BANANA CHOCOLATE CHIP CAKE

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah kita bersua lagi pada hari ni setelah seminggu blog ni sepi tanpa entri baru..rindunya mau menaip dan berkongsi entri dengan teman-teman dan pengunjung setia blog SRC..aku pun sudah lama nda 'blogwalking' ni..adui, rasanya banyak juga la post teman-teman aku ketinggalan..huhu..apapun, aku minta maaf la ya sebab hari ni baru berkesempatan untuk post entri baru..aku agak sibuk sedikit kerana Ms. Adienia yang aku sudah anggap sebagai adik sendiri baru-baru ni melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya Azmi..aku akan siarkan entrinya kemudian..

Baiklah, pada malam ni aku ingin kongsikan entri kek yang aku buat hari tu iaitu Banana Chocolate Chip Cake..resepi asal adalah dari seorang blogger yang aku kagumi dan aku sering jenguk blognya kerana beliau sering menghasilkan kek yang sedap-sedap dan deko yang simple tapi cantik dan menarik..beliau adalah Evelyn Gemina @ mybakingworkshop..boleh la datang ke blog beliau untuk melihat pelbagai jenis kek dan resepi..untuk resepi kek ni aku dapat dari Majalah Aroma edisi oktober 2013.

ttp://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
BANANA CHOC.CHIP CAKE
Kek pisang memang sedap kan..apalagi bila ditambah dengan coklat cip atau coklat rice..tekstur kek sangat lembut dan gebu..sesuai sangat untuk minum petang atau sebagai hidangan masa kenduri atau majlis..
http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

Resepi kek ni aku kongsikan di bawah..mohon izin ya Evelyn untuk aku share resepi dengan pengunjung blog SRC pula..apapun, thanx kerana berkongsi resepi..

RESEPI: BANANA CHOCOLATE CHIP CAKE
SUMBER: EVELYN GEMINA @ MY BAKING WORKSHOP/ MAJALAH AROMA OKTOBER 2013
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
(A):
250g mentega
230g gula kastor
(B):
5 biji telur gred A
(C): (AYAK)
300g tepung gandum
1/2 sk susu tepung
1 sk baking powder
(D):
250g pisang, dilecek
secubit garam
1/4 sk esen vanila
(E):
30g coklat cip

CARANYA:
  • Pukul bahan-bahan A hingga lembut.
  • Masukkan bahan-bahan B satu persatu dan pukul hingga sebati.
  • Kemudian, masukkan bahan-bahan C, gaul sebati.
  • Masukkan pula bahan-bahan D, pukul sebentar. ( jangan lebih pukul )
  • Akhir sekali, masukkan bahan E, gaul rata.
  • Tuang adunan kek ke dalam loyang/loaf tin yang digris dan alas dengan baking paper.
  • Tabur sedikit coklat cip di atasnya.
  • Bakar pada suhu 170 c selama 50-60 minit - masak.
-Selamat mencuba-

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

Okey la teman-teman semua, sampai sini saja dulu entri aku pada malam ni..mata ni awal lagi sudah rasa mengantuk..hihi, maklumlah cuaca pun sejuk ja kan sebab hujan turun yang tidak berhenti beberapa hari ni kan..penyakit malas pun suka datang time cuaca macam ni..hehe..rasa mau menyorok ja bawah selimut sejuk-sejuk begini..ok la, selamat malam dan jumpa lagi..-wasalam-

KEK COKLAT:ANGRY BIRD EDIBLE IMAGE

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera..

Nampaknya hujan belum lagi berhenti sejak kemarin petang..so, cuaca memang sejuk betul..mau mandi pun tadi rasa mengigil ja bila kena air..hihi, rasa mau menyorok ja bawah selimut bila time cuaca macam ni kan..apalagi hari ni adalah cuti umum bagi seluruh negeri bagi sambutan Maulidul Rasul..kalau tiada aktiviti di luar tu, lebih baik la lepak di rumah kan..manfaatkan masa cuti dengan sebaiknya..

Okey la, hari ni aku mau siarkan gambar tempahan kek yang aku buat pada bulan disember yang lepas..maklumlah, banyak betul entri tertunda yang tunggu masa disiarkan..so, layan ja la kan..tempahan ni adalah dari sorang teman abang untuk ulangtahun anak perempuannya yang masuk usia 10 tahun iaitu Rada..kawan abang tu request Kek coklat  dan bertemakan angry bird seberat 2kg..

Jom layan gambar..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
KEK ANGRY BIRD
KEK SPAN COKLAT WITH EDIBLE IMAGE
LAYER & DEKO: BUTTERCREAM
FILLING: COKLAT FILLIING
HIASAN: BELON, BADUT DAN GULA-GULA COKLAT
BERAT: 2KG

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

 Memang hias meriah untuk budak-budak..harap-harap adik Rada suka dengan kek ni..

http://www.dapurjiranberasap.blogspot.com

 " Happy Belated birthday to Rada Bt Jodar, 10th "..


 Aku sapukan dengan buttercream dan bubuh filling coklat yang kaw-kaw di tengah kek..


Pada yang berminat mau menempah kek atau sebarang produk kami, sila la email kami atau terus saja hubungi talian 012-8244251 ( bbwana ) untuk info lebih lanjut ya..

So, thanx ya atas kunjungan kalian semua ke sini..kami amat menghargainya..jumpa lagi..daaa..
-wasalam -