga sebati.
  6. Sudukan adunan dalam papercup 3/4 penuh.
  7. Bakar dalam oven suhu 190 degree selama 25 minit.
-Selamat Mencuba-


Untuk yang berminat untuk menempah atau ada sebarang pertanyaan, terus saja hubungi kami menerusi email atau talian telefon kami yang tertera di atas tu ya..terima kasih..okey semuanya, sampai sini saja dulu..kita jumpa lagi..bye..

KEK CAWAN PANDAN

ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT SEJAHTERA..

Alhamdulillah kita bersua lagi pada hari ni..hari ni agak lewat aku menyiarkan entri yang baru disebabkan aku agak sibuk sedikit hari ni menyiapkan beberapa jenis kuih-muih dan kek untuk jualan dan juga tempahan..ni pun baru ja selesai buat kek..so, sekarang ni adalah time aku berehat sambil update blog..terasa juga la sengal2 badan ni..lepas ni, rasanya mau baring2 la untuk meluruskan badan..hehe..

Pada malam ni aku siarkan gambar Kek Cawan Pandan..adunan kek cawan ni aku hanya buat separuh..aku memang gemar makan apa saja yang berperisa pandan..suka dengan rasa dan aroma pandan yang sangat wangi..kek cawan pandan ni lembut ja teksturnya..sebagai hiasan, aku taburkan dengan coklat rice di atasnya. Sebenarnya kalau plain ja pun, tidak jadi masalah kerana sememangnya kek ni suda sedia sedap.

KEK CAWAN PANDAN, RM 0.80 ( MEDIUM ), RM0.50 ( SMALL ) EACH



Maklumat lanjut mengenai produk kuih-muih, kek, mufin dan sebagainya..sila email atau telefon kami untuk tahu lebih lanjut. Terima kasih.

KEK CAWAN MENTEGA PELANGI

Hai, assalamualaikum dan  salam sejahtera..

Kita bersua lagi pada malam minggu ni..sekarang ni tengah berehat-rehat sambil tu boleh la update blog kan..untuk entri malam ni aku mau siarkan kek cawan yang aku buat dalam minggu yang lepas..kek cawan yang aku buat ni namanya Kek Cawan Mentega Pelangi..resepi kek cawan ni aku dapatkan dari blog sorang blogger iaitu Umi's Cupcakes..aku tertarik dengan rupa kek cawan ni..warna-warni..apapun, thanx pada Umi kerana kongsi resepi kek cawan ni..

KEK CAWAN MENTEGA PELANGI, HARGA RM 0.80 ( MEDIUM SIZE ), EACH
Untuk menghasilkan corak ala-ala pelangi ni, aku tuang adunan secara selang seli..akhir sekali baru aku taburkan coklat rice yang bewarna-warni..memang sedap rasanya.


Sebenarnya buat kek cawan ni senang ja..kalau tidak mau buat dalam papercup boleh juga buat untuk sebiji kek..cuma perlu adjust masa masaknya la..


Jika anda berminat untuk menempah, sila kan telefon kami ataupun email ja untuk maklumat lebih lanjut..terima kasih..