Showing posts with label Award. Show all posts
Showing posts with label Award. Show all posts

Thank you Cik Mimie..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah kita semua sudah memasuki bulan baru pula..bulan mei pula menjelma..semua orang tengah mood bercuti sekarang kan..

Aku baru berkesempatan nak update blog hari ni..sibuk sangat dengan pelbagai aktiviti dan menyiapkan tempahan biskut yang mulai masuk..alhamdulillah..rezeki..

Entri ni adalah penghargaan buat Cik Mimie kerana telah membuatkan Sijil penghargaan pada semua pengomem tegar bulan April di blog beliau..

 
Sijil yang selalu aku nantikan dari Cik Mimie setiap bulan..hehe..cantikkan?
 
Merah itu menawan..serius cantik..thanx Cik Mimie kerana bersusah payah mencari idea dan membuat sijil yang cantik ni..

Tahniah juga buat kawan-kawan semua..

Jom kita terjah blog cik mimie pula >>http://norshamimi.blogspot.com<< orangnya ramah, mudah berkawan dan rajin blogwalking..tak rugi kenal-kenal dengan Cik Mimie kita ni.. ^_^

Sekian, wasalam.

Penghargaan buat teman blogger

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sebelum tu aku nak ucap terima kasih banyak-banyak pada semua teman yang mendoakan kesembuhan kaki aku. Hari ni dah masuk hari ke-3 selepas insiden kakiku digigit kucing..kisahnya baca>>al-kisah hari ini<<

 Hari ni bengkak di kaki masih belum ada tanda surut..jalan pun masih lagi terencut-encut..sakitttt..agaknya sebab gigitan tu kena pada urat kaki..serius sakit! Aku konsisten makan ubat dan sapu minyak..harap cepatlah surut bengkak ni..bila terasa berdenyut-denyut aku telan ubat tahan sakit. Nasib baik ada my beloved niece dan nephew, waie dan putri..dorang la banyak tolong aku ambik barang yang aku nak dan sapukan minyak di kaki..terharu dibuatnya..sob..sob..

Okeylah, terus kepada tajuk..aku nak kongsikan beberapa blog yang telah aku BOOM KEBABOOM dan nama aku masuk dalam senarai pengomen tegar dekat blog dorang..jom tengok!

 

 Suka sangat dapat sijil dari Cik Mimie..sweet-sweet sangat colornya..warna favourite pula tu..thanx dear!! Labiuuuuuu..tiap bulan semua pengomen tegar di blognya pasti akan dapat sijil yang sangat special..

 

Rasa tak lengkap kalau tak lepak di Tower kak farrah..wana suka baca tentang macam-macam perkongsian di blog beliau..

 
 Tak sangka duduk tangga teratas..kat blog mama pun aku selalu singgah..suka baca entri tentang anak-anak dara pingitan mama yang comel-comel tu..

 

Pun aku suka lepak kat sini..tambah lagi bila ada entri tentang si hensem boy Firash..hehehe..

Suka baca entri catatan perjalanan cik siti kita ni..enjoy sangat baca..^_^

 

 Aku masuk dalam list top 3 dan sedang menanti hadiah sampai dari Kak Suria..


 Tengah tunggu gift dari sue..;D


Terima kasih anizz..walaupun aktiviti blogwalking agak tergendala sebab sibuk nama aku masih terselit di sana..


Antara blog yang tak lupa aku 'blogwalking'..

Apapun, terima kasih semua..

Okeylah sampai sini saja entri aku..jumpa lagi ya..

Sekian, wasalam.
 








 

 
















Sijil penghargaan yang cantik dari CIK MIMIE

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Yeayyyyy!!!! Alhamdulillah buat kesekian kalinya aku tersenarai lagi sebagai Pengomen tegar feburari 2015 di blog cik mimie...

Apa yang buat aku sangat kagum adalah tengok sijil penghargaan yang cik mimie buatkan untuk 10 orang pengomen di blog beliau..ternganga aku tengok sijil yang begitu cantik dari Cik mimie..

Jom tengok..

 
 Cantik giler kan??? Sangat-sangat awesome!!!!Love u ucu mimie.. ;D
Cik mimie sangat kreatif kan..buat yang tak tau, cik mimie sangat rajin buat sijil penghargaan yang cantik-cantik untuk pengomen tegar di blog beliau..

Jom la kenal-kenal cik mimie..dia ni sangat baik, sweet dan peramah..paling penting rajin blogwalking dan 'drop' komen..
klik>>CIK MIMIE<< link untuk terjah beliau..^_^

Antara teman yang masuk dalam senarai PT..


Jom blogwalking ke blog teman-teman aku ni juga ya..dorang ni kaki komen tau..suka buat komen pukal..

Jumpa lagi..dadaa..

p/s: nak siapkan tempahan kek..kena hantar petang ni..

Sekian, wasalam




Terima kasih CIK MIMIE..

Assalamualaikum dan salam  sejahtera..

Alhamdulillah kita sudah memasuki bulan februari..cepat rasanya januari meninggalkan kita..

Bulan januari lalu aku tersenarai lagi sebagai pengomen tegar di blog cik mimie..dan yang paling aku terharu dapat sijil penghargaan pula tu dari cik mimie..sangat cantik sijil yang cik mimie buat..ceria sangat..i likeeeee!!!!!


 Cantikkan..kalerful..:D

 Ini la kawan-kawan yang tersenarai sebagai pengomen tegar bulan januari di blog cik mimie..mereka ni pun dapat sijil penghargaan dari cik mimie juga..tahniah semua!! ;D


Jom la terjah blog cik mimie juga..>> cik mimie << dan terjah la blog kawan-kawan yang tersenarai tu sebab dorang ni rajin blogwalking dan selalu bagi komen pukal yang meletop-letop tau..

Okeylah, sampai sini saja dulu..jumpa di lain entri pula..

Sekian.

Tag Nama Khas dari HSB

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Awal pagi lagi mood nak blogwalking tersangatlah membara..tadi jalan-jalan di blog BUDAK.. dan nampak nama aku dan 40 orang lagi rakan blogger yang lain dalam entri beliau..nak tau apa??? Kitorang dapat special tag nama tau dari budak sebab tersenarai dalam 41 blogger aktif 2014 yang rajin komen di blog beliau..


Tadaaa!!! Ni lah tag nama aku..


Cantikkan? Thanx banyak ya BUDAK sebab susah payah buat tag nama ni untuk kami semua..

Kak wana suka sangat tau..dan  akak sangat menghargainya..labiu bebeh!!!

Pada yang belum mengenali BUDAK@HSB..sila la terjah blog beliau dan sila klik sini >>> HIKAYAT SEORANG BUDAK <<<

Sekian, Wasalam.

Dapat LOGO DAMASK dari Kak Farah MF

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Yeahhh!!! Aku tersenarai lagi jadi tetamu terhebat sepanjang 2014 di Tower Kak Farah..terima kasih akak..

Barkal, Wana
 Bestnya dapat logo damask dari kak farah..cantik!!! aku memang suka sangat dan menghargainya..kawan-kawan yang lain pun dapat logo yang sama dan dapat ucapan terima kasih dengan pelbagai bahasa..unik tau..hee..

Jom tengok kawan-kawan yang terhebat 2014 suka lepak di tower kak farah..tahniah semua!!
Dorang ni memang rajin blogwalking dan rajin komen..sila la terjah blog mereka ni juga..

Aku memang suka sangat  lepak di tower kak farah sebab dia ni suka sangat kongsikan pelbagai idea kraf yang comel-comel, ada resepi yang simple dan sedap yang boleh diikuti dan aku suka banyak perkataan baru dalam bahasa inggeris yang jarang didengar aku dapat belajar di sini..tq kak farah..

Korang yang belum mengenali kak farah, boleh la terjah tower beliau yang sangat awesome ni..
klik sini >> famf-tower.blogspot.com <<

Selamat malam dan sekian..

Terima Sijil Penghargaan dari CIK MIMIE

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Entri ni dibuat bagi menghargai Cik Mimie yang telah bersusah payah menghasilkan Sijil Penghargaan buat 10 komentor di blog beliau untuk bulan disember 2014..dan aku salah seorang yang tersenarai..oyeahhh!!!
 
 

Terima kasih banyak ya Cik Mimie..sijil ni cantik sangat..kak wana suka dan terharu tau..awak memang ada bakat buat sijil..^_^

Tahniah juga buat teman-teman yang lain..

 

Korang juga memang awesome!!!

Jom terjah blog Cik Mimie >> http://norshamimi.blogspot.com <<

LIEBSTER AWARD by CIK MIMIE

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Heheh..jangan bosan ya..liebster award kali ni di tag oleh cik mimie pula..memandangkan memang tengah 'free' apa salahnya buat..tq dear..

Jom tengok apa soalannya..

Dalam sehari berapa entry korang update dalam blog?
Bergantung pada keadaan sebenarnya.kalau tak sibuk selalunya update entri lebih dari satu entri

Biasa korang online blog dekat mana? *cth : pejabat, rumah, cafe
Rumah. Dalam bilik sebab best dan santai..boleh online sambil baring..best oh..golek-golek..hehe..

Sudah berapa lama korang terlibat dalam dunia blogging ni?
Belum lama. Start 24 may 2012..:)

Kenapa pilih untuk menjadi seorang blogger?
Sebenarnya x rancang pun jadi blogger.. Di awalnya plan lebih kepada promo produk SRC pada orang di luar sana tapi lama-lama macam terjebak jadi blogger..rasa seronok pula :)

Nyatakan kebaikan dan keburukan berblogging.
Baiknya dapat promo produk, biz online lebih mudah, dapat banyak tempahan/customer dan banyak dapat kawan blogger yang ada profession lain2..best!!

Buruknya selalu kalau dah blogging sampai x henggat dunia..huhu

Berikan 3 ciri-ciri blog yang korang suka singgah.
Blog yang ada share resepi kek/masakan/cara deko kek/pelbagai info
Blog cepat loading
Blog kawan-kawan

Korang lebih suka komen entry atau tinggalkan jejak dekat shoutbox?
Jujurnya lebih suka komen di entri sebab komen tu nampak dan senang bersoal jawab.

Apa pendapat korang tentang blog Cik Mimie?
Blog cik mimie cantik..kaler merah lambang keberanian

Perlu ke Cik Mimie ubah mana-mana bahagian dalam blog Cik Mimie?
Tak payah ubah sebab dah cantekkk..*_^

Ada tak apa-apa yang korang nak bagitahu dekat Cik Mimie?
Cepat-cepat kawen..hihi

Soalan Cik Mimie susah ke senang?
Sangat senang..:)


Sekian.

LIEBSTER AWARD TAGGED by ACIKWATIE

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Entri liebster award lagi..mood tengah rajin buat award ni..kali ni tagging by acikwatie..acik jemput semua kawan-kawan buat award ni terutama teman bloglist..harus la kita support kan.. ^_^

SOALANNYA :

1. Apakah kekuatan blog korang?
Rasanya ada perkongsian resepi kot..

2. Warna tema untuk blog korang?
Merah + pink = sweet-sweet bebeh..hehehe..

3. Sebab apa warna tu? Bukan warna lain?
Sebab wana suka sangat dengan kaler tu..sweet sangat

4. Blog korang cerita pasal apa?
Lebih kepada promosi bisnes kek/apam/kuih-muih dan pelbagai lagi dan ada share resepi

5. Cakap betul-betul...cantik tak blog Acik ni?
Blog acik simple dan cepat loading..


6. Kalau tak cantik, sebab apa? Kalau cantik, belah mana yang cantik?
Rasanya lebih cantik kalau acik tambah sedikit kaler yang ceria pada blog acik ni..ni sekadar pendapat wana..

7. Ada letak tak blog Acik dalam bloglist korang Cakap je, tak marah pun.
Yup, blog acik ada dalam bloglist SRC..:)

8. Kalau join segmen / BW / GA orang, awak update entri saja pastu terus tinggalkan atau buat jugak BW?
Bergantung pada mood, masa dan kelajuan internet. Kalau semua tu ada, wana akan bw juga..hihi

9. Setakat ni, follower dah berapa orang?
Ada dalam 385 orang..syukur la..ada juga follower..

10. Rasanya, perlu tak Acik letak blog korang dalam bloglist Acik?
Kalau boleh memang nak blog wana ada dalam bloglist acik..perlu..hehe

11. Sebab apa perlu letak blog korang dalam bloglist Acik?
Sebab senang acik nak bw ke blog wana..hehehe..


Tiada tag dan soalan..tapi, pada yang telah di tag di entri liebster award tagged by nur as tu sila la buat ya kalau boleh..tak paksa..:D


Sekian..daaaa

LIEBSTER AWARD TAGGED by NUR AS

Assalamualaikum dan salam sejahtera..



Liebster award..kali ni di tagged oleh nur as..haha..sambil gelak jahat ngko yee..kena jawab juga kalau tak nanti cikgu nak rotan..haha :p..apapun, thanx  dear..

Ni soalannya:

1. Sekarang pukul berapa?
Pukul 10.04 pagi..morning bebeh..

2. Hari ni dah update blog ke belum?
Belum lagi..ni baru entri 1st untuk hari ni :)

3. Dah makan?
Dah breakfast. Makan chicken porridge..hehe

4. Dah solat?
Bulan mengambang..cuti. Paham-paham je la ya ;)

5. Dah minum air suam/ putih / air jernih hari ni?
Sudah. Setiap pagi lepas bangun tidur mesti minum air suam.

6. Dah ucap alhamdulillah untuk harini?
Alhamdulillah ada..

7. Kalau diberi dua pilihan: kereta atau rumah, mana yang korang nak?
Nak dua-dua boleh..hihi..tapi rasanya penting rumah sebab kak wana dah ada kereta..nak ada rumah sendiri bila dah kawen nanti *_^

8. Korang dah isi belum linkies ni?
Dah isi..akak org 2nd..hehe..dapat something tak?haha..

9. Dalam banyak-banyak aktiviti DIY, korang rasa teman patut buat apa lagi? Yang simple dan bajet yang bersesuaian buat penganggur ni.
Akak cadang nur as try pula buat felt craft macam buat dompet, pouch, keychain atau brooch..mesti comel..

10. Kalau gigi korang sakit, korang buat apa?
Telan ubat tahan sakit dan tidur

11. Agak-agak kalau teman nak buat business, korang nak support tak?
Harus la support bisnes kawan-kawan kan..benda baik tu. :)

12. Korang rasa teman ni jahat tak?
Jahat tu tak tapi gelak jahat tu ya..haha..

13. Korang rasa teman ni macam mana orangnya?
Nur as ni budak baik orangnya dan anak ayah kot.

14. Apa yang melayakkan teman nak masuk bloglist korang?
Aktif blogging..don't worry dear, CAM dah masuk dalam blog list akak tau :D

Jom tengok nama siapa pula yang naik(tag):

Nur as (tag sambil ketawa2 ni..kekeke)
Kak farah
Mama3farhanah
AmyJ
Cik Mimie
Naddya
Cik Fafa
Kak Diana
Dr.shikin
Acik watie
Sue
Hikayat seorang budak

Soalan wana untuk korang semua:

1. Karakter anda macamana?
2. Tabiat korang yang orang lain rasa pelik tapi bagi anda biasa-biasa saja?
3. Bila kali terakhir korang shopping? Beli apa?
4. Bila kali terakhir anda melancong? Di mana?
5. Jika diberi peluang untuk bertukar jadi 'seseorang', nak jadi siapa dan kenapa?
6. Mana lagi penting. Duit, ic atau hand phone?
7. Tiba-tiba anda tersesat di dalam hutan kemudian terjumpa simpang, yang satu jalan pergi ke rumah misteri yang nampak menyeramkan dan satu jalan lagi terus masuk ke dalam hutan yang dikatakan ada tombiruo(penunggu hutan). Anda pilih jalan yang mana? Kenapa?
8. Jika ada modal berniaga, bisnes apa yang korang nak buat?
9. Pernah nampak burung hantu secara 'real' tak?
10. Hadiah impian anda dalam hidup?
11. Pernah tak korang berkorban untuk orang lain semata-mata nak tengok dia bahagia dan anda pula menderita dalam diam?

-Tamat-

LIEBSTER AWARD TAGGED by KAK FARAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

 

Yeay..liebster award lagi..sebenarnya Kak farah tag semua adik-adik yang rajin lepak di tower beliau..so, aku rasa terpanggil buat liebster award ni..hehehe..apapun, tq akak..

Ni soalan kak farah:
  1. Jika boleh pilih mana-mana tempat di dunia ni untuk tinggal dan settle down (and bring along someone with you), anda akan pilih,...Mengapa?
Soalan akak ni perah otak juga..:D..setakat ni wana belum terpikir lagi nak tinggal di mana mana tempat di dunia ni, sangat selesa tinggal di tempat tinggal sekarang ni..kampung, kiri,kanan, belakang rumah semua pokok buah-buahan dan dipenuhi dengan tanaman bunga mama yang mekar selalu..sedap mata memandang, bunyi kicau burung, cengkerik..tenang rasa..wana nak tinggal dengan kesayangan wana dalam hidup semestinya keluarga dan mr.love ( harap dah kawen masa tu, doakan ya ) 

2.Tempat kegemaran anda [restoran/kafe] apabila makan di luar. 

Ada beberapa tempat wana suka makan antaranya :
1.Kedai Kopi Happy ( selalu gelar soto endut ja sebab asal pegi sana mesti nak order soto dan endut tu pula nama pekerja kedai yang suka layan bila kami datang..haha..glemer kan dia )

2. Lan Satay ( Sipitang terkenal dengan keenakkan satay dan kuah kacangnya )
Memang kami sekeluarga suka makan sini..satay dan kuah kacangnya serius sedap. Sayap ayam panggangnya pun sedap giler. :)

3. Restoran Malaysia, Beaufort
Selalu singgah sini bila dalam perjalanan ke KK..terkenal dengan paunya yang besar dan sedap..wana paling suka makan pau ayam..kena dengan selera..pau tempat lain kurang menepati selera wana.. 

3.3 orang [tidak kisah siapapun] yang anda akan jemput untuk makan malam bersama anda. Mengapa?

 Pening jap pikir..haha..my darling,my dad & mama..sebabnya tak penah lagi kami makan malam bersama..selalu makan malam beramai-ramai..hehe 

4.Satu makanan yang anda pretend suka (tetapi sebenarnya tidak!) semata-mata untuk jaga hati orang lain or simply nak nampak cool! Hahahah!

Apa ya? em, rasanya cendol kot..eh, cendol makanan ke minuman..ala, boleh la kan kak..yang penting hijau2 dalam cendol tu dimakan kan..haa, sebab ada hijau2 tu la wana x suka..sebab imagine lain..huhu..  

5. Filem 'romantic comedy' kegemaran anda?

Lama x tengok filem..jadi lupa pula.. maafkan wana.. 

6. Filem/TV Show dalam koleksi anda yang paling banyak ditonton.  

Wana koleksi cite Harry potter..suka sangat tengok dunia magic..:)  

7.Bad mood. Apa yang boleh buat anda kembali senyum?

Main dengan kucing kesayangan atau layan karenah anak-anak buah yang bermacam ragam tu..

8.Orang pertama yang anda akan cari jika perlukan bantuan atau teman bicara.

My fiance  

9.Perkara paling 'adventurous' yang pernah anda lakukan.

Panjat anak tangga di Batu Caves sampai penghujungnya sebab nak kira berapa banyak anak tangga dan tengok dalam gua..fuh, gila penat..bila turun tangga tu lutut rasa dah begegar..  

10.Satu skill/kemahiran yang anda ingin kuasai. Mengapa?

Nak belajar bahasa mandarin sebab selain bahasa malaysia dan inggeris, bahasa mandarin sangat penting dalam dunia pekerjaan..kalau mohon keja dan ada kelebihan dalam mandarin senang sangat nak dapat keja..wana pernah belajar basic mandarin..boleh paham sikit-sikit la..yang lucunya selalu ada yang salah anggap wana ni chinese dan siap bawak cakap cina tapi wana balas dalam bahasa melayu ja..hihi

11.Satu benda/tool/gadget milik anda yang rosak atau perlu dibaiki.

Laptop kesayangan wana..perlu dibaiki sebab ada masalah software..sekarang ni pinjam laptop mama..huhu..
 
-Tamat-
 
Tiada tag sapa-sapa..:)

Liebster Award tagged by Amy J

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Lama tidak berliebster award ni..semalam aku ditagged oleh AmyJ..hihi, thanx sebab petik nama kak wana ya..

Soalan Amy J:

1. Satu tabiat buruk tak boleh ubah
Cengeng kot..

2. Dua benda mengingatkan korang dengan Amy J. hahahahahaha. susah gila soalan.
Weird dan wolf..Unik sebab lain dari yang lain ;). Tu yang buat akak selalu ingat amy..

3. Tiga orang penting dalam hidup. Tunjuk gambar pun boleh.
My dad, mama dan my fiance ^_^

4. Empat ciri-ciri lelaki yang berjaya mencuri hati.
Macho, penyayang, kelakar dan sering menasihati ke arah kebaikan . Terpikat dgn fiance sebab ada semua ciri tu..hee :)

5. Lima makanan tak boleh tolak.
Nasi ayam, soto, spaghetti, Ambuyat ( mknan tradisi suku kaum brunei ) dan of couse la cheese cake..hehehe

6. Terbang atau baca pikiran orang.
Rasanya akak lagi suka terbang sebab boleh pegi mana-mana tempat yang diingini..x pyh naik keta atau flight..jimat..haha..

7. Wahai *insert the name of your love*, saya sayang awak sebab
Wahai mr.fiance, saya sayang awak sebab awak sayang saya dan terima segala kekurangan saya seadanya..awak juga banyak bagi nasihat,dorongan dan sokongan dikala saya 'down'.Terima kasih banyak awak..

8. Binatang paling menakutkan
Buaya..err, seram ja tengok buaya secara live..dapat bayangkan cara dia 'ngap' macamana..huhu

9. Kenapa korang suka/tak suka pergi kenduri kahwin
Suka pegi sebab dapat doorgift yang pelbagai. Tak suka pegi bila ada kawan yang kepoh sibuk nak tanya sudah kawen ka belum/anak dah berapa/kenapa belum kawen/kerja apa/buat apa..bosan..

10. Apa perasaan korang hari ni
Mood rileks..taip entri ni sambil baring tau Amy..Haha..Best giler..huu:D

11. Rumah idaman
Rumah yang ada halaman sebab boleh bercucuk tanam, buat kandang pelihara haiwan kesayangan seperti arnab dan buat pondok berehat..

Tak tag sapa-sapa sebab tak sempat nak pikir dan buat soalan..:)

Tamat


THE LIEBSTER AWARD AGAIN, TAGGED BY FARHANA MOHAMAD

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Buat kesekian kalinya aku ditag untuk liebster award ni. Kali ni aku di tag lagi oleh blogger, Farhana Mohammad..Thanx tag aku farhana..best juga jawab soalan ni kan..^_^

 
Ini adalah soalan yang diberikan pada aku:

1. nama penuh anda dan umur. nama timangan anda? 
Nama penuh aku, Siti Salwana Binti Mohamad Ballas dan berumur 32 tahun..oh, aku macam x percaya!! :-P. Nama timangan aku dalam keluarga dan kawan-kawan, bibie. Kalau di alam maya pula, bbwana @ bb @ wana
2. apa negeri kelahiran anda dan sekarang tinggal kat mana?
 
Negeri lahir Sabah dan sekarang tinggal di Sipitang bersama keluarga..

3. bila anda last peluk dan cium ayah?

 Soalan cepumas ni..huhu..memang lama sangat tidak peluk cium ayah..kalau ingat-ingat masa sekolah  agaknya..huuu..
4. suka pakai baju kurung tak? *kalau tak, explain sikit.hihihi

Hihi soalan ni macam soalan perangkap..haha, wana tak berapa suka pakai baju kurung. Pakai hanya untuk majlis tertentu. Wana lebih selesa pakaian kasual macam jeans dan t-shirt..senang bergerak laju dan driving..^_^

5. jika diberi peluang melancong antara Banda Acheh (Indonesia), Korea, dan negara Eropah, negara mana pilihan anda? kenapa pilih negara tersebut? 
Wana nak pergi Seoul, Korea..kerana ingin melihat sendiri keindahan tempat yang menarik di sana..macam dalam cerita korea tu..hikhik

6. binatang apa yang anda fobia/takut? kenapa?
Cicak dan katak.. bukan takut lebih kepada geli dengan tekstur badannya yang lembik dan licin..hee..

7. apa yang anda buat bila ada ular masuk ke dalam rumah?
Rasanya mungkin akan 'stuck' di tempat itu saja, tidak berani buat apa-apa..huhu..

8. anda makan organ dalaman ayam tak? 
Ya, makan. Aku suka makan bedal. Kaki ayam pun aku suka makan..eh, tu organ dalaman ke?hehe..

9. favourite
games
yang anda selalu main ketika kecil?
Banyak sangat favourite games yang aku suka main masa kecil macam main getah, congkak, main ting-ting, main masak-masak, main kawin-kawin ..haha..banyak lagi la..

10. bahasa apa yang anda nak sangat belajar and wish to apply dalam kehidupan anda?
Aku mau belajar bahasa mandarin sebab peluang pekerjaan banyak jika pandai bahasa mandarin..sebelum ni, aku hanya belajar basic bahasa mandarin ja..

11. pernah tak kena tikam dari belakang oleh kawan? ce bagi ucapan untuk diaorang. 
Soalan ni memang kena sangat dengan diri aku..memang aku pernah kena tikam dari belakang..aku baik dengan dia, aku percaya cakap dan janjinya selama ni, aku anggap dia sebagai kawan tapi last-last dia mungkir janji  dia berubah dan buat sesuatu perkara besar dalam hidup aku..dia rampas apa yang aku ada secara perlahan-lahan..

Ucapan aku pada dia: semoga ko sedar apa yang ko buat selama ini salah dan fikir la dalam-dalam kesannya..ko cakap aku macam-macam sampai tahap menghina..ko sedar la diri juga..ko bukan la sempurna sangat pun..sama juga macam aku, jangan sampai keluarga atau adik-beradik ko kena buat orang macam ko buat aku..bila aku diam bukan bermakna ko menang dan aku kalah..aku hanya tidak mau panjangkan lagi masalah..aku tidak mau bergaduh..jadi, cukup-cukup la apa yang sudah ko buat pada aku selama ni..ko pikir la secara positif dan jangan hanya tau menunding jari dan meletakkan kesalahan pada orang lain..sekian.
Habis sudah soalan aku jawab..apapun, tq farhana kerana buat soalan ni.. ^_^

-wasalam-

The Versatile Blogger Award Tagged By Kak Diela

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Nampaknya beberapa hari ni banyak entri tentang award yang aku post..kali ni entri tentang The Versatile Blogger Award pula yang di tagged oleh Kak Diela..thanx banyak kak..ni pertama kali aku di tag untuk award yang satu ni..

http://dilakazuha.blogspot.com/2014/09/the-versatile-blogger-award.html

Jom kita lihat peraturannya:

rules:
 1. Thanks the person who nomited you.
2. Provide a link to the person's blog.
3.Write 7 facts about yourself.
 
7 Fakta tentang diri aku:
  •  Sabahan blogger
  • Start berblog pada tahun 2012
  • Suka baking dan ada bisnes dalam bidang ni 
  • Pencinta kucing
  • Sangat suka makan nasi ayam, soto dan cheese cake
  • Seorang yang sangat penyabar
  • Tidak suka cari pasal dengan orang
Done..^_^
 
Teman blogger bertuah yang aku tag adalah:
 
Selamat bersegmen
 
Sekian. 


LIEBSTER AWARD TAGGED BY FARRAH MF

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Ini merupakan kali-3 aku kena tag untuk award..apapun, terima kasih banyak pada Farrah MF ..

 


PERATURAN LIEBSTER AWARD:
  1. Namakan blogger yang telah mencalonkan anda dan letakkan link beliau dalam post anda.
  2. Letak gambar award tersebut dalam post ada
  3. Jawab 11 soalan yang ditanya oleh beliau.
  4. Nyatakan 11 perkara tentang diri anda.
  5. Senaraikan 5-11 blog yang lain dimana followersnya kurang dari 1000.
  6. Buat 11 soalan untuk ditanya kepada blogger tersebut
  7. Tuliskan peraturan liebster award dalam blog anda.
  8. Maklumkan kepada blogger tersebut.

11 soalan daripada Farrah MF:

Adakah anda pernah alami/berdepan dengan sebarang fobia? Mengapa? 

 Saya pernah kemalangan kereta beberapa tahun yang lalu tapi alhamdulillah tidak la teruk, cuma kereta saja yang kemik bahagian depan..sempat fobia juga nak bawa kereta dan lalu di jalan itu..huhu..

 Apakah 3 benda yang anda tidak akan keluar dari rumah tanpanya?

 Wallet yang mengandungi ic, lesen dan duit. Handphone dan bedak compact.

3 perkataan yang menggambarkan diri anda.

Suka baking, suka kucing dan suka kaler putih dan pink.

Seseorang yang sentiasa memberi inspirasi pada anda.

My fiancee, dia banyak bagi inspirasi dan semangat buat saya untuk berubah menjadi lebih baik selain keluarga.
 

3 sifat baik yang membuatkan anda suka berdamping dengan seseorang. 

 suka layan aku bercerita, menjadi pendengar yang baik dan tidak suka hebahkan rahsia

Anda akan tersenyum seorang diri apabila,..

 Bila terkenang memori indah bersama insan yang disayangi. ^_^

Apa yang mudah buat emosi anda tersentuh?

Bila ada orang yang sengaja cari pasal dengan aku walaupun sudah tau aku tak nak gaduh dan anggap aku pengecut!!! Padahal aku bukan takut, cuma tidak mau panjangkan lagi masalah..lebih baik diam kan..
 

Satu lagu yang anda tidak akan muak dengar sampai bila-bila. Mengapa?

Apa ya?..hihi, (tengah remain balik otak nih)..rasanya lagu 90-an kot sebab aku membesar dengan lagu2 pada tahun tu..

 

3 makanan yang anda tidak akan tolak.

Nasi ayam  masakan mama, soto dan cheese cake.

Filem yang betul-betul meninggalkan impak pada diri anda.

 Filem 2012 yang mengisahkan tentang kejadian tsunami..memang sangat menginsafkan..

Apa yang anda ingin capai 5 tahun dari sekarang.

Mempunyai kedai kek, sudah berkahwin, ada rumah sendiri, ada bisnes lain selain kedai kek, punya keluarga bahagia..insyaallah, amin.


Berikut adalah blogger bertuah yang di tag:

Ini 11 soalan dari saya:

1. Apakah hobi anda pada masa lapang?
2. Pertama sekali yang anda buat bila bangun pagi?
3. Apakah breakfast kegemaran anda?
4. Bila kali terakhir anda bersenam?
5. Jika anda seorang jutawan, apa yang anda buat?
6. Anda punya BFF? Namakan.
7. Kaler baju yang anda suka pakai?
8. Apa yang anda paling tidak suka buat?
9. Kenapa anda berblog dan siapa teman rapat dalam dunia blogging ni?
10. Apakah pendapat anda tentang blog saya dan apa yang anda suka baca?
11. Sila berikan ucapan anda buat saya..


Sekian, itu saja soalan saya..pada kawan-kawan yang di tag dan sudi jawab soalan dan buat entri tentang liebster award ni terima kasih banyak ya..korang memang sporting!!!!

Bye, jumpa lagi.


LIEBSTER AWARD TAGGED BY RRSYA EYRDINA

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kali ke-2 aku di tag untuk liebster award ni..kali di tag oleh cik Rrsya Eyrdina..tq ya tag aku..^_^



 
PERATURAN LIEBSTER AWARD:
  1. Namakan blogger yang telah mencalonkan anda dan letakkan link beliau dalam post anda.
  2. Letak gambar award tersebut dalam post ada
  3. Jawab 11 soalan yang ditanya oleh beliau.
  4. Nyatakan 11 perkara tentang diri anda.
  5. Senaraikan 5-11 blog yang lain dimana followersnya kurang dari 1000.
  6. Buat 11 soalan untuk ditanya kepada blogger tersebut
  7. Tuliskan peraturan liebster award dalam blog anda.
  8. Maklumkan kepada blogger tersebut.
 Ini adalah soalan yang diberikan oleh Rrsya:

1- Siapa Nama EX BF/GF Yang Pertama ??
Tak ingat dah..sebab sudah terlalu lama..lagipun malas nak ingat lagi..hee..
2- Dimanakah Tempat Yang Anda Nak Pergi ??
Disneyland. Teringin nak pergi sana bersama keluarga..berhibur bersama keluarga lebih bermakna.

3- Selebriti Yang Diminati ??
Minat sangat dengan JOZAN, Johan & Zizan!!!!
4- Cikgu Yang Paling Cantik/Handsome Di Sekolah Anda Dulu/Sekarang ??
Kalau cikgu lelaki, Cikgu Yusaini dari semenanjung ajar subjek sains..hensem, bila tiba subjek tu kami pelajar perempuan sentiasa rasa semangat nak belajar..kalau cikgu perempuan, namanya Cikgu Yatie, sangat comel macam strawberi..sampai kami bagi gelaran, cikgu strawberi..hikhik ^_^
5- Benda Yang Anda Nak Sangat Tapi Masih Tidak Dapat ??
 Kedai kek. Memang teringin sangat nak ada kedai sendiri untuk memajukan lagi bisnes sedia ada.

6- Antara Kawan Dan BF/GF Mana Yang Korang Pilih Dan Sebab ??
Aku lebih pilih tunang aku sebab dia insan paling banyak bagi dorongan dan nasihat mengubah saya ke arah kebaikkan selain keluarga
 
7 - Makanan Paling Anda Tak Suka ??
Yang terlalu berminyak dan berkari.. tak boleh nak telan..

8- Orang Yang Paling Anda Sayangi ??
Keluarga, tunang dan BFF..
9- Binatang Paling Anda Minati ??
Kucing, arnab dan hamster. Kucing masih pelihara sampai sekarang cuma arnab dan hamster ja tidak lagi sejak kematian arnab dan hamster kesayangan yang bernama BOB!!!sedih...huhu..

10- Lagu Yang Anda Rasa Annoying ??
Lagu Madonna..tapi aku lupa pula tajuknnya..hehe..
11- Kata-Kata Perangsang/Semangat Untuk Saya Tentang Blog Ini ??
Susun atur dalam blog sangat kemas dan menarik..teruskan berkongsi info atau cerita  yang menarik untuk bacaan pengunjung..
 Mangsa tag yang bertuah!!!! check it out:

11 SOALAN DARI AKU, BBWANA...^_^

1. Apa benda yang harus ada dalam handbag anda selain wallet?
2. Rancangan tv kegemaran anda?
3. Apa yang anda selalu buat pada masa lapang?
4. Games yang anda suka main di handphone. Kenapa?
5. Apakah gadget yang anda ada sekarang?
6. Apa kenangan yang paling manis dalam hidup anda?
7. Blog yang anda suka baca dan lawat. Kenapa?
8. Apa sumbangan yang boleh anda berikan dalam dunia blogging ni?
9. Siapa anda pada 10 tahun akan datang?
10. Apakah yang anda suka baca di dalam blog ini?
11. Berikan ucapan anda pada saya...^_^
 Okey la ya, dah settle jawab soalan dari blogger Rrysya..next entri aku akan jawab soalan yang ditag oleh blogger FARAH MF pula



Sekian dan selamat malam.

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA!!!!

LIEBSTER AWARD TAGGED BY KASUT KUSUT

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Masa tengok komen tadi terus mata terpandang komen dari seorang rakan blogger. Beliau tag untuk LIEBSTER AWARD ni..apappun, thanx banyak ya pada KASUT KUSUT kerana tag aku..

 

PERATURAN LIEBSTER AWARD:
  1. Namakan blogger yang telah mencalonkan anda dan letakkan link beliau dalam post anda.
  2. Letak gambar award tersebut dalam post ada
  3. Jawab 11 soalan yang ditanya oleh beliau.
  4. Nyatakan 11 perkara tentang diri anda.
  5. Senaraikan 5-11 blog yang lain dimana followersnya kurang dari 1000.
  6. Buat 11 soalan untuk ditanya kepada blogger tersebut
  7. Tuliskan peraturan liebster award dalam blog anda.
  8. Maklumkan kepada blogger tersebut.
Ini adalah 11 soalan yang diberikan kepada aku:

1. Siapakah idola anda?

Buddy Valastro, Carlo's Bakery of Cake Boss - minat sangat dan teringin belajar dengan beliau cara buat kek yang cantik-cantik dan sangat awesome!!!
 2. Apa pendapat anda tentang Malaysia?

Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, aman dan selamat untuk diduduki. Aku bangga jadi rakyat Malaysia. Oleh itu, marilah sama-sama pelihara keamanan negara kita.

3. Komen serba sedikit ttg buku kegemaran anda..

Saya minat membaca novel. Karya Ramlee Awang Murshid antara yang aku suka baca sebab karyanya ada unsur thriller dan ketuhanan. Bila baca karya beliau terasa berada dalam situasi tersebut..best!!!
4. Apa pendapat anda ttg blog saya?

Sangat simple dan ada bebarapa lagi yang boleh ditambah untuk mengisi kekosongan ruang. Contohnya: pageview & bloglist..^_^

5. Bagi cadangan bagaimana untuk sebarkan ilmu Islam dengan lebih mudah & efektif melalui laman cyber..

Melalui penulisan yang menarik, ayat yang mudah difahami akan menarik rakan maya ke arah kebaikkan.
 
6. Adakah saya perempuan atau lelaki?

Lelaki kot
7. Tag 5 orang rakan anda dari Blogger, seorang dari blog/laman web lain

8. Apakah movie Islamik yang paling anda suka?

Hafalan Shalat Delisa - filem islamik yang sangat menarik untuk ditonton dan sangat menginsafkan..
 
9. Sedekah kan satu hadis yang sahih serta penerangan

Aku tidak berapa arif tentang hadis..tapi, aku tetap berusaha juga mencari hadis dan penerangan..


Bab  Minta pertolongan
وَعَنِ اِبْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: كُنْتُ خَلْفَ اَلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم يَوْمًا فَقَالَ: يَا غُلَامُ! اِحْفَظِ اَللَّهَ يَحْفَظْكَ اِحْفَظِ اَللَّهَ تَجِدْهُ تُجَاهَكَ وَإِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلْ اَللَّهَ وَإِذَا اِسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاَللَّهِ رَوَاهُ اَلتِّرْمِذِيُّ وَقَالَ: حَسَنٌ صَحِيحٌ
Ibnu Abbas r.a. berkata: "Aku pernah di belakang
Rasulullah s.a.w. pada suatu hari dan beliau bersabda:
Wahai anak muda peliharalah (ajaran) Allah niscaya Dia akan memelihara engkau dan peliharalah (ajaran) Allah niscaya engkau akan mendapatkan-Nya di hadapanmu. Jika engkau meminta sesuatu mintalah kepada Allah dan jika engkau meminta pertolongan mintalah pertolongan kepada Allah."
Riwayat Tirmidzi. Ia berkata: Hadith ini shahih.

10. Berikan 3 cara anda menaikkan trafik blog anda

Rajin update entri baru
Rajin komen dan blogwalking
Rajin join segmen/giveaway
 
11. Berikan ucapan kepada saya..hehe  

Thanx banyak ya dah tag saya untuk liebster award ni..rajin-rajin buat entri dan semoga kita semua dapat manfaat dari entri tersebut..^_^

11 fact about me:
  • Sabahan blogger 
  • Start blogging tahun 2012
  • Anak bongsu
  • Suka baking dan bisnes dalam bidang ni
  • Suka baca novel
  • Suka tengok sinetron
  • Sangat penyabar
  • Sensitif
  • Penyimpan rahsia yang baik
  • Pendengar yang baik
  • Seorang yang penyayang pada binatang dan mempunyai 3 ekor kucing di rumah
  5 orang bertuah yang aku tag adalah:

Jom jawab 11 soalan dari aku:
  1. Anda blogger asal dari mana?
  2. Tahun bila start blogging
  3. Kenapa anda berblog
  4. Siapa idola anda dan kenapa?
  5. Apa impian anda 5 tahun akan datang
  6. Siapa rakan blogger yang rapat dengan anda
  7. Apakah warna kegemaran anda
  8. Kenangan yang tidak dapat dilupakan
  9. Apa hadiah impian anda
  10. Berikan pendapat anda tentang blog saya
  11. Berikan ucapan kepada saya