Showing posts with label Jualan. Show all posts
Showing posts with label Jualan. Show all posts

BISKUT RAYA 2018 @SWEETREDCHERRY

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Selamat menunaikan ibadah puasa pada semua teman blogger dan pengunjung SRC..

Good news!!!

Http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

TEMPAHAN BISKUT RAYA 2018 @SWEETREDCHERRY TELAH DIBUKA:

Kenapa perlu pilih produk Kami?

# Pembekal berpengalaman selama 10 tahun dalam bidang pembuatan biskut
#Bahan yang digunakan berkualiti tinggi
#Freshly made, Homemade & 100% HALAL produk muslim bumiputera

Di bawah adalah senarai Biskut dan Harga.(UPDATE HARGA 26/05/18)

*** Harga biskut sudah turun bermula hari ni!!!

1. Tat Nanas Cheese
2.Tat nanas gulung
3. Semperit susu
4.Bebola sultana
5. Shortbread
6. Cornflakes madu
7. Snow Almond
8. Almond london
9.Makmur
10. Ulat bulu
11. Cerelec
12. Biskut kacang tanah
13. Biskut kacang hijau

Harga: Trial pek(candy bottle) =Rm10  RM9 shj!!!
Kuantiti :15-16biji

Botol besar: Rm30 Rm27 shj!!
Kuantiti :45++biji

Atau JIMATKAN wang anda dengan pembelian kombo, 4 balang Rm100 shj!!!

Jom dapatkan biskut kegemaran anda sekarang!!!

Penghantaran seluruh sabah
Tutup order:07/06/18

Untuk info lanjut, hubungi:0128244251 (bbwana).

Selain, terima kasih.

Tempahan Cheese cake leleh

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Syukur la dapat juga buat entri untuk hari ni. Terima kasih pada yang sudi terjah sini walau aku jarang ada entri baru. Sibuk yang amat..huhu..

Okeylah, ni adalah beberapa siri tempahan Cheese cake leleh..alhamdulillah..syukur atas rezekiNya. Tq pada yang menempah.

Http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

CHEESE CAKE LELEH
PERISA KEK: VANILA/COKLAT
BERAT: 1KG++
HARGA: RM55

-> Kek yang mewah dengan lelehan krim cheese yang pekat dan ditaburi dengan cheddar cheese yang menimbun!!! Kalau rasa pasti nak lagi..^_^

Order -> whatsApp: 0128244251 (bbwana)
COD area: Sekitar kk, putatan, papar, sipitang.

Sekian, wasalam.




Booth Sweet Red Cherry, terima kasih!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Minggu lepas aku ikut aktiviti jualan yang dianjurkan oleh BELIA Sipitang..aktiviti bulanan Youth corner dan ini merupakan aktiviti pertama untuk tahun 2016..

Sekali lagi SRC bergabung dengan HCB dimana terdapat aneka homemade coklat yang comel-comel dan pelbagai jenis kek budget yang 'hot' di pasaran, apam dan mufin..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Syukur alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan dari pelanggan..terima kasih semua pada yang singgah dan membeli produk kami..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Antara gerai yang ada..gerai baju kanak-kanak dan bundle..yang lain tak sempat snap..heee ;)

Tempahan aneka kek budget atau homemade coklat, hubungi 012-8244251 ( bbwana ) ~ whatsApp. Tq

Sekian, wasalam.

PROMO BOOTH JUALAN SWEET RED CHERRY!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jom datang beramai-ramai ke booth jualan Sweet red cherry yang bermula pada:

Tarikh: 5&6 Mac 2016
Lokasi: Tempat parking kereta bersebelahan Shell Sipitang.

Sempena aktiviti bulanan Youth Corner Sipitang..

Pelbagai kek popular dalam bentuk 'budget' dengan harga mampu milik kami jual seperti cheese cake leleh, kek coklat moist,  graham cheese, salted cheese, kek batik,  apam ladybird dan mufin coklat..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Jom support jualan Sweet red cherry..tq

Sekian, wasalam.



' Booth' Sweet red cherry di Pesta Memancing, Esplanade Sipitang

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Baru-baru ni aku buka 'booth' sweet red cherry sempena Pesta Memancing di Esplanade Sipitang.. Lama tak buka booth sejak bulan puasa..rindu dengan aktiviti macam ni..

Alhamdulillah, sambutan tetap memberangsangkan walaupun aku kurang buat promosi..'last minute' punya keputusan..sebab mula-mula tu mau tak mau nak buka gerai kerana masa tu banyak sangat urusan yang aku kena 'settle'kan..syukur semuanya berjalan dengan lancar..

Jom kita layan gambar..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Anak-anak buahku, putri, waie & ijam
Macam selalu, aku akan bawa pembantu cilik aku bantu aku menjual..latih dorang ni belajar berniaga..^_^

http://dapurjirankuberasap.blogspot.my
Antara yang aku jual adalah aneka apam mini ( apam isabella, apam coklat, apam gula hangus ), cupcakes ( coklat/vanila ) dan kek kontena ( cheese cake leleh, kek coklat moist leleh )

Alhamdulillah, sambutan sangat baik dari pelanggan..

Pertandingan memancing sering diadakan di sini kerana banyak sambutan dari dalam dan luar daerah..hadiahnya pun lumayan..

Antara peserta memancing yang mengambil bahagian..tak hirau walau matahari panas terik..ada yang bawa anak isteri lagi bagi sokongan moral..siap pegangkan payung lagi..ewahhhh!! ;p

Bersusun ikan yang digantung yang berjaya didaratkan mengikut berat..
Antara ikan yang berjaya didaratkan..ada bebarapa kategori..
  • 10 ikan pari yang pertama berjaya didaratkan akan mendapat hadiah
  • Ikan yang terberat
  • Ikan paling ringan
Sangat meriah juga tengok hari tu..seronok tengok gelagat para pemancing yang dapat ikan..hehe..

 Okeylah, sampai sini saja..jumpa di lain entri..bye..

Sekian, wasalam.











PROMO "JOM KE KARNIVAL SRS KALI KE-5", SIPITANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Di sini aku mau promo tentang Karnival SRS kali ke-4 yang akan diadakan pada 13&14 Jun ini iaitu esok di Esplanade Sipitang. Booth SWEET RED CHERRY adalah salah satu booth yang join pada karnival tu..

Banyak aktiviti dan jualan yang ada pada karnival tu..jom datang beramai-ramai meriahkannya..

KARNIVAL SRS(SIPITANG RICH SHOP)

TARIKH:13&14 JUN 2015
LOKASI: TEMPAT PARKING KERETA BERSEBELAHAN SHELL/ESPLANADE SIPITANG
BARANGAN DIJUAL: ANEKA MAKANAN/KUIH-MUIH/PAKAIAN/AKSESORI LELAKI/WANITA/PRODUK KECANTIKAN
ACARA: ZUMBA, PERTUNJUKAN BINA BADAN, AUTOSHOW

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

SEMUA DIJEMPUT HADIR!!

Jom support dan serbu booth SRC..

Sekian, terima kasih

P/s: Sibuk yang amat..huhu..







Aktiviti jualan Youth Corner Sipitang kali ke-2

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Menjalani hari-hari yang sibuk akhir-akhir ni buat blog sedikit terabai. Terima kasih buat teman-teman yang terus singgah ke sini dan tinggalkan komen yang sangat banyak walaupun aku belum sempat nak lepak di 'rumah' kalian..maafkan aku dan aku sayang korang!!!

Hari ni aku mau kongsi entrisepanjang aktiviti jualan Bazar Belia, Youth Corner Sipitang yang aku sertai hujung minggu lepas..

Pembantu cilik yang bantu aku menjual tempohari..waie & putri
Thanx pada mama, my sis dan Mimie sebab tolong aku

Macam biasa aku menjual aneka kek budget yang 'hot' dan banyak permintaan pelanggan antaranya:
  • Kek coklat moist
  • Kek cheese leleh ( vanilla/coklat )
  • Kek red velvet
  • Cupcakes
Selain tu, aku juga menjual popia kentang, karipap dan Popia kacang hijau..

Alhamdulillah, sambutan sangat mengembirakan hati..terima kasih pada  semua yang telah mrmbeli produk Sweet red cherry..insyaallah bulan mei ni 'booth' jualan SRC akan dibuka lagi..

Antara booth jualan yang menyertai aktiviti  Youth Corner..


Booth jualan ni jual barangan bundle..berdepan pula dengan booth aku..ada yang tarik minat aku di sana..dan akhirnya sebelum tutup aku 'usha' dan jom tengok apa yang aku dapat..

Aku rembat apron dan 'tote bag' tu..apron tu berguna bila time 'baking' dan masak-masak..dan beg tu boleh la simpan barang yang patut..murah ja..total dua barang ni rm5 ja..nama pun barang bundle kan..^_^


Sempat snap gambar budak-budak main 'giant bubble'..memang best tengok..popular kan main belon air ni..teringat zaman budak-budak suka beli belon ni tapi dulu mana ada saiz 'giant' :)

Okeylah sampai sini saja dulu entri aku malam ni..jumpa di lain entri..

Pertanyaan untuk tempahan: 012-8244251 (bbwana)whatsApp. Tq



Sedia untuk jualan..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni aku sibuk menyiapkan jualan untuk esok. Aku sertai aktiviti jualan Bazar belia, Youth Corner buat kali ke-2. Aktiviti ni berlangsung selama 2 hari mulai esok.

BAZAR BELIA YOUTH CORNER SIPITANG
TARIKH: 25&26 APRIL 2015
LOKASI: TEMPAT LETAK KENDERAAN BERSEBELAHAN SHELL SIPITANG

Pelbagai produk yang diniagakan. Antaranya aneka makanan, kuih-muih, kek, produk kecantikan dan kesihatan, pakaian dan banyak lagi.

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Ini adalah sebahagian kek budget yang telah siap aku buat..Tengah berusaha menyiapkan jualan yang lain lagi ni..^_^

Okeylah, sampai sini saja. Jumpa lagi di lain entri. Maaf aku tak sempat nak bw..doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar ya..

Buat warga Sipitang dan kawasan yang tinggal berdekatan, jom la ramai-ramai datang ya. Support la peniaga bumiputera. Jom beli barang buatan Malaysia!! ;)

Aktiviti Jualan Bazar Belia Youth Corner, Sipitang

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni kembali menjalani rutin membuat kuih/kek untuk jualan seperti biasa..sekarang ni aku tengah berehat..

Okey, kali ni aku mau kongsikan entri jualan bazaar belia yang aku join pada hujung minggu lepas..alhamdulillah, mendapat sambutan walaupun agak kurang promosi..

Jom layan gambar..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Ni adalah antara "Hot seller" di booth Sweet red cherry..pelbagai kek budget yang aku jual..

Kek cheese leleh bentuk bar ( vanilla/ coklat/ strawberi )
Kek cheese leleh (kontena)
Kek red velvet cheese leleh (kontena)
Kek coklat moist (kontena)
Cupcake coklat dengan buttercream

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Layan ja gambar posing my niece, Mimie..gambar aku tak ada..huhu..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Antara booth di Youth Corner, Sipitang..

Insyaallah pada bulan hadapan akan ada karnival jualan lagi..insyaallah SRC akan join..

Terima kasih buat teman-teman blogger yang bagi kata-kata semangat/dorongan dan doa kalian pada aku..aku sangat menghargainya..

Sebarang pertanyaan mengenai produk kami, sila hubungi 012-8244251(bbwana) whatsApp. Tq


Sampai jumpa lagi di lain entri..bye

Sekian, wasalam.

Aktiviti jualan 'Bazar Belia Sipitang' kelmarin..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni rasa perut dah semakin baik..aku rasa lebih sihat dan bertenaga..terima kasih banyak pada teman yang ambik berat dan mendoakan kesihatan aku..sungguh aku terharu punya teman seperti kalian..aku sangat happy dan menghargai korang semua..labiu all..sayang korang ketat-ketat..emmuaaahh..:D

Alhamdulillah aktiviti jualan yang aku join sabtu lalu berjalan dengan lancar dan syukur walaupun pada mulanya seperti kurang sambutan tapi pada sebelah petangnya semua jualan hampir habis dijual..

Terima kasih pada semua..

Jom layan gambar..



Cupcakes vanilla + yam/strawberry buttercream
Bun Sosej/Coklat rice/Coconut
Kek budget: Snow cheese cake, Red velvet cake, Coklat moist cake, Graham cheese
Kuih-muih: Kelupis(inti udang),Wajid Ubi, Popia kentang, Karipap, Pulut panggang, Campiang
Apam Ladybird bumble bee/Coklat/Gula hangus


@ BOOTH BALQIS BATRISYA COLLECTION

Produk kecantikan Esther Cream
BeShine Premium Drink
Koleksi tudung Balqis Batrisya Collection

@ D'TISYA COLLECTION

Menjual baju dan barangan FROZEN
Peralatan sekolah seperti beg/alatulis
Menjual baju anak lelaki dan perempuan


Bagi yang berminat untuk mendapatkan produk Sweet red cherry, Balqis Batrisya Collection dan D'Tisya Collection boleh berhubung terus dengan aku, 012-8244251(bbwana)call/sms/whatsApp
@ Email: sweetred_cherry@yahoo.com

Sekian, terima kasih.


JOM DATANG BERAMAI-RAMAI KE BAZAR BELIA SIPITANG, ada 'booth' jualan SRC!!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Di sini aku ingin mempromosikan tentang 'Bazar Belia' yang akan diadakan pada hari sabtu ni..dan Sweet red cherry juga ada membuka 'booth' jualan pada hari tersebut..


BAZAR BELIA SIPITANG
TARIKH: 13 DISEMBER 3014 ( SABTU )
TEMPAT: TEMPAT LETAK KENDERAAN BERSEBELAHAN SHELL SIPITANG(DEKAT ESPLANADE)
MASA:8 PAGI-5 PETANG

Apa yang ada di 'Bazar Belia Sipitang'?
Aneka kuih-muih, produk kesihatan/kecantikan, baju dan pelbagai lagi..

Sweet red cherry akan menjual aneka kek budget/cupcakes dengan harga MAMPU MILIK seperti Cheese cake leleh, Red velvet cake, Kek coklat moist, Graham Cheese dan menjual Mini Bun, Donut & Aneka Apam.



Selain tu, boleh juga mendapatkan koleksi tudung Balqis Batrisya Collection, Krim Kecantikkan Esther dan BeShine Premium Drink..


Esther cream

Beshine Premium Drink

Pelbagai barangan FROZEN di D' Tisya Collection..


Dan pelbagai pilihan baju jersi yang berkualiti Gred AAA..dengan harga yang sangat berpatutan



Pada yang tinggal berdekatan dengan kawasan Sipitang, jangan lepaskan peluang untuk ke bazar ini kerana produk yang dijual dengan harga ISTIMEWA!!!

Jom ramai-ramai serbu bazar ni..

p/s: pada kawan-kawan, terima kasih kerana jenguk dan tinggalkan komen..aku masih lagi sibuk. Insyaallah bila bazar ni sudah selesai, aku bw korang pelan-pelan..( sekarang tengah siapkan produk jualan aku )

Salam jumaat, wasalam.











Kuih-muih jualan untuk di gerai..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni rasa lebih baik berbanding kelmarin..kepala sudah tidak berat lagi cuma masih selsema dan liur ni rasa masih pahit lagi..semua yang dimakan rasa tidak sedap walhal sedap sebenarnya..aku belum makan sekarang ubat cuma minum 100 plus ja..orang cakap 100 plus bagus diminum ketika demam atau batuk..Terima kasih pada teman yang mendoakan aku cepat sembuh..

Hari ni aku mau siarkan kuih-muih jualan untuk di jual di gerai kepunyaan sepupu aku..tiap jam 2 petang baru kami hantar kuih-muih ni..alhamdulillah habis juga jualan ni sebab sepupu buka gerai makannya hingga jam 10 malam..

Antara yang kami jual adalah fritters kentang, cucur udang, cucur cempedak dan popia..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
FRITTERS KENTANG
Fritters kentang@ jemput-jemput kentang @ laksamana mati dibunuh..heee..
Sedap dimakan ranggup diluar lembut di dalam..cicah sos memang ada umph!!


http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
CUCUR UDANG
Erm..sapa la yang tidak suka makan cucur udang kan..aku boleh makan sampai habis tau..hihi..tapi yang di atas tu untuk jual..heheh..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Memandangkan masih lagi ada buah cempedak, jadikan cucur dan jual..habis laku..alhamdulillah..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Aku buat popia sayur..bila larat nanti insyallah buat popia kentang pula..

Setakat ni 4 jenis kuih ni la yang kami jual di gerai sepupu..insyaallah akan pelbagaikan lagi kuih-muih..harap-harap larat la mau buat semua ni..hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih kan kan..^_^

Okeylah, sampai jumpa lagi di entri yang lain ya..

Kek minyak lagi..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Yeah..siang tadi aku sempat menjalankan misi 'blogwalking'..tapi belum sempat habis kan sebab petang tadi aku menyambung projek 'meroti'..alhamdulillah menjadi dengan jayanya dan buat aku tambah semangat belajar buat bun ni lagi..

Okeylah, malam ni aku siarkan tentang Kek minyak yang pernah jadi fenomena tidak lama dulu..masa tu sana sini sibuk tayang kek ni..tidak ketinggalan juga aku..heheh..sudah banyak kali juga aku sudah buat kek ni..sangat suka dengan hasil kek yang cantik dan teksturnya pula gebu..rasanya pun sedap..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Pertama kali nampak kek ni di blog kak lina@ teratak mutiara kasih..rakan blogger yang sering muncul di majalah dengan resepinya yang sedap dan lazat..sila jenguk blog akak senior aku ni di SINI

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Sangat senang buat kek ni..pernah aku kongsikan resepinya sebelum ni..anda boleh tengok resepi kek ni di SINI..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Untuk kek ni aku buat 3 jenis perisa iaitu strawberi, oren dan pisang..bayangkan la betapa wanginya aroma semasa bakar kek ni..sedap, sungguh!! ^_^

Okey la, sampai sini saja entri pada malam ni..terima kasih kerana bertandang ke sini..selamat malam semuanya. Sekian, wasalam.


Booth jualan Sweet red cherry di Festival Antarabangsa GATA Sipitang

 Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Bersua lagi di entri yang ke-3 untuk hari ni..hihi, ni memang budget tengah rajin post entri..lagipun line internet tengah laju sekarang ni buat aku semangat mengupdate.. heheh..

Okeylah, seperti yang telah aku janjikan tempohari..aku akan masukkan entri tentang aktiviti jualan selama 3 hari yang kami join sempena festival GATA akhir bulan lepas..buat kesekian kalinya Sweet red cherry berkolaborasi dengan House of Choco bites..alhamdulillah sangat, sambutan dari pelanggan sangat mengalakkan..syukur pada Allah..

SWEET RED CHERRY

Terima kasih buat semua pelanggan yang telah datang ke booth jualan kami..ada beberapa jenis kek yang aku jual dalam bentuk pek budget dan harga mampu milik..antaranya adalah Cheese cake leleh ( coklat/ vanila ), Red velvet cake, Kek coklat moist, Graham cheese cake, Layer cheese, Blueberi cheese tat,  Pavlova dan Cupcakes ( pisang/ strawberi/coklat). Ada juga pelbagai kerepek ubi yang kami jual..sebanyak 12 jenis kerepek ubi..banyak pilihan..


Booth kami agak meriah sebab anak-anak buah semua pun ikut turun padang..supaya dorang belajar dunia bisnes ni dan tengok betapa susahnya mencari duit..hendak seribu daya kan..kalau mau melentur buluh biarlah dari rebungnya..


Ni dia pelanggan pertama yang beli mix fruit satay ( strawberi & anggur )..paling menarik di celup dengan coklat menggunakan coklat fountain ( air terjun coklat) besttt!!! Thanx banyak....^_^

HOUSE OF CHOCO BITES
Ni pula homemade coklat jenama HCB..pelbagai bentuk coklat yang comel..harga pun murah tau..antaranya adalah Loli Choc, Pre Line Choco, Bouquet of Choco Roses..untuk lebih banyak entri tentang homemade coklat ni sila klik SINI

D'TISYA COLLECTION
Ni pula booth jualan sepupu yang menjual barangan FROZEN..haa, sapa yang gila frozen tu di sini la tempatnya boleh membeli-belah..hikhik..anak-anak la sebenarnya yang excited mau membeli kan..macam-macam barang frozen yang dijual antaranya baju, tudung, crown, jam dan banyak lagi la..

 Alhamdulillah aktiviti jualan yang berlangsung selama 3 hari 3 malam tu memang sangat-sangat mendapat sambutan yang memberangsangkan..memang banyak sangat pengunjung dan pembeli..alhamdulillah syukur..

Terima kasih daun keladi, 
lain kali bila kami berjual,
datang la lagi..heheh..

Okeylah, sampai sini entri aku pada petang ni..sampai jumpa lagi di lain masa pula..daaa..

Jika ada sebarang pertanyaan mengenai kek, homemade coklat atau barangan frozen, sila hubungi talian ni ya, 012-8244251 ( bbwana ). Call/sms/whatsApp. Tq

JOM DATANG KE FESTIVAL ANTARABANGSA GATA SIPITANG & SERBU BOOTH SWEET RED CHERRY!!! ( 29-31 ogos )

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jom lah datang beramai-ramai ke festival antarabangsa GATA Sipitang 2014 yang akan bermula acara rasminya pada hari jumaat iaitu esok hingga hari ahad ( 29-31 ogos)..pelbagai acara yang menarik sepanjang berlangsungnya festival GATA ( Gasing & Tamu besar )  ni seperti pertandingan tarik tali yang akan menyaksikan perlawanan antara pasukan yang hebat termasuklah dari negara Brunei Darussalam. Selain tu ada pameran kuih tradisi, persembahan gasing, permainan kikik ( layang-layang) dan banyak lagi tau yang menarik.

Akan ada artis undangan yang akan membuat persembahan pada hari sabtu dan ahad seperti ramli sarip, hazama dan aizat..


Jangan lupa untuk datang dan serbu booth kami sepanjang festival ni berlangsung..kami menjual pelbagai jenis kek dan cupcakes dengan harga yang menarik dan mampu beli seperti Cheese cake leleh ( vanila/coklat), Red velvet cake , Kek coklat moist, Graham Cheese, Layer cheese dan cupcakes coklat, vanila, strawberi dan banana. Selain tu kami juga menjual aneka kerepek ubi (12 jenis), cornflakes madu dan budu cempedak..^_^


Untuk kesekian kalinya, Sweet red cherry berkolaborasi lagi dengan House of choco bites yang menjual aneka homemade coklat yang sedap dan comel!!




 Aku turut mempromosikan booth D' Tisya Collection yang menjual aneka barangan kartun Frozen..semua cantik-cantik!!!


Pada warga Sabah khususmya yang tinggal berdekatan dengan daerah Sipitang tu dijemput hadir bagi menyaksikan dan memeriahkan lagi festival yang hanya diadakan setiap 2 tahun sekali ni..

Okeylah ya, sampai sini dulu entri aku..insyaallah aku akan kongsikan mengenai festival ni pada masa akan datang. Wasalam.