Showing posts with label Kudapan. Show all posts
Showing posts with label Kudapan. Show all posts

POTATO WEDGES HOMEMADE SIMPLE

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Selamat hari pekerja dan selamat becuti semua..

Hari ni baru timbul balik. Memang entri timbul tenggelam sekarang ni.. Huhu.. Maafkan aku.

Okey lah, hari ni memandangkan hari cuti maka aku mau kongsikan satu resepi mudah untuk kudapan di rumah. Jom tengok resepinya..

Http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

RESEPI: POTATO WEDGES HOMEMADE SIMPLE 
BY: Bbwana

Bahan:
Kentang (buang kulit, bersihkan potong berbaji) 
Serbuk cukup rasa
Garam
Serbuk lada hitam
Tepung gandum 

Cara:
- Campur garam, serbuk cukup rasa bersama kentang. 
- Kukus selama 5-7minit. (Hingga kentang separuh masak) 
- Salut kentang bersama tepung gandum dan serbuk lada hitam. 
- Goreng dalam minyak yang banyak. Agak-agak kentang tenggelam. 
-Angkat jika sudah keperangan. Toskan. 
- Sedia dihidangkan bersama sos dan mayonis. 

-Selamat mencuba-

Http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Okey lah, sampai sini saja. Insyaallah jumpa di lain entri. Dadaa.. 

Sekian, wasalam. 

RESEPI SALAD MAKARONI SIMPLE

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Entri pertama di tahun baru..alhamdulillah.

Musim cuti sekolah baru-baru ni aku jalankan misi tunaikan salah satu permintaan anak buah aku, putri yang sudah lama 'request' salad makaroni ni..

Http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Lama betul sudah teringin..kesian pula asyik janji ja kan. Lepas siap semua tempahan biskut hari tu aku terus buat. Ops, bukan aku yang buat, putri yang buat dengan 'direction' dari aku. Hee, aku nak turunkan ilmu dengan dia sikit-sikit. Sebab putri ni tunjuk minat nak jadi 'baker' macam aku..alhamdulillah boleh tolong aku kemudian hari.


Http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Jom tengok resepi mudah ni..

Salad Makaroni Mudah
Oleh: sweet red cherry

Bahan:
1 peket sederhana makaroni
Buah epal merah/hijau ~ potong dadu
Fruit cocktail ~ ambil buah
Susu pekat secukupnya
2 sudu besar mayonis ~ boleh tambah
Sedikit susu cair ~ jika suka

CARA: 
- Rebus makaroni hingga lembut. ( Bubuh sedikit garam dan minyak semasa merebus ).
- Toskan makaroni dan masukkan dalam mangkuk/bekas.
- Masukkan buah epal, fruit cocktail, susu pekat, susu cair dan mayonis. Gaul sebati.
- Sejukkan mayonis dalam peti sejuk seketika.
- Sedia untuk dimakan.

~ Selamat mencuba ~

Mudah saja kan..boleh la buat sendiri di rumah..

Okeylah sampai sini saja dulu. Insyaallah jumpa lagu di lain entri.

Sekian, wasalam.

Double chocolate chip muffin

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Baru-baru ni mood 'baking' terlebih rajin..bosan tiada buat apa-apa. Kebetulan pula semua bahan ada di rumah..lagipun sudah lama tidak buat mufin. Jadi, terus ja buat Double chocolate chip muffin.

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Buat sarapan atau minum petang sesuai sangat la kan..

Rasa coklat di dalam dan diluar..tekstur ranggup diluar dan 'moist' di dalam sedap😀


Hasilnya jadi banyak..makan pun tak habis..jadi, bagi-bagi pada teman dan jiran..tidak la membazir kan..

Okeylah, sampai sini saja. Insyaallah jumpa di lain entri pula.

Sekian, wasalan.


JEMPUT-JEMPUT CHEESE

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni aku mau kongsikan resepi. Lama tidak kongsi apa-apa resepi di sini.

Menu sarapan atau minum petang yang ringkas dan mudah tapi sedap. Sesuai buat peminat cheese dimana kalian boleh menikmati rasa cheese dalam variasi lain pula..kali ni dalam bentuk cucur. Jemput-jemput cheese..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Tabur lebih banyak cheese lebih umphhhh!!!!

Untuk resepinya boleh tengok dibawah ni..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

RESEPI: JEMPUT-JEMPUT CHEESE
SUMBER: MYBAKINGWORKSHOP.BLOGSPOT.COM
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
(A)
250g tepung naik sendiri }
1/4 sk soda bikarbonat } ayak
4 sb gula kastor
(B)
Buttermilk/susu segar
(C)
Brown sugar secukupnya
Parutan cheddar cheese secukupnya

CARA:
- Panaskan minyak dalam kuali (deep fryer). Guna api sederhana.
- Satukan bahan A, gaul guna handwhisk. Masukkan bahan B sikit-sikit hingga adunan menjadi seperti adunan pancake/waffle. Tidak terlalu pekat atau cair. Sesuai diceduk guna sudu.
-  Bila minyak panas,masuk adunan sedikit-sedikit dengan sudu. Jangan masukkan terlalu banyak. Adunan akan kembang dan terapung.
- Terbalikkan dan biar hingga perang. Toskan minyak. Buat hingga habis.
- Susun atas pinggan, tabur brown sugar dan parutan cheese. Hidangkan panas-panas.

Mudah ja kan..^_^
http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Siap!! 

Okeylah..sampai sini saja..insyaallah jika ada kelapangan..aku kongsi resepi kek pula..thanx semua sudi singgah sini..daaa!!

Sekian, wasalam.








Wordless Wednesday: Mudahnya buat Roti gulung sosej

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Wordless wednesday..

Sarapan pagi ni, Roti gulung sosej..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Step by step
http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

~SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA[

Sekian, wasalam.



OPEN ORDER: POPIA SERUNDING, BATANG BURUK/NESTUM, CORNFLAKES MADU, KUIH SIPUT

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

TERIMA TEMPAHAN!!!

Jom pelbagaikan hidangan meja rumah anda di hari raya ini dengan aneka produk kami seperti:

● Popia mini serunding. Rm30 ( 500g )
● Batang buruk nespray. Rm25 ( 500g )
● Batang buruk nestum. Rm 25 ( 500g )
● Cornflakes kacang madu. Rm25 ( 500g )
● Kuih Siput . Rm25 ( 500g )

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com


http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

ORDER: 0128244251(bbwana )~whatsApp. Tq

P/s: Alhamdulillah hari ni sudah memasuki 10 ramadhan..tak rasa kan..cepatnya!! Apapun, syukur kita masih dapat menjalani ibadah puasa dengan baik..maaf wana sibuk sangat. Tak sempat mau jenguk 'rumah' kawan-kawan.

Sekian, wasalam.


Wordless Wednesday: Pisang goreng cheese kaw-kaw & Cafean Coffee

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Wordless Wednesday..


http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
CAFEAN COFFEE

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
PISANG GORENG CHEESE KAW-KAW

Sedapnya..syukur nikmat..



Resepi Layer saltcheese cracker mudah

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni aku mau kongsikan resepi 'dessert' yang sedap dan sangat mudah untuk dibuat iaitu Layer Saltcheese Cracker...paling best bahan pun simple ja dan tak perlu bakar..hanya 'chilled' kan saja dalam peti sejuk..kan senang?? :)

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Penggemar cheese gerenti suka!! Hehe..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Jom lihat resepinya..

LAYER SALTCHEESE CRACKER MUDAH
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
Biskut saltcheese secukupnya
250g cream cheese
3/4 tin kecil susu pekat manis
Susu segar/susu cair
Nestum secukupnya

CARA:
  1. Putar cream cheese hingga berkrim. Tuang susu pekat manis dan putar hingga sebati. Ketepikan.
  2. Celup biskut saltcheese dalam susu segar. Jangan lama, takut biskut jadi lembik.
  3. Letak biskut dalam bekas/loyang, sapukan cream cheese dan taburkan nestum. 
  4. Ulangi langkah tersebut hingga membentuk 5-6 lapisan.
  5. Sejukkan dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.
-Selamat mencuba-

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Rasanya lemak manis masin..hehe..so, memang sedap la..kena cuba buat tau..memang nyum-nyum..

Thanx buat teman-teman yang tinggalkan komen di sini..terutama buat Hidayu dan AnakIbuAyah yang komen meletup-letup di sini. Insyaallah aku akan 'bw' kalian.. 

p/s: Berkabung..




Jeruk cermai asam boi, Aiskrim pasu, Jeruk buah(pick n mix) & Dorayaki!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Ni cerita minggu lepas..terasa nak sangat makan bila jumpa 'benda' ni depan mata..

Jeruk cermai asam boi

Sebenarnya dah lama tak makan buah cermai ni..dulu kalau nak makan ambik ja belakang rumah nenek tapi pokok tu dah tiada sekarang..makan cicah dengan garam+cili padi..erm, sedap!! Makan sambil terkenyit mata..hehe..

Sedap makan jeruk ni..sebab tak masam..

Aiskrim pasu

Makan ni time cuaca panas..memang nyaman ja rasa tekak..yummy..sebenarnya boleh ja pun buat sendiri tapi penyakit 'M' tu datang menyerang..so, beli ja la.. ^_^

Jeruk buah (pick n mix)
Okey yang ni memang buat aku rambang mata sangat-sangat..memang kena pula dengan aku yang memang suka makan jeruk..

Banyak pilihan jeruk di sini..dari buah yang jarang jumpa hingga la yang senang nak jumpa..

Aku pilih jeruk mangga kuning, nenas dan buah kelapa nipah..paling best boleh buat pilihan nak bubuh apa atas jeruk. Aku pilih serbuk cili kering. Bila timbang dan bayar agak terkejut juga dengan buah yang sedikit diambil tapi bayar rm9..fuhhhh!!! Rasanya??? Erm, tidak la sedap sangat seperti yang dibayangkan sebab jeruknya ada yang tawar..huhu..kecewa!!

Dorayaki

Dah lama intai 'makanan doraemon' ni..aku beli satu..patut la doraemon suka sangat makan dorayaki ni kan rupanya memang sedap sangat..tak rugi beli..sangat lembut dan berinti krim susu..nyum-nyum..

Okeylah, sampai sini saja entri aku..jumpa di lain entri..insyaallah aku cuba untuk terjah blog kawan-kawan pelan-pelan ya..

Sekian, wasalam




Cucur susu

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni aku mau kongsikan satu resepi yang sangat mudah dan paling  penting sedap pula tu..^_^

Kelmarin aku buat Cucur susu buat kudapan minum petang kami sekeluarga..anak-anak buah aku sangat suka makan..dorang la yang bersemangat betul makan..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Kalau teringin nak buat, jom intai resepinya..

RESEPI: CUCUR SUSU
SUMBER: AZLITA AZIZ
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN : 
3 cawan tepung gandum
1 sk garam
1/2 susu pekat manis 
3 cawan air panas

CARA:
  • Masukkan tepung gandum dalam mangkuk. Bubuh garam
  • Kemudian masukkan susu pekat manis.
  • Tuang air panas dan gaul dengan senduk kayu. Kacau hingga sebati. Biar sejuk
  • Panaskan minyak dalam api yang sederhana
  • Jemput adunan guna tangan. Banyak adunan sebesar bola golf.
  • Goreng hingga keemasan. Sentiasa dibalik-balik supaya cucur kembung dengan cantik.
  • Angkat dan toskan
-Selamat mencuba-
http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Senang kan? :)

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Layan cucur susu ni memang best..sambil pula hirup kopi 'o' panas..erm..nikmat rasanya..tak sedar dah banyak masuk mulut..

Okey lah semua, sampai sini saja entri aku pada hari ni..sampai jumpa lagi..dadaa..

p/s: minggu ni dan minggu depan aku agak sedikit sibuk, aktiviti 'blogwalking' jadi tergendala sebentar..mana yang sempat aku terjah, mana yang tak sempat tu harap bersabar ya..terima kasih atas kunjungan kalian ke sini..aku sangat hargai kalian.

Sekian, wasalam.



Resepi Potato Wedges

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Cuaca mendung dan hujan  buat perut cepat ja bunyi..erm, pikir apa nak buat untuk dibuat kudapan..teringat ada lebihan ubi kentang yang mama beli untuk buat inti karipap..yes!!! Mata aku bersinar dapat idea..hihi..

Ok misi 'menggoogle' cari resepi..dan akhirnya aku teringin mau buat Potato wedges ala-ala KFC tu..hehe..alhamdulillah menjadi juga walaupun ada bahan yang kurang dan aku pandai-pandai tambah ikut suka aku..ish ish maaf menderhaka pada resepi..huu ;p

Tadaa..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Makan panas-panas sedap dan ranggup..Cicah sos cili ja..kalau ada mayonis atau sos 'thousand island' lagi best.. 

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Jom kita semak resepinya..simple ja tau..

RESEPI: POTATO WEDGES
SUMBER: JULIA HOMEMADE

BAHAN:
1/2 kg ubi kentang
1 sk serbuk lada sulah
1 sk serbuk pati ayam
1 biji putih telur - pukul ringan
1 kotak/peket tepung goreng kfc - ayak ( aku ada sikit saja jadi aku campur dengan bread crumb )
1 sb serbuk kari - ayak
Bread crumb (kuning) secukupnya- aku tambah
Garam

CARANYA:
  1. Bersihkan kentang dengan air suam. Kemudian potong berbaji. Kulit kentang tak perlu buang.
  2. Rebus kentang dengan sedikit garam hingga 3/4 empuk. Angkat dan toskan.
  3. Satukan serbuk lada sulah dan pati ayam dalam plastik. Masukkan kentang dan goncang sebati dan semuanya tersalut.
  4. Keluarkan kentang dari plastik dan letak dalam mangkuk kemudian taburkan serbuk kari. Pastikan semuanya tercampur.
  5. Kocok putih telur. Masuk kentang dalam telur dan salut dengan tepung kfc + bread crumb.
  6. Goreng hingga keemasan.
  7. Sedia untuk dihidangakan bersama sos kegemaran anda.
-Selamat mencuba-

Enjoy..

Baiklah, sampai sini saja entri aku pada hari ni..jumpa lagi semua..daa..

p/s: kelmarin seharian mendung dan hujan lebat hingga ke malam. Ada beberapa kawasan rendah telah mula dinaiki air dan banjir begitu juga di daerah beaufort dimana paras air sungai Padas telah menlebihi paras bahaya dan ada beberapa dewan telah dibuka sebagai pusat pemindahan mangsa banjir. 

Sama-sama kita berdoa..



Kek Karot Badam

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Baru-baru ni aku buat Kek Karot Badam aka Almond Carrot Cake.. Ni pasal mau menghabiskan frosting cream cheese aku yang masih berbaki dalam petisejuk..sayang kalau tak digunakan..sudah la cream cheese mahal kan? Heheh.. ^_^ 

Intai resepi sila klik sini >> resepi Walnut Carrot Cake <<

Kenapa aku buat kek karot? Haa, ni kes teringin sangat nak makan punya pasal..asyik buat kek customer..sampaikan mau makan pun terpaksa telan liur..yalah, sudah nama kek customer takkan nak makan pulak.. Huu.. ;p

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Aku deko simple-simple ja sebab nak makan sendiri.. 

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Aku buat siang..malam baru potong sebab tunggu semua orang ada di rumah..alhamdulillah disukai ramai..berebut makan..aku sendiri makan berslice-slice..ish..ish..diet hilang entah ke mana..Aiyoo!!

Aku potong 2 bar bagi anak  buah aku, Mimie bawa balik kampung mamanya..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

ALMOND CARROT CAKE ( with cream cheese frosting )
BERAT: 1.2 KG
HARGA: RM60
HIASAN: HIRISAN BADAM DAN HAWAIIAN COCONUT

Berminat untuk menempah? Hubungi 012-8244251 ( bbwana ) whatsApp
Email: sweetred_cherry@yahoo.com
 Lokasi: menerima tempahan sekitar Sipitang, Beaufort & Kota Kinabalu. Tq

Sekian, wasalam.






Kuih Sapit inti Coklat

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Lama aku tak makan Kuih Sapit..dapat makan sebab my sis Liza beli petang tadi..tiba-tiba terkenang pada arwah nenek..dulu-dulu rajin sangat buat kuih sapit ni masa arwah masih hidup..aku selalu dan suka tengok arwah nenek buat dengan cara yang sangat tradisional masa tu..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Tapi yang ini kuih sapit berinti coklat..dah 'upgrade' berbanding kuih sapit dulu-dulu yang hanya berbentuk 'roll' dan kosong(tiada inti)..


Layan kuih sapit ni..sedap..harga 1 pek ni rm5..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Filling coklat dalam tu buat rasa tak nak berhenti mengunyah..hihi..

Sumber: google

Ni contoh kuih sapit tradisional..macam arwah nenek buat..

Okeylah, sampai sini saja entri aku pada hari ni..jumpa lagi semua..

p/s: maaf aku belum sempat nak balas komen kawan-kawan dan blogwalking..aku bz sikit..

Wasalam




Menu breakfast pagi ni..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Menu aku untuk breakfast pagi ni sangat simple, sedap tapi alhamdulillah mengenyangkan..

Tadaaa..inilah breakfast aku..

Ubi kayu goreng dan milo panas

Ubi kayu goreng ni memang favourite aku..makan panas lebih sedap dan ranggup pula tu..

Kemarin aku makan ubi kayu rebus dengan ikan masin..fuhh!! Sedap giler..tapi aku tak snap gambar..hee..



Ada sapa-sapa yang pernah makan ubi kayu goreng juga?

Okeylah jumpa lagi..bye

Sekian


Roti gulung ketam cheese

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Petang baru sempat mau update entri..hari yang sibuk..dari pagi tadi menyiapkan kek dan pelbagai jenis apam untuk jualan..kemudian sambung pula buat biskut tempahan krismas..alhamdulillah syukur dengan rezeki dariNYA..

Tiba-tiba mood rajin mau buat menu minum petang..Roti gulung ketam cheese. Aku pernah kongsi resepinya..kalau minat boleh la jenguk > Resepi roti gulung ketam.

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Apa yang paling aku suka adalah lelehan cheese ditengahnya..makan panas fuhhh memang la tak terkata dibuatnya..nyum-nyum..


Menu yang simple dan kudapan yang disukai anak-anak..

 { Tiba-tiba terkenang dengan putri & waie..rindu dengan anak-anak buahku walaupun kekadang ada telatah dorang yang menyakitkan hati..sebab budak berdua tu suka sangat makan roti yang aku buat ni..siap makan berebut lagi..kekadang sampai bergaduh..haha..masa cuti sekolah ni dorang bersama mama dan ayah dorang di kk..hampir sebulan dah nda jumpa dorang..putri dan waie berada dibawah jagaan kami di kampung semasa sekolah semantara mama dan ayahnya bekerja di bandar.. * ucu bb rindu dengan putri & waie..tiada kawan gaduh..huu T__T }


p/s: aku sudah mulai blogwalking secara pelan-pelan..pada kawan-kawan yang belum sempat aku bw, akan aku terjah ya..harap bersabar.. ^_^

 

VANILA CHEESE CAKE LELEH

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Terima kasih banyak pada semua kawan blogger yang singgah sini dan tinggalkan komen pukal..sayang korang!!!! Insyaallah pelan-pelan aku balas jejak kalian..

Okey lah, hari ni aku ingin siarkan projek hujung minggu aku baru-baru ni..tiba-tiba terliur mau makan cheese cake..asyik buat dan tengok kek order customer..jadi aku buat sebiji kek untuk makan-makan hujung minggu, Vanilla cheese cake leleh..yummylicious!!!

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

VANILA CHEESE CAKE LELEH
HIASAN: CHEDDAR CHEESE
BERAT: 1 KG
HARGA: RM60
PERISA KEK: VANILA/ COKLAT/PANDAN/STRAWBERI/KOPI

Asyik potong sikit-sikit..last-last tak perasan pun kek ni habis.. haha..mana tidaknya, orang di rumah ni pun semua hantu cheese cake macam aku juga..haha..makan siap berebut pula tu..ish..ish..ish..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com


Maaf dah habis..sila telan liur :p

Okey semua, jumpa lagi di lain entri..


Jika ingin tempah, hubungi 012-8244251 (bbwana) call/sms/
Whatsapp @ email:sweetred_cherry@yahoo.com.Tq


Fenomena jeruk mangga/epal asam boi

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Salam maal hijrah semuanya..aku mohon maaf pada semua rakan blogger dan pengunjung blog SRC jika selama aku dalam dunia blogging ni ada perkataan atau komen yang menyinggung hati kalian..maafkan aku ya..moga tahun baru ni jadi tahun yang lebih baik dari sebelumnya..insyaallah amin.

Okeylah, malam ni aku ingin kongsi tentang fenomena jeruk mangga/epal asam boi yang sedang hangat sekarang ni..sana-sini tayang jeruk..ui, terliurnya aku..Serius terliur!!!

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Jeruk epal asam boi
Jadi petang tadi aku menjalankan misi mencari epal dan asam boi di kedai..hihi..sebab malas cari mangga boleh? :p


Bila sampai rumah aku terus buat jeruk ni..sekarang tengah sejukkan dalam peti sejuk..nda sabar sudah mau makan ni..ahaks..

Jom kita tengok resepi yang sangat simple ni..

RESEPI: JERUK EPAL ASAM BOI
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN;

6 biji epal ( terpulang mau buka kulit atau tidak )
14 biji asam boi
Garam secukup rasa
3-4 sudu makan gula
6 biji cili padi dipotong - (lebihkan jika suka pedas)

CARA:
- Cuci epal dan potong. Simpan dalam balang/bekas
- Bubuh garam,gula dan cili padi potong ( aku x potong cili tu sebab mama dan anak buah x makan pedas )
- Goncang balang tersebut supaya semua bahan bercampur sebati.
- Sejukkan dalam peti sejuk selama 4 jam

- Selamat mencuba -

*Nota: Aku dapat sebalang besar untuk resepi ni..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Boleh la makan nanti sambil post entri/blogwalking/tengok tv dan lain-lain..kudapan sihat ni..banyak vitamin c..heheh..^_^

Okeylah, sampai sini saja entri aku pada malam ni..babai..

Sekian, wasalam.

CUCUR DURIAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Atas permintaan beberapa orang rakan blogger, hari ni aku ingin kongsikan resepi Cucur durian..mama amir, amy j dan hikayat sorang budak..ini untuk korang..^_^


Haa..sapa yang pernah makan cucur durian, angkat tangan..hihi..selalu mama buatkan cucur ni bila musim durian..buat sarapan pagi atau minum petang..fuhh, dah nama durian..haruslah sedap kan...serius sedap!!!


Ni hasil durian yang berbuah dekat rumah..hari-hari asyik tenung buahnya tunggu jatuh..heheh..isi boleh kira berapa ulas tapi tebal tau..hihi..

RESEPI: CUCUR DURIAN
OLEH: SWEET RED CHERRY

 Bahan:
Tepung gandum secukupnya
Air secukupnya- untuk bancuh adunan
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit- untuk kaler yang cantik
Buah durian secukupnya ( boleh guna durian putih/kuning )

Cara:

  1. Campurkan tepung gandum, garam, serbuk kunyit.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul.
  3. Kepekatan adunan bergantung dengan kesukaan masing-masing.
  4. Masuk durian dan goreng hingga keemasan.
  5. Siap untuk dimakan
-Selamat mencuba-

* Nota: ini resepi mama dan resepi ni tiada sukatan khusus, main campak ja. Kalau orang dulu mana ada sukatan tapi tetap jadi dan sedap pula tu..heheh.

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Untuk pengetahuan, kalau makan cucur durian banyak mana pun tidak akan rasa panas badan sebab gas dalam durian tu berkurangan apabila mengalami proses pengorengan..so, tiada masalah la nak makan banyak-banyak..

Okey la, sampai sini saja entri aku..jumpa lagi..babai..

Sekian, wasalam.