Showing posts with label Brownies. Show all posts
Showing posts with label Brownies. Show all posts

Tempahan brownies kedut

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Syukur alhamdulillah terima tempahan Brownies kedut pula dari Sis Wina..korang kalau teringin mau rasa dan makan brownies kedut yang enak ni boleh la hubungi wana ya.. ^_^

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

BROWNIES KEDUT
SAIZ 10"
RM45(+ topping ganache )

Info lanjut: 0128244251(bbwana)
Area cod: kinarut,putatan, kk,sipitang

Sekian, wasalam

Tempahan Brownies Kedut dan Kelupis

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Syukur alhamdulillah.. Melangkah ke bulan oktober.. Blog sunyi sepi.. Kesibukkan melampau.. Maaf semua teman yang aku belum sempat jenguk blognya dan follow.

Entri beberapa siri tempahan brownies kedut yang ramai peminatnya dan juga kelupis ..termasuk teman blogger Kak Mia@Mia Memories, ahkakgojes@ Kakgojes dan Anum@anumabdullah93

Ordernya sudah lama tapi  baru hari ni buat entrinya.. Aduh😅

Layan..

Http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Tempahan dari Kak Dayang.. Regular customer.. 

Http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Ini tempahan dari Kak Mia.. Terima kasih kak😘😘

Selfie harus ada kan.. 

Http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Thanx KG.. 😘😘

Http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Tq Anum.. 😘😘

Alhamdulillah..dapat semua feedback yang positif mengatakan sedap.. Syukur.. 

Terima kasih daun keladi,
Lain kali order la lagi.. 😁😁

Untuk harga, boleh semak di bawah..

🌸Kelupis inti sambal udang = Rm0.50sebiji
🌸Kelupis kosong = Rm0.45sebiji
*Frozen available 

🌸Brownies Loyang 7"= Rm30(plain)
               = Rm35(+ topping ganache) 
= Rm40(+ topping ganache +Hiasan) 

🌸Brownies loyang 10" = Rm40(plain)
= Rm45(+ topping ganache) 
= Rm55 (+ topping ganache+hiasan)

Cod Area: Kinarut,  putatan, kk,  sipitang
WA: 0128244251(bbwana)
Tq

Sekian,  wasalam







ORDER: BROWNIES COKLAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Baru berkesempatan update entri lagi..maaf tak sempat lawat kawan-kawan..

Malam ni aku kongsikan order dari kakak sepupu untuk 'hubby' tersayangnya yang menyambut ulangtahunnya baru-baru ni..Memandangkan order 'emergency & last minute' maka kazen putuskan tempah saja brownies paling disukai En.Hubby iaitu Brownies coklat.

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Request simple deco
BROWNIES COKLAT
HARGA: RM35
HIASAN: KIT KAT BITES & COKLAT GANACHE
 
http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Simple dan sedap!!!

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Terima kasih buat kakak sepupu tersayang yang paling rajin dan support aku!!! Labiu!!!


PERTANYAAN/ORDER: 012-8244251 ( bbwana ) ~ whatsApp. Tq

Sekian, wasalam.

MENERIMA TEMPAHAN ANEKA KEK/KUIH-MUIH UNTUK RUMAH TERBUKA AIDILFITRI

STICKY POST, SCROLL KE BAWAH UNTUK ENTRI BARU.

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Berita baik!!

Bagi yang tercari-cari 'bakers' Muslim dan produk Halal..

Kami di SWEET RED CHERRY adalah pilihan anda..

Kami menerima tempahan aneka kek, brownies, mufin, cupcakes, agar-agar mini dan kelupis serta kuah kacang sempena rumah terbuka aidilfitri 2015..

Harga adalah sangat berpatutan..sesuai untuk hidangan majlis rumah terbuka atau sebagai 'doorgift' pada tetamu yang datang..Insyaallah, kami tidak akan mengecewakan anda..

Antaranya adalah:

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

RED VELVET CHEESE CAKE LELEH/ RED VELVET CAKE WITH CREAM CHEESE FROSTING
RM55 ( 3 LAYER )
BERAT: 2KG++
SAIZ: 9"

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

CHEESE CAKE LELEH
AVAILABLE ( VANILA/COKLAT )
HARGA: RM55
BERAT:1KG++

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

WALNUT CARROT CAKE + CREAM CHEESE FROSTING
HIASAN: SLICE ALMOND, HAWAIIAN COCONUT
  HARGA: RM55
BERAT: 2KG
SAIZ:9"

 http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

RED VELVET MARBLE CHEESE BROWNIES
HARGA: RM55
SAIZ: 10 x 10

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

BROWNIES COKLAT WITH ALMOND NIB  + COKLAT GANACHE
HARGA: RM35
SAIZ: 10 x 10

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

KEK COKLAT MOIST WITH COKLAT TOPPING
HIASAN: COKLAT RICE
HARGA: RM30
BERAT:1KG

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

CUPCAKES
AVAILABLE ( COKLAT/RED VELVET/CARROT )
PILIHAN: PLAIN/TOPPING( BUTTERCREAM/CREAM CHEESE)
HARGA: DARI RM1, PCS
SAIZ: MEDIUM
MIN ORDER: 20 PCS

* BOLEH REQUEST CUPCAKES BOX ( harga akan bertambah mengikut pilihan pelanggan )

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

APAM POLKADOT
FILLING: COKLAT/STRAWBERI/BLUEBERI/MANGO
HARGA: RM0.45, PCS
SAIZ: SMALL
MIN ORDER: 100 PCS

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

KELUPIS/FROZEN
HARGA: RM0.45(KOSONG), RM0.50(INTI SAMBAL UDANG), PCS
MIN ORDER: 100PCS

* BOLEH ORDER KUAH KACANG
( Gerenti sedap )
HARGA DARI RM15

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

AGAR-AGAR/PUDING
AVAILABLE: VANILA,COKLAT,BANDUNG, PANDAN, YAM
MINI CUP: RM1, 4PCS
KONTENA DADIH: RM0.80,PCS

Jom tempah hidangan kegemaran anda untuk rumah terbuka aidilfitri!! Warna-warnikan meja hidangan anda..

LOKASI PENGHANTARAN: SEKITAR KK, PAPAR, BEAUFORT & SIPITANG
Untuk area Tawau, Sandakan & Lahad Datu, order boleh dikirim melalui bas.
Caj penghantaran/pengangkutan akan dikenakan mengikut jarak/jumlah kotak.
 Self pick up/ambik di 'pick up' point: Tiada bayaran dikenakan.

BERMINAT?? SILA HUBUNGI: 012-8244251 ( bbwana ). Call/whatsApp. Tq


Untuk lihat lebih banyak gambar kek dan harga sila klik CAKE GALLERY & PRICE

Sekian, terima kasih.





Tempahan kek hari raya

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Cak!!! Hai semua..muncul lagi hari ni..alhamdulillah dapat lagi menaip entri  untuk hari ni..memang tenggelam timbul sekarang ni..huhu..blogwalking pun belum sempat buat..Thanx pada semua teman yang jenguk dan 'wish' hari raya  untuk aku.. 

Okeylah, entri hari ni aku mau kongsikan tempahan kek hari raya ..ada yang tak sempat mau snap..lupa!! Boleh? Heee...

Antara yang ditempah adalah Red velvet marble cheese brownies, kek coklat moist dan kek red velvet dengan cream cheese..

Kek ditempah oleh 'regular customer' iaitu Sis Julela dan anak buahnya Ms.Anum..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Kek coklat moist dan kek red velvet dengan cream cheese ditempah oleh sepupu iaitu Mrs.Anim..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Thanx semua sebab menempah dengan aku di Sweet red cherry..harap kalian berpuas hati. Maaf jika ada sebarang kekurangan..

Berminat untuk menempah? Hubungi 012-8244251(bbwana) WhatsApp. Tq

Jumpa lagi..sekian, wasalam.


OPEN ORDER UNTUK KRISMAS: KEK, BISKUT & KUIH-MUIH KERING

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pengumuman!!

Sweet red cherry terima tempahan untuk krismas..antara yang boleh di tempah adalah:




Kami menawarkan harga yang istimewa sempena krismas ni..

Terdapat pelbagai lagi pilihan kek, brownies dan biskut selain dari gambar di atas..

Jom tempah!!!

Pertanyaan/order: 012-8244251(bbwana).sms/whatsapp
Email:sweetred_cherry@yahoo.com
Tq.


ORDER LEPAS: APAM POLKADOT, WAJID UBI, KELUPIS FROZEN & BROWNIES

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Aku tengah berehat-rehat ni..update blog sambil baring.. Boleh???hihi..lepas menyiapkan jualan, makan tengahari baru la boleh update blog dengan senang hati..^_^..tapi nda la boleh rilek habis sebab petang nanti aku mau buat bun untuk dijual ke restoran..

Okeylah, petang ni aku ingin siarkan beberapa order yang ditempah oleh sepupu-sepupu dan kawan..Terima kasih banyak..korang la supporters yang paling baik..luv u!!!

Antara yang ditempah adalah Apam polka dot, wajid ubi, kelupis frozen& brownies coklat.

Apam polka dot
Di tempah oleh Kak yann..kesian teringin sangat makan apam ni..maklumlah tengah mengidam ni..dia malas mau buat sendiri jadi order ja dengan aku..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
APAM POLKADOT
HARGA : RM0.40, SEBIJI
FILLING: COKLAT & BLUEBERI

Wajid ubi
Di tempah oleh kawan mama sempena majlis cukur jambul cucunya. Anaknya kawan aku satu sekolah dulu, Mrs.Rozifah. Wajid ni dibawa ke beaufort untuk majlis cukur jambul tersebut.

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

WAJID UBI
HARGA: RM0.45, SEBIJI

Begini la rupa wajid ubi. Diperbuat dari ubi kayu..sedap sangat dan lembut..

Brownies coklat
Ditempah oleh kakak sepupu, Kak adi sebab suaminya teringin makan brownies ni dan dibawa ke Ranau..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

BROWNIES COKLAT ( WITH COKLAT CIP & ALMOND NIB )
HARGA: RM35

Kelupis frozen ( kosong )
Di tempah sekali lagi oleh Kak Sofia sebanyak 300 biji untuk dibawa balik ke Tawau sempena hari raya korban baru-baru ni..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
KELUPIS FROZEN
HARGA: RM0.40, SEBIJI

Thanx banyak-banyak pada semua yang telah menempah dengan kami.

Berminat untuk menempah produk kami, sila hubungi no. ini ya, 012-8244251 (bbwana)sms/whatsApp atau email: sweetred_cherry@yahoo.com. Tq

ORDER KELUPIS & RED VELVET MARBLE CHEESE BROWNIES

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah kembali bersiaran pada malam ni..lamanya nda update blog..huhu, rindu rasanya mau menghadap blog dan blogwalking blog kawan-kawan yang lain..apapun, aku minta maaf banyak-banyak ya sebab kesibukkan aku tahap gaban sejak akhir-akhir menyiapkan tempahan biskut yang masih banyak membuatkan aku tiada masa mau post entri baru..mau join segmen rakan blogger pun macam tidak berkesempatan..huhu..

Okey la, malam ni aku hanya siarkan entri pendek..tempahan Kelupis dan Red velvet marble cheese brownies dan telah selamat di hantar kepada Cik Zurainny di Taman Austal..untuk majlis berbuka puasa..terima kasih ya kerana menempah dengan kami..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
RED VELVET MARBLE CHEESE BROWNIES

KELUPIS & RVMCB
Okey la ya, sampai sini entri aku pada malam ni..terima kasih kerana sudi bertandang ke sini..jumpa lagi di lain entri.

Sebarang pertanyaan atau tempahan, sila hubungi talian ini, 012-8244251 ( bbwana ). Call/sms/whatsApp. Tq

THE BEST CHOCOLATE BROWNIES & ORDER CHOC.BROWNIES

SALAM SEJAHTERA..

Hai, selamat malam semuanya..

Baiklah untuk malam ni aku mau kongsikan pula mengenai brownies..sekarang ni aku sudah mula jatuh cinta dengan brownies..aku suka mencuba resepi brownies yang baru aku dapat..aku suka dengan rasa dan pelbagai jenis brownies samada yang ada topping coklat atau tambah dengan cheese atau hanya tambahkan kekacang..menyediakan brownies pun agak mudah..

Kali ni aku buat The best chocolate brownies hasil aku intai blog Kak Fiza @ Fiza's cooking..thanx ya kak kerana berkongsi resepi. Resepi asal pula dari The frugal chef..apapun, brownies ni memang sedap..pekat dengan rasa coklat dan teksturnya yang kenyal..paling best makan panas-panas lepas keluar dari oven..rasanya memang mantap..kalau nda percaya, korang harus cuba ya..rasanya memang best macam nama brownies ni juga..hehe..^_^


http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
THE BEST CHOCOLATE BROWNIES

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

 Jom kita lihat resepinya pula..mohon izin aku panjangkan resepinya di sini ya..

RESEPI: THE BEST CHOCOLATE BROWNIES
RESEPI ASAL: THE FRUGAL CHEF
SUMBER: FIZA'S COOKING
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN A:
4 biji telur
2 cwn gula kastor
2 sk esen vanila
1 cwn mentega cair

BAHAN B:
1 1/4 cwn serbuk koko
1/2 cwn tepung gandum
1 sk garam
Almond nib - optional
Walnut - optional
Coklat cip - aku tambah

CARANYA:
  1. Gris loyang dengan mentega dan letak baking paper.
  2. Dalam mangkuk, pukul telur hingga pucat. Masuk gula kastor dan pukul lagi.
  3. Masukkan esen vanila dan mentega cair. Kacau.
  4. Masukkan serbuk koko, tepung gandum dan garam. Putar sekadar tercampur saja.
  5. Masukkan almond, walnut dan coklat cip.
  6. Tuang adunan dalam loyang dan bakar dalam suhu 180 C selama 45 minit.
-Selamat mencuba-

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
 Senang ja kan..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

Okey yang aku pek ni pula brownies yang sama aku buat..sebenarnya ni adalah brownies percubaan..buat pun saja-saja try resepi..oleh kerana banyak dan memang nda boleh habiskan di rumah..so, macam biasa aku bagi dengan makcik, sepupu dan anak buah aku makan..nda sangka pula dorang suka makan..hihi..ni yang aku suka ni bila makanan atau kek atau apa yang aku buat disukai ramai dan habis pula tu..syukur la..


Yang ni pula di order oleh sepupu, lepas merasa brownies yang aku bagi dorang tempohari buat dia teringin dan ketagih mau makan..so, gara-gara teringin punya pasal..sanggup order brownies yang sama untuk dorang bawa balik..thanx banyak-banyak..family aku adalah supporter aku yang paling terbaekk..selalu lepas rasa apa yang aku buat selalunya dorang akan order..termasuk la kek-kek birthday..tqvm..aku sayang korang semua!!


So, kalau anda juga berminat untuk menempah brownies atau sebarang produk kami, sila la hubungi kami menerusi email atau talian telefon ini ya, 012-8244251 ( bbwana ), call/sms/whatsApp..tq

Thanx ya datang sini dan baca entri hingga habis..babai, wasalam.

ANEKA BROWNIES, APAM LADYBIRD & SEKITAR MAJLIS NIKAH/RESEPSI MS.ADIENIA

Hai,

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni cuaca agak mendung dan tiupan angin yang sejuk lepas hujan..hurm, buat perut rasa lapar time macam ni..makan 'french fries' sambil update blog..bestnya!!hihi..^_^..syukur la hari ni perut ku sudah tidak meragam..ok sikit berbanding kemarin..cuma selera makan masih lagi kurang..apapun, terima kasih ya pada teman-teman yang mendoakan kesembuhan aku..terharu sangat punya teman seperti kalian walaupun kita hanya berhubungan di alam maya ni saja..korang memang best!!

Okey la, seperti yang aku janjikan tempohari..aku mau kongsikan serba sedikit tentang entri mengenai majlis kahwin Ms. Adienia yang aku anggap sebagai adik bungsu kami..majlisnya telah berlangsung pada bulan yang lepas iaitu nikah pada 17hb januari dan majlis sanding/resepsi telah berlansung pada 18hb januari yang lalu di Dewan Serbaguna Sabindo..majlis yang sederhana tapi cukup meriah dan yang penting sangat beerti buat pasangan pengantin kerana pada hari tersebut cinta mereka telah disatukan dengan sebuah ikatan yang sah..syukur alhamdulillah..semuanya berjalan dengan lancar..tahniah buat adik tersayang, Adienia & Azmi..selamat pengantin baru..semoga kalian berbahagia hingga ke akhir hayat dan menjalani kehidupan baru dengan penuh sabar dan gembira.

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
BROWNIES MUDAH
 Aku buatkan beberapa jenis brownies pada hari resepsi Ms.Adienia..opps, pembetulan..Mrs.Adienia okey..hihi..antaranya adalah Brownies coklat mudah, Eggless choc. brownies, Red velvet marble cheese brownies dan juga Apam ladybird..Untuk memudahkan tetamu makan, aku sudah potong kecil-kecil dan bubuh dalam papercup..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
RED VELVET MARBLE CHEESE BROWNIES
 RVMCB ni adalah antara brownies yang cepat habis..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
EGGLESS COKLAT BROWNIES

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
EGGLESS COKLAT BROWNIES
http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
APAM LADYBIRD BUMBLE BEE
 Layan ja gambar-gambar yang sempat aku snap ni..nda banyak aku dapat ambik..


Cantikkan..
 

Pasangan pengantin baru, Adienia & Azmi..sepadan kan..ni sesi 'kenduri makan' selepas saja majlis akad nikah selesai..kenduri makan dibuat di Restoran Sri Santapan, Palm beach Kinarut..


 Majlis akad nikah yang berlangsung di Pejabat Agama Daerah Papar..meriah pejabat agama hari tu bila keluarga kedua belah pihak turut hadir memeriahkan majlis nikah pada hari tersebut..


Ni pelamin dorang..cantikkan..

with Dedek
 Sebelum majlis resepsi bermula, sempat lagi bergambar dengan adik.adikku..Dedek dan Abang..

with abang..
 Gambar adik dan anak buah, Dayang & Rafi..


 Nenek yang kami panggil Inak dan Bu Sadul..

Dari kiri adalah ibu pengantin yang juga aku anggap mama..inak, bu sadul dan saimah
 Baju tema kami pada hari tu adalah Maroon..

 Baju ala indon..baju pertama yang dipakai masa bersanding..

 Aku bergambar dengan si comel Farah..kiut kan dia..geram tengok dia..heheh..

 boleh la posing dengan banner muka pengantin kan..haha..


 Watie..teman yang sanggup datang dari Sarawak semata-mata tengok kahwin Adienia..

 Kek yang di beli saat akhir..tidak sempat buat atau tempah atas sebab tertentu..

 Sesi potong kek..

 Tengok la aksi pengantin suap menyuap..malu-malu kucing lagi..heheh..

Antara hadiah yang diberikan oleh teman-teman untuk pengantin..

Baiklah, sampai sini saja entri aku pada petang ni..apapun, terima kasih banyak kerana sudi membaca entri ni hingga habis..so, kita jumpa lagi di entri yang lain pula ya..bye..