PISANG GORENG ADABI CHEESE

Assalamualaikum w.b.t..

Salam ceria dan selamat petang semuanya..aku baru bangun tidur ni..huhu..hari ni sangat rilek dan santai..so, dapat la rehat dan tidur-tidur..sekali-sekala dapat rilek macam ni memang best kan..bila bangun tidur rasa lapar pula perut..bestnya dapat minum petang dengan menu kegemaran kan..

Okeyla, aku mau tayang satu menu minum petang yang sangat simple dan mudah dibuat oleh sapa-sapa saja..iaitu Pisang goreng adabi cheese @ Sanggar cheese..simple ja kan..tapi yang buat tambah menarik tu ada parutan cheddar cheese atasnya..memang layan habis makan..apalagi makan masa panas-panas..em, so yummy..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
PISANG GORENG ADABI CHEESE
Pisang goreng adabi cheese popular di sini..kalau teringin mau makan dan malas mau buat, tinggal beli ja di kedai..cuma nda la boleh beli selalu..sebab harganya mahal juga..huhu..dijual dengan harga  rm2.50 dan hanya ada 5-6 ketul saja pisang cheese ni..em, nda puas makan..so, kalau buat sendiri lagi puas hati..makan sampai lebam pun nda apa..^_^

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

Kalau suka rasa cheese yang lebih..hanya perlu parut saja banyak cheese yang diingini..untuk resepinya jom semak di bawah..

RESEPI: PISANG GORENG ADABI CHEESE
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
Pisang
Tepung goreng adabi
Air secukupnya
Cheddar cheese

CARANYA:
- Hiris pisang ikut nipis yang diinginkan.
-Bancuh tepung goreng adabi dengan air dengan kepekatan yang diingini.
- Celup pisang dalam bancuhan tepung
- Goreng dalam minyak yang panas hingga keemasan
- Angkat dan hidang dalam pinggan.
- Parutkan cheedar cheese secukupnya.

-Selamat mencuba-

Sangat mudah kan..budak sekolah rendah pun boleh buat..hehe..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

Sedap tau ni..pada yang belum pernah makan harus cuba..gerenti sedap dan korang suka,.kalau suka boleh juga paipkan coklat cair atasnya sebab ada yang suka makan dengan rasa coklat dan cheese..tapi, bagi aku paling suka makan dengan cheese saja sebab lebih terasa nikmatnya..terpulang la pada citarasa masing-masing kan..

Okey la, sampai sini saja entri aku pada petang ni..sampai jumpa lagi di entri yang lain pula ya..terima kasih atas kunjungan kalian semua ke sini..

-wasalam-

7 comments:

  1. yummy yum..sedapnya ni Bbwana..lg ringkas kn cara ni..beli jak tepung adabi..nti akak menry resepi ni ya hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya ba kak..simple lagi buat macam ni..sedap lagi tu..nanti akak try la buat..^_^

      Delete
  2. Assalam
    Akak blm try lg, tp asben bgtau sedap
    Masa asben g sabah dptlah rasa
    Kat sini pun popular skrg

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam kak..nanti ada masa akak try la buat ya..sedap tau..

      Delete
  3. belum jumpa lagi kat sini ,pisang cheese ni,tentu sedap kan rangup dan lemak masin cheese tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah kak..sedap makan pisang goreng ranggup dengan tambahan rasa cheese yang lemak masin tu..^_^

      Delete
  4. peehhh meleleh tengok cheese tuuu
    pisang apa apa pun bleh ye kak?

    ReplyDelete