BANANA CUPCAKES

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA..

Hai selamat malam semuanya..alhamdulillah bersua lagi kita pada malam ni..setelah asyik join segmen dan giveaway beberapa hari ni, malam ni aku mau kongsikan pula entri tentang cupcakes yang aku buat minggu lepas..iaitu Banana cupcakes..ambik resepi dari blog Kak Su@ Suzanaamri.blogspot..dimana resepi asal adalah dari Ilham dapur..apaun, thanx kerana berkongsi resepi..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
BANANA CUPCAKES
Kejadian cupcakes sangat gebu dan lembut..sedap makan cupcakes pisang ni..aku tabur dengan coklat rice dan badam cincang..Untuk resepi anda semua boleh semak di bawah ni ya..

RESEPI: BANANA CUPCAKES
SUMBER: SUZANAAMRI BLOGSPOT
RESEPI ASAL: ILHAM DAPUR
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
2 biji pisang ranum besar
160 g gula kastor
170 g tepung naik sendiri
2 biji telur gred A
110 ml minyak masak
1 sk ovallete
1/2 sk garam
Hirisan badam/badam cincang/coklat rice

CARANYA:
  1. Panaskan oven dalam suhu 170'c
  2. Ayak tepung bersama garam. Ketepikan.
  3. Dalam bekas, satukan pisang dan gula kastor. Lecek pisang dan kacau.
  4. Masukkan telur, minyak, ovallete dan tepung.
  5. Putar sebati hingga kembang dengan kelajuan tinggi selama 5 minit.
  6. Bubuh adunan dalam papercup.
  7. Bakar selama 18-20 minit.
-Selamat mencuba-


http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

 Boleh rujuk gambar di atas..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

Okey la sampai sini saja dulu entri aku pada malam ni..terima kasih pada semua yang sudi singgah sini..dan pada follower baru terima kasih banyak-banyak..insyaallah aku akan blogwalking ke blog teman-teman ya..akhir sekali, marilah kita sama-sama berdoa dan buat sembahyang hajat buat pesawat MH370..semoga dapat petunjuk dan pesawat tersebut ditemui..PRAY FOR MH370.

-wasalam-


6 comments:

  1. gebu kan kek pisang ni,sedap je masuk mulut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah betul tu kak..cupcakes ni sangat gebu..hehe..

      Delete
  2. mmmm.....sedapnya.....nampak macam gebu je......

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak..sedap dan gebu cupcakes ni..

      Delete