ANEKA TEMPAHAN BISKUT 2014, TERIMA KASIH SEMUA..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Salam jumaat semuanya..hari ni suda memasuki hari raya yang ke-12, masih lagi dalam mood raya kan walaupun tidak semeriah awal raya tu tapi masih lagi ada yang sibuk menghadiri jamuan rumah terbuka..

Okeylah, hari ni aku mau siarkan entri tentang Aneka tempahan biskut pada tahun ni. Syukur alhamdulillah berkat promosi yang bersungguh-sungguh dan hasil kolaborasi antara Sweet red cherry dan House of Choco Bites pada tahun ni, sambutan pelanggan sangat memberangsangkan dan luarbiasa serta  meningkat beberapa kali ganda berbanding tahun-tahun yang  lepas..gembira dan terharu sangat..huhu..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Inilah antara sebahagian gambar biskut yang ditempah..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Sambutan dari pelanggan  begitu menggalakkan..sehingga ada pelanggan dari semenanjung ingin tempah biskut raya tidak dapat kami penuhi kerana kami belum ada perkhimatan penghantaran sampai sana. Insyaallah masa akan datang ada penghantaran sampai semenanjung..Apapun, akan kami war-warkan sekiranya ada  ya..




Tempahan pelanggan yang paling jauh kami terima adalah dari Tawau..alhamdulillah selamat dikirim melalui Bas ( Sairah Express ), bas yang menuju ke Tawau..terima kasih Pn. Wati..


http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Ini pula antara biskut yang paling banyak menerima tempahan dari pelanggan iaitu Biskut Semperit Susu, Biskut Almond London, Tat Nanas Gulung, Biskut Snow Almond dan Shortbread Cookies. Selain tu, Biskut Suji Salju juga banyak yang order.

Apapun, kami dari Sweet red cherry ( SRC ) & House of Choco Bites ( HCB ), ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih pada semua yang telah menempah dengan kami. Kami mohon maaf jika ada sebarang kekurangan dan akan memperbaikinya pada masa akan datang. Apapun, korang semua memang best!! Tahun depan tempah lagi dengan kami ya..^_^

Okey la ya, sampai sini saja entri aku pada petang ni..jumpa lagi di lain masa. Bye..-wasalam-






Entri khas: Apa itu kelupis

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Selamat malam semua..

Okeylah, entri hari ni adalah berkenaan dengan kelupis..sebab banyak teman-teman yang tanya apa benda kelupis tu? Dibuat dari apa? Bungkus pakai daun apa ?jadi, aku buat entri ni khas mengenai kelupis menjawap pertanyaan tu serta kongsi maklumat dengan kalian semua..

Sebelum ni aku pernah kongsi tentang kelupis ni tapi hari ni mau cerita lagi serba sedikit mengenainya..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
KELUPIS
Gambar di atas adalah kelupis yang telah siap dibungkus ( belum kukus )

Kelupis merupakan makanan tradisi di Sabah khususnya Daerah Sipitang bagi suku kaum brunei. Biasanya selalu dihidangkan pada setiap majlis atau perayaan hari raya..senang juga didapati di tamu-tamu dengan harga yang cukup murah..


Gambar di atas ni adalah kelupis yang telah masak ( sudah kukus )

Kelupis diperbuat dari beras pulut yang telah didadih dengan santan yang dimasak separuh masak. Kemudian dibungkus dengan daun khas yang kami panggil ' daun ngirik '. Selepas dibungkus, kelupis akan dikukus selama 45-1 jam ataupun sehingga masak. Mesti banyak yang belum tau macamana rupa daun ngirik tu kan..daunnya lebih kurang macam daun pisang tapi daun ngirik ni saiznya lebih kecil. Daun ni selain sesuai membungkus kelupis, ia juga sesuai untuk membungkus wajid..


Macam ni la rupa daun ngirik. Yang ni ditanam belakang rumah. So, senang la kalau perlu daun untuk membungkus kelupis..hehe..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Terdapat 2 jenis kelupis iaitu Kelupis kosong ( tanpa inti ) dan Kelupis inti sambal udang. Kelupis kosong selalunya sedap dimakan bersama kari ayam, rendang atau kuah kacang. Selain tu, sedap juga dimakan dengan ikan masin..em, nyum-nyum..sedap tau. Bagi yang belum pernah rasa harus cuba makan ni. Kelupis inti udang pula rasanya lebih kurang macam pulut panggang cuma bezanya ianya tidak dipanggang, hanya dikukus. Rasanya sedap dan dan punya penggemar tersendiri.


Bagi aku, aku suka makan kedua-duanya. Tapi kalau makan kelupis kosong lebih banyak variasi cicahannya..aku suka makan dengan kari ayam dan ikan masin..memang abis la sampai berapa biji aku telan..haha..

Okeylah, sampai sini saja perkongsian aku pada hari ni. Semoga dapat menambah pengetahuan dan memberi manfaat pada teman-teman semua.

Jika ada yang berminat untuk menempah atau pertanyaan, terus hubungi talian 012-8244251 ( bbwana ), call/sms/whatsApp. Tq