Showing posts with label Cupcakes. Show all posts
Showing posts with label Cupcakes. Show all posts

Tempahan Red velvet cupcakes & Apam Polkadot

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Entri tempahan bulan lepas. Apam polkadot dan Red velvet cupcakes untuk majlis ulangtahun yang ditempah oleh Ms. Zira. Alhamdulillah..thanx ya ^_^

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
RED VELVET CUPCAKES
SAIZ: MEDIUM
HARGA: RM2.20, PCS

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
APAM POLKADOT
HARGA: RM0.50, PCS
MIN ORDER: 50 PCS


Pertanyaan/tempahan: 0128244251(bbwana)~whatsApp.
Lokasi penghantaran: kota kinabalu, beaufort, sipitang. Tq

Sekian, wasalam.



ORDER: CUPCAKES CHEESE SALJI ( EDIBLE IMAGE )

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Update entri tempahan dari kakak sepupu, Kak Adi untuk birthday anaknya Adib yang ke 5 tahun..so, dia nak cupcake sebab nak dibawa ke tadika..senang sikit nak bagi-bagi kawan sekelasnya..memandangkan dah sambut dengan family di rumah jadi buat yang simple saja di tadika..

Aku buat Cupcakes cheese salji ( Sponge bob edible image )

Jom layan gambar..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Simple dan saiz individu

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Order/pertanyaan: 012-8244251 ( bbwana ) ~ whatsApp. Tq
Lokasi penghantaran: Sekitar Kk, Papar, Beaufort & Sipitang.

Sekian, wasalam.

' Booth' Sweet red cherry di Pesta Memancing, Esplanade Sipitang

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Baru-baru ni aku buka 'booth' sweet red cherry sempena Pesta Memancing di Esplanade Sipitang.. Lama tak buka booth sejak bulan puasa..rindu dengan aktiviti macam ni..

Alhamdulillah, sambutan tetap memberangsangkan walaupun aku kurang buat promosi..'last minute' punya keputusan..sebab mula-mula tu mau tak mau nak buka gerai kerana masa tu banyak sangat urusan yang aku kena 'settle'kan..syukur semuanya berjalan dengan lancar..

Jom kita layan gambar..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Anak-anak buahku, putri, waie & ijam
Macam selalu, aku akan bawa pembantu cilik aku bantu aku menjual..latih dorang ni belajar berniaga..^_^

http://dapurjirankuberasap.blogspot.my
Antara yang aku jual adalah aneka apam mini ( apam isabella, apam coklat, apam gula hangus ), cupcakes ( coklat/vanila ) dan kek kontena ( cheese cake leleh, kek coklat moist leleh )

Alhamdulillah, sambutan sangat baik dari pelanggan..

Pertandingan memancing sering diadakan di sini kerana banyak sambutan dari dalam dan luar daerah..hadiahnya pun lumayan..

Antara peserta memancing yang mengambil bahagian..tak hirau walau matahari panas terik..ada yang bawa anak isteri lagi bagi sokongan moral..siap pegangkan payung lagi..ewahhhh!! ;p

Bersusun ikan yang digantung yang berjaya didaratkan mengikut berat..
Antara ikan yang berjaya didaratkan..ada bebarapa kategori..
  • 10 ikan pari yang pertama berjaya didaratkan akan mendapat hadiah
  • Ikan yang terberat
  • Ikan paling ringan
Sangat meriah juga tengok hari tu..seronok tengok gelagat para pemancing yang dapat ikan..hehe..

 Okeylah, sampai sini saja..jumpa di lain entri..bye..

Sekian, wasalam.











MENERIMA TEMPAHAN ANEKA KEK/KUIH-MUIH UNTUK RUMAH TERBUKA AIDILFITRI

STICKY POST, SCROLL KE BAWAH UNTUK ENTRI BARU.

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Berita baik!!

Bagi yang tercari-cari 'bakers' Muslim dan produk Halal..

Kami di SWEET RED CHERRY adalah pilihan anda..

Kami menerima tempahan aneka kek, brownies, mufin, cupcakes, agar-agar mini dan kelupis serta kuah kacang sempena rumah terbuka aidilfitri 2015..

Harga adalah sangat berpatutan..sesuai untuk hidangan majlis rumah terbuka atau sebagai 'doorgift' pada tetamu yang datang..Insyaallah, kami tidak akan mengecewakan anda..

Antaranya adalah:

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

RED VELVET CHEESE CAKE LELEH/ RED VELVET CAKE WITH CREAM CHEESE FROSTING
RM55 ( 3 LAYER )
BERAT: 2KG++
SAIZ: 9"

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

CHEESE CAKE LELEH
AVAILABLE ( VANILA/COKLAT )
HARGA: RM55
BERAT:1KG++

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

WALNUT CARROT CAKE + CREAM CHEESE FROSTING
HIASAN: SLICE ALMOND, HAWAIIAN COCONUT
  HARGA: RM55
BERAT: 2KG
SAIZ:9"

 http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

RED VELVET MARBLE CHEESE BROWNIES
HARGA: RM55
SAIZ: 10 x 10

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

BROWNIES COKLAT WITH ALMOND NIB  + COKLAT GANACHE
HARGA: RM35
SAIZ: 10 x 10

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

KEK COKLAT MOIST WITH COKLAT TOPPING
HIASAN: COKLAT RICE
HARGA: RM30
BERAT:1KG

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

CUPCAKES
AVAILABLE ( COKLAT/RED VELVET/CARROT )
PILIHAN: PLAIN/TOPPING( BUTTERCREAM/CREAM CHEESE)
HARGA: DARI RM1, PCS
SAIZ: MEDIUM
MIN ORDER: 20 PCS

* BOLEH REQUEST CUPCAKES BOX ( harga akan bertambah mengikut pilihan pelanggan )

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

APAM POLKADOT
FILLING: COKLAT/STRAWBERI/BLUEBERI/MANGO
HARGA: RM0.45, PCS
SAIZ: SMALL
MIN ORDER: 100 PCS

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

KELUPIS/FROZEN
HARGA: RM0.45(KOSONG), RM0.50(INTI SAMBAL UDANG), PCS
MIN ORDER: 100PCS

* BOLEH ORDER KUAH KACANG
( Gerenti sedap )
HARGA DARI RM15

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

AGAR-AGAR/PUDING
AVAILABLE: VANILA,COKLAT,BANDUNG, PANDAN, YAM
MINI CUP: RM1, 4PCS
KONTENA DADIH: RM0.80,PCS

Jom tempah hidangan kegemaran anda untuk rumah terbuka aidilfitri!! Warna-warnikan meja hidangan anda..

LOKASI PENGHANTARAN: SEKITAR KK, PAPAR, BEAUFORT & SIPITANG
Untuk area Tawau, Sandakan & Lahad Datu, order boleh dikirim melalui bas.
Caj penghantaran/pengangkutan akan dikenakan mengikut jarak/jumlah kotak.
 Self pick up/ambik di 'pick up' point: Tiada bayaran dikenakan.

BERMINAT?? SILA HUBUNGI: 012-8244251 ( bbwana ). Call/whatsApp. Tq


Untuk lihat lebih banyak gambar kek dan harga sila klik CAKE GALLERY & PRICE

Sekian, terima kasih.





Tempahan Cupcakes Coklat dari Cikgu Farha

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kesibukan dan keletihan menyebabkan blog aku terabai..nampaknya bulan mei ni adalah permulaan bulan yang sibuk sehingga la dekat hari raya nanti..sebab aku akan sibuk membuat tempahan biskut raya..selain tu, aku sibuk buat kuih-muih jualan dan buka 'booth' Sweet red cherry..alhamdulillah rezeki..
Kalau ada yang minat nak order atau nak jadi agen boleh la hubungi aku..

Sekali lagi teman blogger, Cikgu Farha tempah dengan aku. Kali ni CF tempah 'Plain Cupcakes' berperisa coklat sebanyak 50 biji..CF sengaja tempah 'plain' sebab nak buat aktiviti deko bersama anak-anak murid di sekolah..best kan? Aktiviti yang sangat menyeronokkan.. :D

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

CUPCAKES COKLAT (PLAIN)
HARGA: RM0.80, PCS
MIN ORDER: 50 PCS

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Jom tengok cupcakes yang telah di deko oleh cikgu-cikgu Sk. Mutiara..gambar adalah ihsan Cikgu Farha..tq CF..labiu!!!! Muahh..muahhh..^_^

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Hasil deko..cantik dan kalerful kan..memang ceria...

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Cikgu-cikgu yang sangat sporting..'CF & the gang'.. (teka mana satu CF?hehe..) diam-diam mereka ni punya bakat terpendam..hebatlah!!! Memang terbaeek..hehe..

Apapun, thanx banyak CF sebab order dengan wana..segala kekurangan harap dimaafi..jangan serik order dengan wana ya ;)

Baiklah, sampai sini saja entri aku pada hari ni..jumpa lagi di lain masa..Insyaallah ada masa aku pasti akan terjah blog kawan-kawan pelan-pelan.

ORDER: HUBUNGI 012-8244251(Bbwana) whatsApp. Tq

Sekian, wasalam.

Aktiviti jualan Youth Corner Sipitang kali ke-2

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Menjalani hari-hari yang sibuk akhir-akhir ni buat blog sedikit terabai. Terima kasih buat teman-teman yang terus singgah ke sini dan tinggalkan komen yang sangat banyak walaupun aku belum sempat nak lepak di 'rumah' kalian..maafkan aku dan aku sayang korang!!!

Hari ni aku mau kongsi entrisepanjang aktiviti jualan Bazar Belia, Youth Corner Sipitang yang aku sertai hujung minggu lepas..

Pembantu cilik yang bantu aku menjual tempohari..waie & putri
Thanx pada mama, my sis dan Mimie sebab tolong aku

Macam biasa aku menjual aneka kek budget yang 'hot' dan banyak permintaan pelanggan antaranya:
  • Kek coklat moist
  • Kek cheese leleh ( vanilla/coklat )
  • Kek red velvet
  • Cupcakes
Selain tu, aku juga menjual popia kentang, karipap dan Popia kacang hijau..

Alhamdulillah, sambutan sangat mengembirakan hati..terima kasih pada  semua yang telah mrmbeli produk Sweet red cherry..insyaallah bulan mei ni 'booth' jualan SRC akan dibuka lagi..

Antara booth jualan yang menyertai aktiviti  Youth Corner..


Booth jualan ni jual barangan bundle..berdepan pula dengan booth aku..ada yang tarik minat aku di sana..dan akhirnya sebelum tutup aku 'usha' dan jom tengok apa yang aku dapat..

Aku rembat apron dan 'tote bag' tu..apron tu berguna bila time 'baking' dan masak-masak..dan beg tu boleh la simpan barang yang patut..murah ja..total dua barang ni rm5 ja..nama pun barang bundle kan..^_^


Sempat snap gambar budak-budak main 'giant bubble'..memang best tengok..popular kan main belon air ni..teringat zaman budak-budak suka beli belon ni tapi dulu mana ada saiz 'giant' :)

Okeylah sampai sini saja dulu entri aku malam ni..jumpa di lain entri..

Pertanyaan untuk tempahan: 012-8244251 (bbwana)whatsApp. Tq



Aktiviti Jualan Bazar Belia Youth Corner, Sipitang

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni kembali menjalani rutin membuat kuih/kek untuk jualan seperti biasa..sekarang ni aku tengah berehat..

Okey, kali ni aku mau kongsikan entri jualan bazaar belia yang aku join pada hujung minggu lepas..alhamdulillah, mendapat sambutan walaupun agak kurang promosi..

Jom layan gambar..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Ni adalah antara "Hot seller" di booth Sweet red cherry..pelbagai kek budget yang aku jual..

Kek cheese leleh bentuk bar ( vanilla/ coklat/ strawberi )
Kek cheese leleh (kontena)
Kek red velvet cheese leleh (kontena)
Kek coklat moist (kontena)
Cupcake coklat dengan buttercream

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Layan ja gambar posing my niece, Mimie..gambar aku tak ada..huhu..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Antara booth di Youth Corner, Sipitang..

Insyaallah pada bulan hadapan akan ada karnival jualan lagi..insyaallah SRC akan join..

Terima kasih buat teman-teman blogger yang bagi kata-kata semangat/dorongan dan doa kalian pada aku..aku sangat menghargainya..

Sebarang pertanyaan mengenai produk kami, sila hubungi 012-8244251(bbwana) whatsApp. Tq


Sampai jumpa lagi di lain entri..bye

Sekian, wasalam.

Jom ramai-ramai ke Bazar Belia, "YOUTH CORNER" Sipitang

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Buat kesekian kalinya, Bazar Belia Sipitang, dimana sekarang ini dikenali sebagai Youth Corner, dibawah seliaan Kementerian Belia & Sukan mengadakan aktiviti jualan bulanan..

Aktiviti ini dianjurkan bagi membuka peluang pada para belia untuk memperkenalkan produk yang diniagakan pada orang ramai di luar sana..

TARIKH: 28&29 MAC 2015
LOKASI: TEMPAT LETAK KERETA BERSEBELAHAN SHELL SIPITANG

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com


Pelbagai produk yang dijual seperti aneka kuih-muih tradisional/moden, kek, cupcakes, bun, minuman, pakaian, produk kecantikan dan pelbagai lagi.

Aku salah seorang yang menyertai aktiviti jualan ni..pada yang teringin nak makan kek budget dengan harga yang murah bolehlah datang ke 'booth' jualan SWEET RED CHERRY..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Jom singgah booth jualan Sweet red cherry!! ;D

P/s: aku tengah sibuk menyiapkan tempahan kek birthday, kek kahwin, kek jualan dan menghadiri majlis kahwin sepupu aku. Jadual sangat padat!! Tak mampu nak 'bw'..harap maaf..doakan semuanya berjalan dengan lancar. Tq

Sekian, wasalam.

Rezeki pembukaan awal tahun 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah atas rezeki yang tidak putus-putus..kali ni aku menerima tempahan Apam polkadot dan Red velvet cupcakes dari Pn.Wienna..

Terima kasih banyak-banyak ya..maaf jika ada sebarang kekurangan..

Red velvet cupcakes
http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

RED VELVET CUPCAKES + CREAM CHEESE FROSTING
HARGA: RM 2.20, PCS
MIN.ORDER: 16 PCS

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Sebanyak 50 biji cupcakes ditempah..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Apam Polkadot
http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

APAM POLKADOT
TEMA: HIJAU & OREN
FILLING: COKLAT/BLUEBERI/STRAWBERI
HARGA: RM0.40, SEBIJI
MIN ORDER: 100 BIJI

Sebanyak 300 biji ditempah..

Alhamdulillah semua tempahan siap dengan jayanya dan telah selamat dihantar kepada tuan punya badan..tq Pn. Wienna..

Pertanyaan/order produk SRC: Hubungi 012-8244251 ( bbwana ) whatsApp..
( Menerima tempahan untuk kawasan K.K hingga Sipitang )
Tq

Sekian, wasalam.



Booth jualan Sweet red cherry di Festival Antarabangsa GATA Sipitang

 Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Bersua lagi di entri yang ke-3 untuk hari ni..hihi, ni memang budget tengah rajin post entri..lagipun line internet tengah laju sekarang ni buat aku semangat mengupdate.. heheh..

Okeylah, seperti yang telah aku janjikan tempohari..aku akan masukkan entri tentang aktiviti jualan selama 3 hari yang kami join sempena festival GATA akhir bulan lepas..buat kesekian kalinya Sweet red cherry berkolaborasi dengan House of Choco bites..alhamdulillah sangat, sambutan dari pelanggan sangat mengalakkan..syukur pada Allah..

SWEET RED CHERRY

Terima kasih buat semua pelanggan yang telah datang ke booth jualan kami..ada beberapa jenis kek yang aku jual dalam bentuk pek budget dan harga mampu milik..antaranya adalah Cheese cake leleh ( coklat/ vanila ), Red velvet cake, Kek coklat moist, Graham cheese cake, Layer cheese, Blueberi cheese tat,  Pavlova dan Cupcakes ( pisang/ strawberi/coklat). Ada juga pelbagai kerepek ubi yang kami jual..sebanyak 12 jenis kerepek ubi..banyak pilihan..


Booth kami agak meriah sebab anak-anak buah semua pun ikut turun padang..supaya dorang belajar dunia bisnes ni dan tengok betapa susahnya mencari duit..hendak seribu daya kan..kalau mau melentur buluh biarlah dari rebungnya..


Ni dia pelanggan pertama yang beli mix fruit satay ( strawberi & anggur )..paling menarik di celup dengan coklat menggunakan coklat fountain ( air terjun coklat) besttt!!! Thanx banyak....^_^

HOUSE OF CHOCO BITES
Ni pula homemade coklat jenama HCB..pelbagai bentuk coklat yang comel..harga pun murah tau..antaranya adalah Loli Choc, Pre Line Choco, Bouquet of Choco Roses..untuk lebih banyak entri tentang homemade coklat ni sila klik SINI

D'TISYA COLLECTION
Ni pula booth jualan sepupu yang menjual barangan FROZEN..haa, sapa yang gila frozen tu di sini la tempatnya boleh membeli-belah..hikhik..anak-anak la sebenarnya yang excited mau membeli kan..macam-macam barang frozen yang dijual antaranya baju, tudung, crown, jam dan banyak lagi la..

 Alhamdulillah aktiviti jualan yang berlangsung selama 3 hari 3 malam tu memang sangat-sangat mendapat sambutan yang memberangsangkan..memang banyak sangat pengunjung dan pembeli..alhamdulillah syukur..

Terima kasih daun keladi, 
lain kali bila kami berjual,
datang la lagi..heheh..

Okeylah, sampai sini entri aku pada petang ni..sampai jumpa lagi di lain masa pula..daaa..

Jika ada sebarang pertanyaan mengenai kek, homemade coklat atau barangan frozen, sila hubungi talian ni ya, 012-8244251 ( bbwana ). Call/sms/whatsApp. Tq

TEMPAHAN KEK FATHER'S DAY: KEK FRESH CREAM COKLAT & EGGLESS MOIST CHOC. CAKE

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hai, selamat malam semuanya..mengambil kesempatan untuk post satu entri sebelum tidur..hihi, sempat lagi kan..satu lagi entri tertunggak yang aku siarkan pada malam ini..tempahan adalah dari sepupu iaitu cyah, dia request Kek coklat fresh cream sempena sambutan father's day yang lalu tu untuk suami ( aming ) dan bapanya ( En.Mat Nor )..dan tempah Frozen theme cupcakes( chocolate moist cupcakes ) untuk anak-anaknya yang minat gila dengan kartun ni..hihi..to Lela & Yaya.. 

Jom layan gambar..
http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
CHOCOLATE FRESH CREAM CAKE
 CHOCOLATE FRESH CREAM CAKE
HARGA: RM48 ( 1 KG )
HIASAN: MARASCHINO CHERRIES, COKLAT RICE & COKLAT CIP



http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
FROZE THEME CUPCAKES
 FROZEN THEME CUPCAKES
CUPCAKES COKLAT MOIST WITH FRESH CREAM FROSTING
HARGA: RM 2.50, PCS
SIZE: MEDIUM

Yang ni pula anak buah aku yang request minta buatkan..dia minta kek yang simple-simple ja..so, masa tu aku memang sangat sibuk..so, ni la jadinya kek yang simple aku buatkan untuknya iaitu Eggless moist choc.cake with coklat topping..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
EGGLESS MOIST CHOC.CAKE


Apapun, terima kasih kerana mengorder dengan kami ya..

Okey la, sampai sini saja entri aku malam ni..di kesempatan ni aku ingin mengucapkan selamat menyambut ramadhan dan selamat berpuasa..

Tempahan atau pertanyaan, 012-8244251 ( bbwana ), call/sms/whatsApp.Tq