Assalamualaikum w.b.t..
Selamat malam kawan-kawan dan pengunjung blog Sweet red cherry..hari ni hari kedua PH untuk CNY..selamat tahun baru cina bagi yang merayakannya dan selamat bercuti diucapkan..memandangkan cuti ni..nampaknya mood mau mengupdate blog pun agak ke laut..huhu..macam best pula dapat duduk rilek depan tv sambil makan buah mandarin serta dapat berkumpul bersama keluarga meluangkan masa masing-masing..best kan! ^_^..
Okey la, nda mau cerita panjang sebab mood masih lagi ke laut..so, di sini aku mau tayang gambar order Kek Coklat & Kek Nestum beberapa minggu yang lepas..okey, untuk kek coklat ditempah oleh sepupu iaitu Fatin untuk anak sulungnya yang sangat gilakan kek coklat iaitu Fatihah..haha, memang peminat setia kek coklat aku..tapi, kek coklat ja sebab kek perisa lain dia tidak minat..cheese cake pun dia nda mau pandang..hihi, lain macam betul minatnya tu kan..
KEK COKLAT |
Terleleh tak air liur tengok topping coklat yang meleleh tu?heheh..apapun, kek ni memang sedap dan moist..
Kek Nestum ni pula ni di order oleh teman baik iaitu Ms. Norliah @ Lia..teman sekolej sampai la jadi teman sekerja..kami memang masih 'keep in touch' sampai sekarang walaupun sudah tinggal tempat yang berjauhan dan berlainan tempat kerja..mengenalinya hampir 14 tahun ..
Kek ni menjadi kegemarannya dan memang inilah selalu kek yang Lia tempah bila kami ada masa berjumpa..apapun, thanx pada korang semua ya..yang selalu tempah kek atau apa ja produk SRC..kami sangat berbesar hati dan menghargainya..
Jika berminat untuk membuat tempahan, jangan malu dan segan untuk menghubungi talian kami yang tertera di sini..021-8244251 ( bbwana )-call/sms/whatsApp..tq.
-Sekian-
Cam sedap jea kek nestum 2..tak pernah rasa ni kek gni bbwana
ReplyDeletehai cheq da..
ReplyDeletekek nestum ni sedap.senang ja buat..hanya perlu kek span vanila, buttercream dan nestum..mudah ja kan..