ORDER COKLAT & VANILA CHEESE CAKE MELELEH

Assalamualaikum..

Salam sejahtera dan selamat malam semuanya..

Bersua lagi pada malam hari ni..baru-baru ni aku buat kek untuk diberikan pada kakak sepupu tersayang, Kak Adi..lepas pikir-pikir, aku buat keputusan untuk buatkan dia Coklat cheese cake meleleh memandangkan dia suka makan cheese..kek ni aku buat saja-saja untuk dia sebab Kak Adi ni sangat baik dan banyak tolong aku selama ni..kami memang rapat sejak kecil lagi..orangnya sangat tidak kisah dan langsung tidak berkira dari segi duit..walaupun usia kami hanya berbeza 2 tahun tapi aku sangat hormat dia walaupun kadang-kadang perangai gila-gila juga..hihi..

Di bawah ni adalah kek yang aku bagi untuk Kak Adi.. memang kek ni kejap ja habis.berebut makan dengan anak serta anak buah..heheh..^_^

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
COKLAT CHEESE CAKE MELELEH

Kek ni berperisa coklat dan bertoppingkan cheese yang meleleh..memamg mewah dengan rasa cheese..wow, tang leleh tu yang buat nda tahan tengok..lagi sedap bila makan kek ni selepas di sejukkan sekejap dalam peti sejuk..em, nyum-nyum..memang bila makan kek ni buat nda mau berhenti bah makan..sedap betul!

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

Buat teman-teman yang tertanya-tanya resepi kek ni..aku kongsikan dengan kalian semua di bawah ni..so, let's check it out!!

RESEPI: COKLAT CHEESE CAKE MELELEH
OLEH: SWEET RED CHERRY

( KEK SPAN )
BAHAN:
4 biji telur
120 g gula kastor
1 sk ovallete
80 g tepung gandum
1 sk baking powder
20 g serbuk koko
65g minyak masak

CARANYA:
  1. Dalam satu bekas, masukkan telur, gula kastor dan ovallete dan putar dengan kelajuan yang maksimum. Putar adunan hingga jadi putih dan pekat.
  2. Masukkan tepung gandum, baking powder dan serbuk koko. Putar sebati
  3. Akhir sekali, masukkan minyak masak. Putar perlahan.
  4. Tuang adunan kek dalam loyang yang telah digris dan alas dengan baking paper.
  5. Bakar dalam suhu 170 C selama 30-40 minit.
CREAM CHEESE MELELEH
SUMBER: DAPUR MAMASYA

250 g cream cheese
120 g susu pekat manis
50 ml uht whip cream
  • Putar semua bahan di atas hingga sebati dan berkrim. Tambahkan susu cair atau full cream jika mahu adunan cream cheese lebih cair dan meleleh.
-Selamat mencuba-

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
 Ni pula Coklat cheese cake meleleh yang di tempah oleh Kak Adi..heheh, sudah ketagih makan kek ni..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
VANILA CHEESE CAKE MELELEH

Vanila cheese cake meleleh ni pula aku berikan pada kakak sepupu juga iaitu Kak Yann..aku juga memang rapat dengan dia dulu tapi berkurangan bila Kak Yann berkahwin dan ada anak..kek ni aku bagi sempena ulangtahunnya pada 29hb Januari baru-baru ni.."Happy belated birthday, Kak Yann"..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

Feedback yang diberikan pada aku, Kak Yann sangat suka makan kek ni dan lain dari kek cheese yang dia pernah makan sebelum ni..berebut dia makan dengan anak-anaknya..senang hati dan happy aku dengar bila mereka suka makan..

Selain perisa coklat dan vanila..terdapat perisa lain juga yang aku buat iaitu strawberi, coffee dan pandan. So, pada yang berminat untuk menempah kek yang tengah 'hot in town' ni, sila la hubungi aku di talian ini ya..boleh sms/call/whatsApp ke 012-8244251 ( bbwana ). Tq. -wasalam-

ORDER KEK COKLAT & KEK NESTUM

Assalamualaikum w.b.t..

Selamat malam kawan-kawan dan pengunjung blog Sweet red cherry..hari ni hari kedua PH untuk CNY..selamat tahun baru cina bagi yang merayakannya dan selamat bercuti diucapkan..memandangkan cuti ni..nampaknya mood mau mengupdate blog pun agak ke laut..huhu..macam best pula dapat duduk rilek depan tv sambil makan buah mandarin serta dapat berkumpul bersama keluarga meluangkan masa masing-masing..best kan! ^_^..

Okey la, nda mau cerita panjang sebab mood masih lagi ke laut..so, di sini aku mau tayang gambar order Kek Coklat & Kek Nestum beberapa minggu yang lepas..okey, untuk kek coklat ditempah oleh sepupu iaitu Fatin untuk anak sulungnya yang sangat gilakan kek coklat iaitu Fatihah..haha, memang peminat setia kek coklat aku..tapi, kek coklat ja sebab kek perisa lain dia tidak minat..cheese cake pun dia nda mau pandang..hihi, lain macam betul minatnya tu kan..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
KEK COKLAT
 Terleleh tak air liur tengok topping coklat yang meleleh tu?heheh..apapun, kek ni memang sedap dan moist..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

Kek Nestum ni pula ni di order oleh teman baik iaitu Ms. Norliah @ Lia..teman sekolej sampai la jadi teman sekerja..kami memang masih 'keep in touch' sampai sekarang walaupun sudah tinggal tempat yang berjauhan dan berlainan tempat kerja..mengenalinya hampir 14 tahun ..

http://www.dapurjiarnkuberasap.blogspot.com

Kek ni menjadi kegemarannya dan memang inilah selalu kek yang Lia tempah bila kami ada masa berjumpa..apapun, thanx pada korang semua ya..yang selalu tempah kek atau apa ja produk SRC..kami sangat berbesar hati dan menghargainya..

Jika berminat untuk membuat tempahan, jangan malu dan segan untuk menghubungi talian kami yang tertera di sini..021-8244251 ( bbwana )-call/sms/whatsApp..tq.

-Sekian-