COFFEE BUTTER CAKE

ASSALAMUALAIKUM W.B.T...


Selamat petang semuanya...best betul rasanya bila dapat berehat sambil tguk tv rancangan kegemaran kan ataupun pegi berjalan-jalan..aku pula hari ni lebih senang berehat di rumah..santai-santai setelah beberapa hari sibuk membuat kuih...so, ni la masanya aku merehatkan badan aku coz bsuk aku harus menjalani rutin harian aku membuat kuih..Apapun, aku hepi menjalani rutin harian aku ni kerana aku sangat minat dengan bidang yang aku ceburi skang ni..dari cerita mama, atok dan nenek aku memang pandai buat kuih dan mama serta makcik aku mewarisi bakat tersebut dan menurun pula pada aku dan kakak sepupu..

COFFEE BUTTER CAKE WITH CHOC.CIP

Okey la..terpanjang pula becerita..hehe..entri aku masukkan petang ni adalah coffee butter cake..memang sepanjang 'bake' kek ni..rumah dipenuhi dengan aroma kopi..lembut betul kek ni dan sedapp..kek ni aku tabur dengan coklat cip di atasnya..



Okey la..kita jumpa pula di entri yang seterusnya pula ya..Cam biasa, kalo ada pertanyaan atau tempahan, hubungi kami melalui email dan telefon kami yang tertera di atas..tq.

KEK LAPIS KUKUS VELVET HAWFLAKES

Hai...assalamualaikum dan selamat sejahtera di ucapkan pada semua pengunjung blog sweet red cherry..First sekali, aku nak minta maaf kerana suda lama tidak update blog kesayangan aku ni..maaf la sebab masa aku yang agak terhad skang ni tidak mengizinkan aku aku berbuat demikian..

Syukur alhamdulillah kerana nampaknya rezeki semakin hari semakin bertambah..kerana bermula 29 Oktober yang lalu kami menerima tempahan kuih-muih setiap hari isnin hingga sabtu untuk kantin SFI ( sabah forest industries )..Kami memang berusaha untuk meningkatkan pasaran kuih muih kami..apapun, terima kasih kerana menempah dengan kami.            

KEK LAPIS KUKUS VELVET HAWFLAKES
Entri aku kali ni adalah kek lapis kukus velvet hawflakes..memang suka sangat buat kek ni..sedap tau rasa dia..masam manis..


Kek ni memang selalu suda aku buat..kalo ada yang ingin mencuba kek ni..sila la order dengan kami...Boleh email atau call ke nombor kami seperti yang tertera di atas ni..