KUIH-MUIH

Hai, assalamualaikum semua..


Hari ni aku kurang sihat sikit..jd, semangat aku mau buat kuih utk jualan bazar ari ni bekurangan namun aku tetap gagahkan diri utk buat dan siapkan menu jualan aku..yalah, kalo orang cari duit tu macam ni la kan walaupun sakit tapi masi juga teruskan buat..tambah lagi apabila kuih muih jualan tu laris..terasa berbaloi penat membuat kuih tu..

Untuk hari ni, ini adalah antara beberapa menu jualan yang di buat..

CHEDDAR CHEESE CAKE

Pada pengemar cheese cake tu, ni adalah salah satu variasi cheese cake..rasa kek ni sedap dan teksturnya lembut..dlmnya terkandung cheddar cheese yang di dadu..


POPIA

Okey, ni plak adalah popia goreng..intinya adalah kentang..

ROJAK


Ni rojak yang telah siap di pek dalam kontena

Rojak ni sedap di makan dengan kuah kacang..


Tu jelah menu jualan yang sempat di buat utk hari nie.. Petang tadi dalam keadaan aku yang tidak berapa sihat tu, aku sempat juga buat 1 adunan biskut tat nanas..kira mau buat sampai 2-3 adunan sekali tapi aku suda x larat..lepas ja aku siap buat biskut..aku baring2 dalam bilik sampai la tetidur..hehe..


OKEY LA, JIKA ADA SEBARANG PERTANYAAN ATAUPUN INGIN ORDER PRODUK KUIH MUIH KAMI, SILA EMAIL ATAU TELEFON KAMI..TERIMA KASIH.

MENU JUALAN BAZAR RAMADAN HARI NIE..

Assalamualaikum dan hai semua..

Entri aku kali ni adalah menu jualan di bazar ramadan utk hari ni..ada pelbagai juga yang aku buat..bangun pagi aku terus buat menu2 jualan aku..aku perlu kejar masa sbb sebelum jam 1pm, aku perlu pastikan semua menu jualan aku suda siap dan di pek krn jam 1 semua jualan suda di hantar ke bazar ramadan.

Antara yang aku buat ari ni adalah..

BUAH MELAKA @ ONDE-ONDE

PUTERI  MANDI


Ramai juga pengemar buah melaka dan puteri mandi ni..antara kuih tradisional yang diminati ramai..

DONUT COKLAT WARNA-WARNI

KEK LAPIS KUKUS COKLAT

Kek ni gebu sangat..rasanya sedap..ada rasa vanila dan coklat..tambahan lagi ada coklat cip di dalamnya..


Selepas ja aku siapkan menu jualan aku, aku rehat sekejap pastu aku kena buat biskut pulak..beberapa hari ni aku suda start buat biskut..jadi, x la kelam kabut sangat walaupun ada tempahan..ada beberapa biskut yang telah aku buat antaranya tu biskut cerelex ( susu ), biskut almond london, biskut ABC dan biskut celupan coklat..So, nanti aku akan post entri biskut2 aku tu yea..

SEBARANG TEMPAHAN ATAU PERTANYAAN, ANDA BOLEH EMAIL/ TELEFON KAMI SEPERTI YANG TERTERA NI. TERIMA KASIH.EMAIL: siti.salwana@yahoo.com/014-3593552 ( ADIENIA )