Showing posts with label Pavlova. Show all posts
Showing posts with label Pavlova. Show all posts

MINI PAVLOVA

Assalamualaikum w.b.t..

Salam sejahtera semuanya..

Bersiaran kembali pada hari ni..okeylah hari ni aku mau berkongsi resepi Mini Pavlova..lama sudah aku nda share resepi kan..harap maaf la ya..huhu..

Buat dalam versi mini nampak lebih comel dan senang mau makan..boleh sekali 'ngap' ja trus habis..haha..ni aku buat untuk jualan tempohari..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
MINI PAVLOVA
Jom tengok resepinya di bawah..

RESEPI: MINI PAVLOVA
SUMBER: ZALINZALINA.BLOGSPOT.COM
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN: ( MERINGUE )
4 biji putih telur
3/4 cwn gula kastor
1/2 sk esen vanila
1/2 sb tepung jagung
1 sk cuka

CARA:
  1. Putar putih telur dengan kelajuan sederhana terlebih dahulu. 
  2. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit gula kastor. Ubah kelajuan guna high speed.
  3. Masuk 1/2 sk esen vanila. Putar lagi. Putar sampai adunan kental dan bertanduk. 
  4. Masukkan tapung jagung dan cuka. Kacau guna spatula.
  5. Masukkan adunan dalam piping beg dan picit adunan dalam papercup.
  6. Panaskan oven 150 'c, bakar 40-50 minit.
* Nota: Kena pastikan semasa proses mengasingkan putih telur, langsung tidak ada kuning telur dan tidak ada termasuk walau setitik air mahupun minyak, sebab takut tidak jadi meringue.

Fresh Cream
Hiasan: buah-buahan yang disukai
  • Putar fresh cream hingga kental dan paipkan atas pavlova yang telah masak. Kemudian hias dengan potongan buah.
-Selamat mencuba-


Senang ja kan ..aku gunakan 3 jenis buah sebagai hiasan di atasnya iaitu buah kiwi, anggur dan strawberi..yummyyyyy!!! ^_^

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

 MINI PAVLOVA
16 PCS, RM35

Berninat untuk order? Hubungi talian tertera ni ya, 012-8244251 ( bbwana ). Boleh call/sms/whatsApp. Tq.